Tuesday, July 17, 2007

Ponteng dan Sistem Pendidikan Negara

Tahun ini kita akan mencapai 50 tahun Kemerdekaan. Namun begitu Kaum Melayu masih ketinggalan dari segi Pencapaian Pendidikan, serta Ekonomi berbanding dengan kaum lain di Negara ini. Bangsa kita, Melayu hanya mempunyai kuasa Melalui Parti UMNO, maka wajarlah kita , mempertahannya dengan patuh akan peraturan Parti serta berusaha mencapai perpaduan sesama kita khususnya org Melayu.

Perjuangan UMNO perlu diteruskan demi, kepentingan anak-cucu kita


Kaum Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Walaupun kita mendapat bantuan “tongkat sakti” daripada kerajaan, pencapaian anak Melayu masih jauh jurangnya dengan bangsa lain.

Mengapakah ini berlaku? Adakah kerana system pendidikan Negara yang mempunyai kelemahan ataupun kepincangan pelaksanaan Sistem tersebut?

Baru-baru ini Kerajaan telah menyelaras kenaikan gaji kakitangannya mengikut kos sara hidup masa kini. Tempiasnya guru-guru menikmati kenaikan agak lumayan.

Ini menunjukkan, guru masa kini dihargai dan diberi ganjaran setimpal tugasan mereka. Untuk itu, guru perlu komited mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam bersaing dengan kaum lain di Negara ini.


Kementerian Pendidikan juga perlu mengkaji Sistem Pendidikan di Sek Kebangsaan.

Sebagaimana baru-baru ini beberapa pemimpin Negara menyuarakan perkara ini, mengapa golongan menengah lebih gemar menghantar anak mereka ke Sekolah alternatif seperti sekolah agama, sebagainya berbanding sekolah kebangsaan.

Dalam isu kelemahan anak Melayu dalam Penguasaan Bahasa Inggeris, kajian juga perlu di buat, akan mengapa murid dari Sek Keb masih keciciran, berbanding dgn murid dari sekolah seperti Methodist, La SAlle dan Convent.

Begitu juga, murid dari Prasekolah swasta lebih mahir dan fasih dalam B Inggeris.


Bukanlah niat saya ingin memperkecilkan Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia, akan tetapi dalam era globalisasi masa kini, Orang Melayu perlu celik “IT” , serta mahir dalam pelbagai bahasa khususnya, dalam Bahasa Inggeris.

Ini adalah kerana, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan , maklumat dalam “Internet”, majoritinya dalam Bahasa Inggeris.

Sebagaimana dalam prinsip Islam Hadhari, iaitu Peningkatan Ilmu Pengetahuan di kalangan Umat Islam di kalangan Bangsa Melayu, maka, wajarlah kita merebut peluang yang ada yang boleh diperolehi dalam era Teknologi Maklumat.

Banjiran pengetahuan dan maklumat dalam dunia siber banyak membantu pembelajaran anak kita.


Kadar peningkatan gejala sosial di kalangan anak Melayu membimbangkan kita, menunjukkan mereka amat lemah iman malah tidak takut kepada Allah swt.

Sekiranya , di peringkat sekolah di tanamkan jati diri dalam keimanan Agama Islam, biarpun di mana mereka berada dan mengharungi pelbagai dugaan hidup, mereka pasti balik kepada Pegangan Agama Islam dan dengan itu takut akan balasan Allah jika terlintas melakukan maksiat dan kejahatan.


Menyentuh gejala ponteng sekolah, mengapakah perkara ini terjadi? Adakah kerana murid bosan dengan pengajaran guru, ataupun mereka telah keciciran dan tidak berasa belajar itu satu perkara yang menarik dan amat penting untuk masa depan mereka yang lebih cerah.?

Pada pandangan saya,gejala sosial yang melanda Negara ini, boleh dikatakan berpunca daripada Ponteng Sekolah.

Kerana dengan ponteng sekolah, untuk melepaskan diri daripada pengetahuan ibu-bapa mereka mencari tempat lain untuk menyorok dan berkumpul untuk menghabiskan masa mereka itu.

Ironiknya, masa inilah mereka akan terbabit dengan mereka yang ingin mencari keuntungan serta membawa kesan negatif kepada mereka.

Bermula dari sinilah mereka mula merokok, kemudiannya mengambil dadah.

Selanjutnya menghabiskan masa bermain computer game serta menonton video lucah yang kemudiannya menjurus kepada kesan yang lebih buruk.

Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji semula system pendidikan Negara yang merangkumi pelbagai aspek supaya Nilai keimanan, kerohanian, kecintaan pada diri sendiri, keluarga dan Negara tertanam dalam naluri anak bangsa kita.

Disarankan agar konsep pembelajaran di Sekolah dirombak dengan memasukkan Pendidikan Agama sebagai korikulum asas dan menjadikan Ilmu Fekah, Tauhid, Tajwid dan Akhlak sebagai Teras Pembelajaran,

Kerajaan juga perlu meneliti serta mengambil tindakan bagi membendung gejala ponteng sekolah.

Dicadangkan agar pihak polis diberi kuasa untuk membawa murid yang berkeliaran semasa waktu sekolah ke balai dan memanggil pihak sekolah serta ibubapa murid yg terbabit bagi tindakan selanjutnya.

Tindakan sekeras ini pasti memberi sedikit impak kepada murid yg akan takut untuk ponteng sekolah lagi.

No comments: