Wednesday, February 27, 2008

Cerita Pemuda "Lim"


Bilik Gerakan Peti Undi Barisan Nasional Jalan Maarof P121/000/02 telah “dilawati” oleh seorang pemuda bernama “Lim” yang tidak mahu memberi butiran lanjut identiti dirinya semalam dengan membawa cetakan artikel dari Laman Web Malaysia Kini.

Ketika ditanya samada dia sudah mendaftar , Lim menjawab “sudah” walaupun digesa menunjukkan bukti tersebut. Nyata sekali Lim rupanya seorang “pengecut” kerana takut mengenalkan diri sendiri. Dia yang mungkin dihantar dan dipergunakan oleh pihak tertentu, mahukan kepastian dari petugas di situ mengenai tulisan artikel yang bertarikh 21 Feb 2008 yang jelas sekali sekadar mahu mencetus provokasi di kalangan rakyat dan warga Lembah Pantai . Setelah diasak kembali oleh petugas IT Puteri UMNO tentang identitinya Lim akhirnya pergi begitu saja.

Dengan berfikiran cetek, Lim mempercayai tulisan berkenaan yang dengan jelas memanipulasi fakta dan berbentuk provokasi serta hasutan. Walaupun petugas berulang-kali menggesa Lim bertanya sendiri kepada penulis artikel itu akan bukti-bukti pertuduhan terhadap Dato’ Sri Shahrizat, sebaliknya Lim meminta pihak petugas Bilik Gerakan BN pula memberikan bukti itu, dengan membebel Dato’ Sri menyalah guna duit ibu-bapanya (cukailah tu)…itupun kalau benar ibu-bapanya ada membayar cukai…

Dengan dangkal, “Lim” menuduh Dato Sri memancing undi dengan memberi T-shirt dan topi di musim Pilihanraya…Jika inilah modal pembangkang, alangkah malangnya pengundi yang memilih mereka nanti kerana telah ketandusan modal menjatuhkan maruah parti BN serta calonnya.

“Lim” nyata sekali dibutakan oleh penulis tidak bertanggung-jawab meracun fikiran anak muda, dan sadisnya bila disoal pernah melayari laman web Kementerian Wanita beliau menjawab tidak.

Inilah bahananya jika rakyat hanya melayari dan membaca artikel dari perspektif pihak tak bertanggungjawab dan sentiasa tidak berpuas-hati…Mereka akan terus menulis dan menghasut meracuni fikiran pembaca terutama golongan muda yang tidak mendapat pendedahan sebenar peranan kerajaan BN selama ini.

Monday, February 25, 2008

Calon Puteri UMNO –Pengiktirafan Pemimpin pada Golongan Wanita Muda


Calon muka baru, Nolee Ashilin Radzi akan bekerja keras memastikan BN menerima undi lebih besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah pada pilihan raya umum kali ini. Nolee akan bertanding menggantikan bapanya Datuk Mohd Radzi Manan yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang digugurkan.

Nolee juga mengambil pencalonan tersebut secara positif bagi meneruskan usaha bapa yang selama ini membawa pembangunan dan kesejahteraan di kawasan tersebut dan berjanji akan bekerja keras bagi menambah pembangunan untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Menurut Nolee, pemilihan beliau sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti satu penghormatan buat Puteri Umno apabila usaha-usaha Puteri diiktiraf oleh pucuk pimpinan serta penghormatan buat wanita amnya untuk mengisi kuota.

Walaupun masih muda, beliau yang datang dari keluarga politik yakin berpeluang untuk memenangi kerusi DUN Tualang Sekah walaupun mendapat tentangan daripada segelintir anggota parti yang tidak berpuas hati dengan pemilihannya. Beliau sedar tidak semua (pihak) dapat menerima pencalonannya , namun berharap mereka akan faham perjuangan kita bukan untuk diri sendiri tetapi adalah perjuangan untuk parti.

Nolee akan bertanding satu lawan satu dengan calon PKR M Nadarajah.

Dalam pilihan raya 2004, Mohd Radzi menewaskan pencabarnya dari PKR dengan majoriti 3,311 undi. Mohd Radzi mengumpul 7,230 undi manakala pencabarnya Salma Ismail mendapat 3,919 undi

Ahli UMNO harus sedar bahawa perpaduan di kalangan ahli adalah aset penting keunggulan sesebuah parti...

Siapa Perguna Nenek Maimun?


Calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, dari Kampung Pengadang Akar, di sini, adalah penerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan di bawah kategori Bantuan Orang Tua sejak 2003 lalu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengesahkan Maimun yang juga ibu tunggal dan mempunyai seorang anak, Huzaimah Abdullah, 50, serta tujuh cucu dan 19 cicit, tidak mempunyai harta dan dikategorikan di bawah kemiskinan tegar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Panji Alam yang juga jiran terdekat Maimun, Jusoh Mohamad, berkata dia terserempak dengan tiga lelaki berpakaian kemas di rumah Maimun empat hari sebelum hari penamaan calon.

"Hasrat Maimun bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya adalah haknya, tetapi kita bersimpati dengan nasibnya yang mungkin digunakan pihak tertentu bertujuan memecah undi.

"Maimun bukan saja penerima bantuan JKM, malah dia juga menerima bantuan dana khas hari raya untuk warga emas sejak 2004 lalu," katanya

Menurut Nenek Maimun , tenaganya tidak sekuat orang muda untuk berkempen, justeru dia akan melakukannya secara kecil-kecilan iaitu dari rumah ke rumah. "Kalau nak sokong, sokonglah..., kalau tak mahu sokong pun tak apa, itu hak mereka," katanya.

Maimun berkata beliau tidak mempercayai satu pun parti yang ada di negara ini, menyebabkan beliau memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas. "Semua parti tak betul, apa yang mereka buat untuk rakyat. Bagi tanah orang Melayu. Saya sudah tua, saya mahu perintah sendiri," katanya

Apa agaknya dia buat dengan duit yang kerajaan BN beri setiap bulan tu? ..Barangkali dia menderma balik pada orang susah lain di Kampung nya?

Cadangan cucu pada Nenek Maimun…Berbuatlah ibadah lebih-lebih sikit… (semampu /semaksima yang boleh ) almaklum..bila-bila masa Allah swt akan panggil Nenek…..

AL-Kisah Mat Sabu


Dalam pilihanraya 8 Mac di Parlimen Kuala Terengganu , Mohamad akan menghadapi penyandang Datuk Razali Ismail (BN) dan Maimun Yusuf, calon bebas. Pada 2004, Razali menang dengan majoriti 1,933.

Adakah pengundi mahu menerima calon PAS itu, yang berasal dari Pulau Pinang dan pernah menjadi wakil rakyat di Nilam Puri pada pilihanraya 1990 dan Kubang Kerian (1995), Kelantan serta Kuala Kedah (1999), Kedah.

Berikut reaksi Penduduk Kuala Terengganu mengenai calon PAS Mohamad Sabu.

Menurut penduduk Kampung Bukit Bayas ramai orang di kampungnya tidak gemar dengan Mohamad terutama dengan gaya percakapannya yang kasar dan sombong. Ada yang dengar namanya sudah (rasa) benci.

Seorang lagi penduduk, akan cuba mempengaruhi rakan-rakannya supaya menolak calon PAS dalam pilihanraya kali ini kerana tidak mahu pemimpin yang cuba membawa budaya kasar menjadi wakil rakyat di sini. Mereka pernah mendengar kata-kata Mohamad bahawa demonstrasi perlu diadakan sedangkan ia tidak dikehendaki oleh orang Melayu di negeri ini.

Terdapat 80,325 pemilih di kawasan ini dengan 88 peratus Melayu, 10.8 peratus Cina dan 0.6 peratus India.

Masih ingat kes Tangkapan Khalwat Mat Sabu dengan isteri orang, Normah pada tahun 1998 lalu? Bagaimanapun Mat Sabu di dapati tidak bersalah.
Musykilnya Normah kini adalah isteri Mat Sabu….mana suami kak Normah dulu???...Mat Sabu…oh Mat Sabu

Siapa Fuziah Salleh?


Fuziah Salleh antara orang kuat PKR.
Kini bertanding menentang calon BN di Kuantan Pahang. Bersama suami mendapat bantuan kerajaan Barisan Nasional melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Suaminya Rosli Abdul Rahman seorang pensyarah UPM, pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun menerima tajaan Kerajaan BN berjinak dengan Anwar Ibrahim.

Kononnya, jika Anwar memerintah, Fuziah antara pengikut yang akan mendapat tempat dalam kumpulannya. Malangnya, Allah swt lebih berkuasa, niat Anwar melebarkan pengaruhnya, di kekang dan dengan kuasa Allah juga dia tumbang.

Fuziah masih setia dengan Anwar meneruskan cita-cita politik, sedangkan ramai kawan-kawannya sudah keluar meninggalkan PKR setelah menghidu strategi Anwar yang bersetongkol dengan ramai pemimpin Barat, khususnya Yahudi di Amerika yang kita sedia maklum tidak pernah berniat baik terhadap umat dan Negara Islam.

Keluarga Fuziah selama ini menggunakan fasiliti yang kerajaan BN sediakan seperti Hospital kelas pertama, sedang kan di luar sana rakyat menunggu giliran dan bertarung dengan maut dalam penantian mendapat rawatan pakar perubatan.

Kesenangan berumah Banglo di Bangi juga menggunakan fasiliti yang kerajaan BN sediakan untuk kakitangannya. Anak-anaknya membesar dan belajar juga dengan kemudahan dan tajaan Kerajaan BN baik semasa di UK mahupun di Malaysia ini.

Pokoknya, calon pembangkang yang berkobar merebut kuasa kerana agenda politik mereka sendiri. Walhal mereka sudah puas mengaut kekayaan Negara ini yang Allah swt limpahkan kepada Kerajaan BN . Apa yang telah mereka dapat daripada Dasar Kerajaan BN tidak mencukupi buat mereka , mereka mahu lebih dari itu, kononnya membawa wadah perjuangan Mengagih Kekayaan Negara dengan Adil kepada rakyat yang tidak merasa seperti apa yang telah mereka perolehi selama ini….

Fikir-fikirkanlah penyokong PKR…..

Nurul Izzah mula berkempen rumah-ke-rumah


Calon parti pembangkang kelazimannya akan hanya turun padang , menjenguk rakyat bila tiba musim pilihanraya saja…

Hari-hari biasa mereka entah ke mana, sibuk dengan aktiviti sendiri, keluarga sendiri, ke luar Negara sebagainya. Adakah pintu rumah mereka sentiasa terbuka kepada rakyat jika bukan musim pilihanraya?

Lazimnya, pemimpin tempatan, Wakil Rakyat akan di cari rakyat baik bila susah , mahupun bila perlu bantuan. Selama ini pun Wakil Rakyat dan pemimpin parti komponen kerajaan Barisan Nasional, tempat rakyat meminta bantuan. Paling tidak pun jiran sebelah rumah yang akan membantu sesama mereka.

Dasar serta peruntukan kerajaan Barisan Nasional membolehkan sumbangan di salurkan seperti musim awal persekolahan serta musim perayaan. Wakil Rakyat serta pemimpin tempatan juga mengeluarkan belanja dari kocek mereka sendiri membantu rakyat.

Pembangunan pantas di Lembah Pantai memberi impak positif kepada rakyat di situ. Tidak bersyukurkah mereka kepada Allah swt? Dengan kecekapan dan kebijaksanaan serta keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional semua itu dipermudahkan Allah swt.

Pemimpin PKR yang dari dahulu ingin berkuasa kerana telah ditakdirkan Allah swt jatuh dari persada pemerintahan Negara ingin merebutnya kembali dengan menabur dakyah songsang dan isu sentimen membakar perasaan dan fikiran rakyat.

Bukankah mereka sudah cukup kaya dengan mengaut kekayaan Negara selama mereka ada kuasa dahulu? Baru kini kah mereka ingin membela rakyat dan berjanji mengagih kekayaan Negara ?

Jika isu pengangguran menjadi modal Nurul Izzah di Lembah Pantai…masakan warga Indonesia boleh hidup dan mengumpul harta di Negara ini. Rezeki , ada di mana-mana , asalkan kita rajin berikhtiar, bertawakal, bermuhasabah diri, InsyaAllah akan di beri laluan Allah swt.

Sunday, February 24, 2008

DAP expels three


DAP has expelled three members with immediate effect for filing nominations as independent candidates in the 12th general election.

In a Press Statement realeased earlier today the party said the three are Kung Chin Chin, Ngu Tieng Hai and Badrul Zaman P.S. Mohd Zakariah.

Kung and Ngu, both from Sarawak, are contesting against DAP candidate Wong Hua Seh for the Sarikei parliamentary seat (P208).

Badrul Zaman from Selangor is contesting against DAP's Ooi Chuan Aun (aka blogger Jeff Ooi) for the Jelutong parliamentary seat (P50) and Koid Teng Guan for the Sungai Pinang state seat (N30).

In the DAP ontesting against official candidates is a violation of party discipline.

Pertandingan 3 penjuru di Parlimen Lembah Pantai



PENYANDANG Parlimen Lembah Pantai, Shahrizat Jalil (tengah) bersama lawannya, Nurul Izzah Anwar ( PKR ) dan Praisamy (Bebas), ketika penamaan calon di Bangsar.

Parlimen Lembah Pantai yang telah dibangunkan dengan susah-payah dan bersungguh-sungguh oleh kerajaan Barisan Nasional kini menjadi rebutan 2 calon lain. Mereka umpama nak masuk "cuci kaki" kononnya ingin membela rakyat kawasan berkenaan.

Kerajaan Barisan Nasional telah banyak berjasa membangunkan Lembah Pantai, kerana tamakkan kuasa, mereka baru kini datang menjenguk warga Lembah pantai. Segala kemudahan dan pembangunan dikecapi selama ini oleh penduduk Lembah Pantai dengan aman damai, tapi kini PKR dan Bebas menggunakan pelbagai sentimen kononnya nasib mereka tidak dibela selama ini...

Agak-agaknya sumber mana yang menaja Nurul Izzah kali ini?
Begitu juga, hasutan siapa (tak lain....) yang ingin memecah undi kaum India di Lembah Pantai.

PKR-DAP bertembung di tujuh kerusi


 

1.    Stampin-Sarawak; Datuk Yong Khoon Seng.(BN), Voon Lee

Shan(DAP) & See Chee How(PKR)

2.    Miri-Sarawak; Datuk Robert Lau Hoi Chew.(BN)

Wong Ho Leng (DAP) & Lim Chin Chuang (PKR)

3.     Derga-Kedah; BN Dr Cheah Soon Hooi(BN). Cheung Khai

Yen(PKR) & Teoh Teik Guan(DAP)

4.     Sepanggar-Sabah; Enchin Majimbun (BN),

Edward Ewol Mujie (DAP) & Mohd Ibrahim Abdullah (PKR)

5.    Kota Kinabalu-Sabah; Chin Tek Ming (BN , Christina Liew

Chin Jin(PKR), Hiew King Chiew (DAP), & Kong Yu Kiong

(bebas).

6.    DUN Tanjung Aru- Sabah; Edward Yong Oui Fah(BN) , Awang

Ahmad Shah (PKR), Yan Chan Tsze @ Teddy Yang (DAP)

7.     DUN Luyang-Sabah; Melanie Chia Chui Ket (BN) ,Alexander

Wong Yun Kong (PKR) Fung Kong Win(DAP) & Chin Fung Vui @

Bernard.(Bebas)


 

PAS, PKR & DAP: Pakatan yang tak sepakat


Dipetik dari blog Lenggong Valley

Pakatan diantara PAS, DAP dan PKR nama saja gah, tetapi realitinya mereka tidak pernah bersetuju berhubung ideologi dan prinsip masing-masing.

Senario yang membawa mereka berkerjasama hanyalah disifatkan seperti ungkapan Inggeris, "adversity brings us together..."

Memang baik bersepakat ke arah perpaduan, tetapi jika matlamatnya jelas akan membawa kepada perpecahan, pengundi dalam pilihan raya ke-12 akan berfikir berpuluh kali sebelum memberikan undi kepada mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam kompromi sementara itu.

Pengundi, termasuk mereka yang menyokong satu daripada parti-parti itu akan mempersoalkan keadaan apabila matlamat mereka tercapai. Ini kerana realitinya matlamat berdasarkan misi dan ideologi masing-masing akan membawa mereka ke jalan buntu...

Fikir dan fikirlah lagi...

Saturday, February 23, 2008

Titiwangsa: tidak menjatuhkan maruah antara satu sama lain

Walaupun berbeza fahaman politik, namun kedua-dua calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Titiwangsa bersetuju bertanding secara positif dan tidak menjatuhkan maruah antara satu sama lain.

Calon Pas Dr Lo'Lo Mohamad Ghazali, 51, dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir, 54, berkata mereka akan berkempen secara profesional dan akan meminta penyokong parti masing-masing supaya mengambil tindakan yang sama.

Aziz yang merupakan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru berkata sekiranya menang, beliau akan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu bagi mengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial penduduk di Titiwangsa terutamanya di Kampung Baru.

Dr Lo' Lo, yang yakin dapat diterima pengundi yang mahukan perubahan, berkata dia lama tinggal di kawasan ini dan mengetahui permasalahan masyarakat setempat terutamanya mengenai isu keselamatan, sosial dan kesihatan.

Tun M saran diadakan mata pelajaran khas pekerti mulia di sekolah

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan subjek khas bagi mendidik anak-anak Melayu menjadi manusia berpekerti tinggi diajar di institusi pendidikan di negara ini.

Beliau berkata langkah itu diyakini dapat membantu mengatasi gejala sosial di kalangan belia Melayu yang paling banyak terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti rempit dan menagih dadah.

Dr Mahathir berkata penguasaan ilmu sematamata tidak menjamin lahirnya insan yang berpekerti mulia. Sebaliknya, beliau berkata mereka yang berpengetahuan tetapi tidak mempunyai peribadi yang elok boleh merosakkan masyarakat dengan menyalahgunakan ilmu yang ada.

Tambahnya, orang berilmu dan mempunyai peribadi mulia adalah pendakwah sebenar dan wajar dijadikan contoh kepada masyarakat pelbagai lapisan agama.

Menurutnya kekayaan merupakan satu daripada punca keruntuhan moral di kalangan masyarakat sekarang.

"Sekarang ramai yang capai satu tahap kekayaan hinggakan anak-anak mereka tidak hargai wang ringgit. Jika tak ada wang mereka minta daripada ibu bapa dan sebab mampu ibu bapa dengan mudah beri wang yang diminta menyebabkan anak-anak tak hargai wang yang diterima mereka," katanya.

Ibu bapa sekarang juga katanya tidak begitu menumpukan kepada pembentukan peribadi anak-anak dan menyerahkan tugas mendidik kepada guru di sekolah semata-mata.

Friday, February 22, 2008

Sandiwara Batu gajah berakhir...


Memang betul apabila Tajol Rosli beberapa hari lalu berkata penarikan diri wakil DAP Batu Gajah Fong Po Kuan satu sandiwara.

Terbaru, Fong hari ini bersetuju menarik-balik keputusannya mengundur diri. Dengan ini dia sekali lagi akan bertanding untuk kerusi parlimen Batu Gajah...

Dalam politik apa pun boleh berlaku...kita perhatikan degupan jantung kawasan Lenggong pulak.

Pembangkang komplain harga minyak?...renungkan ini pula


Pembangkang sentiasa mengapi-apikan keresahan rakyat berhubung kenaikan harga minyak petrol sebagai di antara taktik melemahkan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan.

Bagaimanapun, sedarkah anda di Eropah di mana harga petrol kini mencecah hingga kepada 1.55 Euro seliter? Pada kadar pertukaran dengan Malaysia ini bermakna RM7.15 seliter. Pada kadar itu jika anda ingin mengisi tangki penuh 50 liter, anda perlu membayar RM359.00!

Fikirkanlah balik...

Thursday, February 21, 2008

UMNO Lenggong berkorban?

Kerusi Parlimen Lenggong yang dimiliki UMNO diserahkan kepada Gerakan bagi membolehkan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe bertanding bagi kerusi itu dalam pilihan raya umum Mac 8 ini.
 
Dalam nada sebak, Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata keputusan sukar itu terpaksa dibuat bagi meleraikan kekusutan apabila Gerakan tetap berpendirian untuk menuntut kembali kerusi Parlimen Taiping miliknya yang sebelum ini dijanji dipinjamkan hanya sepenggal untuk ditandingi oleh PPP pada pilihan raya umum 2004 lepas.
 
"Saya sedar sebenarnya yang paling teruk menerima bahana daripada pergolakan ini ialah Umno Bahagian Lenggong dan Gerik kerana kami terpaksa menerima Datuk Tan Lian Hoe bertanding di Lenggong dan Ketua Pemuda Umno Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) bertanding pula di kawasan Parlimen Gerik dan penyandang Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh tidak bertanding," katanya.
 
Tajol berkata keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan paling sukar dalam karier politiknya.

Seorang Lagi Calon Puteri UMNO


Puteri Umno amat berbangga kerana pucuk pimpinan memberi peluang kepada seorang lagi ahli Puteri menjadi calon iaitu DUN Tualang Sekah, Perak.

Nolee Ashilin Mohd Radzi adalah tidak asing di kalangan Puteri di mana beliau merupakan Exco Puteri Pusat sejak zaman penaja seterusnya semasa era Datuk Azalina Othman Said sebagai Ketua Puteri dahulu.

Dalam era Datuk Azalina, Nolee memegang Pengerusi Biro IT di mana laman web gtputeri popular membantu menyangkal dakyah pembangkang dalam Pilihanraya ke 11.

Kini beliau memegang Pengerusi Biro Pendidikan, antara Biro yang paling aktif bergerak ke serata pelusuk negara untuk memartabatkan pendidikan di kalangan generasi muda yang akan menjadi pelapis harapan negara kelak.

Nolee, seorang ahli perniagaan yang berjaya berumur 33 tahun adalah pemimpin Puteri yang berkaliber, prihatin, dan amat disegani. Semoga DUN Tualang Sekah akan bertambah maju bersama Pemimpin Muda ini nanti, InsyaAllah.

Wednesday, February 20, 2008

Terengganu pecah tradisi letak calon wanita



Setelah 30 tahun, Terengganu kini menampilkan wanita sebagai calon dalam pilihan raya umum ke 12, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok iaitu Nordiana, Ketua Puteri Terengganu.

Calon wanita terakhir ialah Syarifah Azah Apple Syed Shith, bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1974 mewakili Perikatan (sekarang BN), tetapi tewas kepada calon Pas.

Nordiana, 34, yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada Januari 2006 adalah juga Pengerusi Kuantan Medical Centre Sdn Bhd dan bekas Pegawai Seranta Felda, Jabatan Timbalan Perdana Menteri.

Memiliki ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pernah menjadi guru sementara dan pegawai kepada Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri (2000-2002) dan Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Terengganu antara 2003 hingga 2005.

Menurut Ketua Puteri Negeri Terengganu ini, Puteri akan terus memperjuangkan nasib belia wanita dan ibu tunggal bagi memastikan golongan ini terus mendapat pembelaan daripada ditindas dengan menjaga kebajikan dan sosial mereka di mana ianya seiringan dengan pelan pembangunan yang sedang pesat berlaku di Terengganu selepas BN mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2004.

Puteri Umno Zon Timur bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk mengadakan sesi temu duga dalam usaha memudahkan graduan mendapatkan pekerjaan dan secara langsung dapat mendekatkan mereka dengan aktiviti Puteri.

Lebih 600 graduan terbabit dalam program berkenaan, sekali gus menunjukkan kempen keahlian menerusi cara itu mampu meraih lebih ramai belia menyertai Puteri Umno negeri.

Menurut Nordiana , Puteri memberi penekanan khusus kepada cara mengendalikan komputer kepada ahli, selain mengadakan pelbagai aktiviti remaja seperti beriadah. Antaranya, bola jaring dan futsal dan pada masa terdekat ini akan menganjurkan permainan paintball dan beberapa aktiviti kepada remaja seperti seminar dan bengkel.

"Terengganu mempunyai 10 pasukan yang kuat untuk menyertai Pertandingan Futsal Puteri Umno Malaysia, sekali gus menunjukkan kubu pertahanan untuk mengekalkan jumlah undi mampu dipertahankan," katanya.

Beliau berkata, seperti tahun lalu, program Puteri Menyusur Akar juga akan terus dilaksanakan dengan memberi bantuan kebajikan kepada ibu tunggal berusia 35 tahun ke bawah yang dilaksanakan di semua 32 DUN membabitkan lapan Parlimen.

Bantuan diberikan dalam bentuk kemahiran berdasarkan minat dan kecenderungan ibu tunggal itu untuk memulakan perniagaan seperti menghantar mereka mengikuti kursus jahitan atau masakan.

Syabas kepada calon dari Puteri kerana mendapat pengiktirafan daripada kepimpinan Parti akan sumbangan serta kepakaran yang dihulurkan demi memajukan negara.

Ong Ka Ting bawa budaya politik baru



Oleh AZNAN BAKAR

SUKAR untuk mencari pemimpin yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak kuasa.

Berdasarkan kepada senario politik semasa, kebanyakan pemimpin akan memberi pelbagai alasan untuk mewajarkan mereka terus diberi peluang memimpin.
Tetapi itu tidak berlaku pada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau secara terbuka memberitahu pilihan raya umum kali adalah yang terakhir untuknya.

Beliau memutuskan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum 2011 kerana berpegang kepada polisi parti itu yang diperkenalkannya ketika mengambil alih jawatan Presiden MCA pada 2003.

Jika diambil kira faktor umur, Ka Ting masih muda berbanding pemimpin lain. Tahun ini usianya baru 51. Pada 2011 umurnya 56 tahun. Juga masih muda untuk seorang pemimpin politik.

Tetapi bagi Ka Ting umur bukan ukuran untuk beliau terus kekal sebagai pemimpin, apatah lagi bertanding dalam pilihan raya.
Tetapi beliau berpegang kepada prinsip bahawa Presiden MCA tidak boleh berkhidmat melebihi sembilan tahun atau tiga penggal.

Sebab itu beliau secara terbuka mengumumkan bahawa pilihan raya umum kali ini merupakan yang terakhir baginya.

"Tahun ini umur saya sudah 51 dan saya sudah berkhidmat kepada parti lebih empat tahun. Ini merupakan kali terakhir saya bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Pendirian Ka Ting itu dilihat oleh banyak pihak sebagai satu tanda aras baru yang perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain.

Ka Ting telah memberikan satu contoh yang baik bahawa seseorang pemimpin itu tidak perlu berada di tampuk kuasa untuk tempoh yang terlalu lama.
Sebaliknya, selepas suatu tempoh tertentu mereka perlu melepaskan jawatan itu dengan rela bagi memberi ruang kepada muka baru.

Sikap budiman Ka Ting yang berpegang kepada prinsip itu diharap dapat membentuk budaya baru dalam politik negara ini. Ia boleh dijadikan ikutan bukan sahaja oleh pemimpin-pemimpin lain dalam komponen BN tetapi juga parti pembangkang.
Apabila telah berkhidmat untuk tempoh tertentu, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang tanpa perlu didesak oleh mana-mana pihak terutama rakyat.

Langkah itu bukan sahaja dapat memberi laluan kepada muka baru menjadi pemimpin, tetapi yang paling penting ia dapat mengelakkan perpecahan dalam parti.
Pemimpin yang secara sukarela mengundurkan diri setelah tiba masanya pasti akan lebih dihormati dan diingati sampai bila-bila.

Ka Ting dilantik sebagai Presiden MCA bagi menggantikan Tun Dr. Ling Liong Sik pada 2003 dan mengekalkan jawatan itu pada pemilihan MCA 2005.
Di bawah pimpinannya, pada Jun 2003 Jawatankuasa Pusat MCA telah meluluskan cadangan supaya jawatan Presiden MCA, Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu ditetapkan tidak melebihi tiga penggal.

Oleh itu, pengumuman Ka Ting di Pulau Pinang merupakan komitmen beliau untuk melihat parti komponen kedua terbesar dalam BN itu sentiasa segar dengan kehadiran pemimpin-pemimpin muda yang berwibawa.

"Tidak seperti pembangkang di mana calon boleh terus bertanding walaupun sudah tua. MCA ada polisi. Pemimpin hanya boleh berkhidmat maksimum sembilan tahun atau tiga penggal," katanya.

Semoga budaya sihat yang ditanam oleh Ka Ting dalam MCA ini dapat dijadikan teladan dalam memastikan persekitaran politik negara terus segar dengan pemimpin yang berwibawa.

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi -8 Mac (Sabtu)

Penamaan calon - 24 Februari (Ahad)

Tempoh berkempen -13 hari

Pemilih awam -10,701,054

Pemilih pos -221,085

Jumlah parti politik berdaftar -30

Jumlah kerusi Parlimen -222

Jumlah kerusi DUN -505

Monday, February 18, 2008

Pilihanraya: dosa teramat jika memilih perosak umat


Oleh Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

Ada insan yang membayangkan mimpi indah dan ada juga yang bimbangkan mimpi gundah. Saya tidak ingin memperkatakan tentang nasib mereka, tapi ingin memperkatakan tentang tangan-tangan yang ingin memilih mereka. Samada tangan itu pemimpin tertinggi pertubuhan-pertubuhan politik, atau rakyat yang akan mengundi nanti.

Saya amat tertarik dengan surat Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang mengandungi wasiat tentang calon pilihannya dalam menggantikan beliau yang ketika itu begitu teramat uzur. Beliau meminta supaya Saidina 'Uthman menulis untuknya seperti berikut: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta permulaan kehidupannya di akhirat dan sedang masuk ke dalamnya. Di mana ketika seperti ini seorang kafir akan beriman, seorang yang jahat akan yakin, dan seorang pembohong akan bercakap benar. Aku melantik untuk kamu semua selepas aku ini 'Umar bin al-Khattab.

Dengar dan taatlah kepadanya. Sesungguhnya aku tidak akan melewatkan sebarangkan kebaikan untuk Allah (keredhaanNya), RasulNya, agamaNya, diriku dan kamu semua. Sekiranya dia (Umar) berlaku adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia mengubahnya (kepada tidak adil), maka setiap orang akan menanggung dosa yang telah dilakukannya.

Aku bertujuan untuk kebaikan dan aku tidak pula mengetahui yang ghaib (keadaan masa hadapan). Maka nanti mereka yang zalim akan mengetahui di manakah tempat kesudahan mereka. Wassalam 'alaikum warahmatullah". (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Fikr).

Surat ini menggambarkan betapa Saidina Abu Bakr sedarkan dirinya dan kita semua bahawa soal pemilihan mereka yang akan menguasai urusan rakyat mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak. Maka mereka yang hendak dipilih, hendaklah mereka yang kita yakin akan mampu menegakkan keadilan dan kemaslahatan umat.

Jika kita pilih mereka yang berpotensi merosakkan umat, maka itu adalah dosa yang teramat di sisi Tuhan. Juga, calon-calon yang dipilih itu hendaklah sedar bahawa neraka adalah kesudahan buat mereka yang zalim yang gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab kepimpinan.

Memilih calon atau mengundi walaupun kelihatannya ringkas sahaja sekadar meletakkan nama atau memangkah pada hari pengundian, tetapi kesannya amat besar terhadap masa depan sesebuah negara dan umat. Ia mampu menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, atau keamanan dan kekacauan sebuah masyarakat.

Sebab itu dalam membuat pemilihan calon sama ada kita pemimpin atasan yang membuat penentuan nama-nama yang bakal bertanding atau rakyat bawahan yang akan mengundi, maka hadis berikut patut direnungi: sabda Nabi s.a.w "Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai ALLAH, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya ALLAH mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.

Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah". (Riwayat Malik dalam Muwata`). Demikianlah pemilihan dan pengundian, walaupun bukan ucapan lisan, tetapi ianya ucapan bertulis yang membawa kesan yang teramat besar.

Kita begitu gembira apabila media-media kita melapor hasrat kepimpinan pertubuhan-pertubuhan politik untuk memastikan agar calon-calon yang diletakkan berkualiti. Kita harap itu semua menjadi kenyataan, bukan sekadar slogan.

Ya, rakyat juga sudah ramai yang bijak dan mula tahu menilai. Bukan masa lagi sekadar untuk berbangga dengan jenama parti, sedangkan wakil atau pemimpin yang dilantik tidak mempunyai kualiti yang mampu memastikan survival umat.

Kualiti sesorang calon bukan sekadar dilihat pada daerah, atau negeri atau umur atau latar pendidikan semata, 'muka lama' atau 'muka baru'. Sebaliknya, seperti yang selalu saya sebutkan hendaklah berteraskan al-Quwwah dan al-Amanah seperti yang diajar oleh al-Quran. Al-Quwwah bermaksud kekuatan yang mewakili kemampuan atau kemahiran atau kecekapan melaksanakan tugas.

Sementara al-Amanah adalah nilai taqwa atau amanah dalam diri yang memastikan dia tidak akan mungkir terhadap janji dan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan. Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya): "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah" (Surah al-Qasas: 26).

Apabila perwakilan Najran datang bertemu Nabi s.a.w dan meminta baginda menghantar wakil baginda hanya yang amanah yang dapat membimbing mereka. Maka Nabi s.a.w bersabda: "Aku akan mengutuskan bersama kamu seorang lelaki yang amanah, bahkan benar-benar amanah. Maka para sahabat Nabi s.a.w pun tertunggu-tunggu siapakah yang dipilih. Lalu baginda bersabda: "Bangunlah! Wahai Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah". Lalu Abu 'Ubaidah pun bangun dan baginda pun bersabda: "Inilah orang yang amanah bagi umat ini" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, Abu 'Ubaidah ialah seorang yang terkenal dalam rekodnya sebagai insan muslim mukmin yang bertegas kepada prinsip dan mengenepikan segala kepentingan diri. Dengan rekod itu, dia dicatat dengan ukiran kegemilangan ketika dia dilantik menjadi gabenor pada zaman pemerintahan 'Umar bin al-Khattab. Hidup dalam penuh kezuhudan dan menyebarkan keadilan untuk rakyat.

Saya kira, saya boleh mewakili suara rakyat jelata -pada umumnya- dalam hal ini; bahawa kita meminta kepada kepimpinan politik agar mengutuskan atau mencalonkan mereka yang bakal memimpin rakyat ini hanyalah yang amanah. Hanya yang insaf bahawa dia akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak tentang tanggungjawab yang akan diserahkan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh (menunai amanah) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka" (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain baginda: "Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita tidak meminta ustaz atau syeikh sebagai calon. Ini kerana belum tentu gelaran-gelaran itu menjamin mereka mampu menunaikan amanah. Amanah adalah sikap dan keperibadian yang dapat dilihat dalam kehidupan insan, bukan pada gelaran dan panggilan. Justeru, permintaan kita mengatasi nama dan gelaran tetapi ciri dan kewibawaan.

Saya tidak mahu mempersoalkan 'muka lama' atau 'muka baru'. Kepimpinan bukan macam jamuan makanan yang sekali sekala kita ingin bertukar selera. Bukan tom yam atau sup atau mee bandung. Kepimpinan soal keadilan dan kemampuan menunaikan amanah yang diberikan tanpa penyelewengan.

Jika 'muka lama' terbukti mampu membela rakyat bawahan, fakir miskin, menyebarkan kebaikan, menghidupkan suasana yang membawa keredhaan Allah dan RasulNya, memajukan minda dan harta, menunaikan tuntutan dunia dan akhirat maka dia layak meneruskannya. Apa ertinya pula 'muka baru' jika dari awal sudah ada potensi negatif.

Namun jika 'muka lama' terbukti menyeleweng, tidak amanah, mementingkan diri, melupai tanggungjawab yang diberikan, maka inilah peluang untuk dibarukan 'muka' seperti itu. Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Sesiapa yang miliki ciri-ciri yang menjadikan dilayak memegang kuasa, maka diberikan kepadanya tanpa bertanya muka lama atau baru. Para al-Khulafak al-Rasyidin memerintah sampai ke akhir hayat. Namun rakyat tetap menangisi hari kematian mereka sebagai tanda khidmat mereka masih diperlukan. Malangnya di kalangan kita hari ini kadang kala baru berkhidmat beberapa bulan, rakyat menangis kerana khidmat mereka mengundang kesusahan.

Soal kelayakan, kepakaran dan kecerdikan memang penting bahkan teramat penting. Namun jika tidak diiringi dengan perasaan gerun terhadap amanah jawatan yang diserahkan kepadanya, maka berbagai kerosakan dek kecerdikan boleh berlaku.

Kita sudah amat keletihan dengan berita-berita perbicaraan rasuah dan penyalahangunaan kuasa yang tidak habis-habis dalam media kita. Umat ini mempunyai tanggungjawab dan kerja yang banyak yang mesti disiapkan. Kita tidak ada cukup masa untuk melayan dan bertungkus-lumus dengan laporan-laporan yang seperti itu.

Misi-misi penting yang ingin dicapai oleh negara tidak akan tercapai jika kelancaran perjalanan kita sentiasa diganggu oleh tangan-tangan yang tidak amanah terhadap peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Misi-misi penting dan besar negara yang kita laung-laung memerlukan tenaga yang berjiwa besar dan amanah.

Ramai sahabah Nabi s.a.w. yang handal di medan pertempuran. Namun baginda tidak membuat pemilihan secara sebarangan bagi misi-misi penting tertentu. Sebab itu dalam misi Peperangan Khaibar, Nabi s.a.w menyebut: "Aku akan utuskan seorang lelaki yang dia kasihkan Allah dan RasulNya, juga Allah dan RasulNya kasihkan dia. Dia bukan seorang yang akan lari dari medan". Maka orang ramai pun ternanti-nanti, lalu dilantik 'Ali dan diserahkan bendera kepadanya" (Riwayat Ibn Majah, sahih).

Pemilihan yang tepat dalam memastikan visi dan misi dapat ditunai adalah penting. Bukan semua yang memakai gelaran yang hebat seperti Professor atau Dr berkemampuan dalam siasah. Kewibawaan politik berbezaan antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun soal latar pendidikan itu penting tapi bukan semua yang berpendidikan tinggi itu berkemampuan dalam politik.

Lebih dukacita lagi jika pemilihan dibuat atas simpati hubungan keluarga atau persahabatan semata. Bukan lagi ciri kelayakan dan kewibawaan. Seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim". (Riwayat Muslim).

Lemah Abu Zar bukannya lemah iman, tetapi lemah ciri-ciri kepimpinan. Kalaulah Nabi s.a.w yang sayangkan Abu Zar tidak melantiknya kerana ciri-ciri yang tidak dimilikinya, apakah kita akan melantik sahabat handai dan kaum keluarga kita sekalipun tidak layak?. Kita mengkhianati amanah.

Seperti yang pernah saya sebutkan, kita ketandusan tokoh-tokoh kepimpinan yang dapat menonjolkan idealisme yang mampu membimbing rakyat sehingga perasaan rakyat begitu terikat dengan perjuangan kepimpinan. Setia tanpa mengharapkan habuan, menyokong dan mendokong cita-cita tanpa mengharapkan ganjaran.

Hal ini tidak boleh berlaku melainkan lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan yang dikagumi keperibadiannya dan dirasai keikhlasan. Jelas pula hala perjuangan dan perlaksanaannya. Wajah kepimpinannya bukan taburan harta, tetapi kematangan minda yang mampu menjadikan harta berfungsi dengan saksama dan cemerlang. Slogan-slogan yang dilaungkan bukan lagi sekadar retorik, sebaliknya penghayatan yang dibuktikan ia bermula dengan dirinya sendiri. Jika sekadar menjanji, ramai yang boleh janji berbagai perkara.

Saya salah seorang dari rakyat biasa yang bukan ahli politik sedang melihat berbagai gelagat orang berbagai parti. Ada yang lucu, ada jelas bohongnya, ada yang hasad, ada lebih lajak dari laju, ada mempergunakan nama agama, atau bangsa untuk kepentingan kempen dan berbagai.

Dari gaya kempen, dapat dikenali watak calon dan partinya. Namun yang perlu diingatkan, pilihanraya bukan musim menghalalkan yang haram sehingga seseorang merasa dia boleh berbohong, atau memaki-hamun, menjatuhkan maruah, mencerca orang tanpa batasan syarak, atau menyalahgunakan apa yang dimilikinya dan seumpamanya.

Sabda Nabi s.a.w: "Bukan seorang mukmin itu pencerca, atau pelaknat, orang yang bercakap keji dan kesat" (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Jika itulah gelagat buruk sebelum mendapat jawatan, saya cadangkan kita jangan beri undi kepada manusia jenis ini. Itu adalah kedangkalan dan kerendahan budi yang tidak tahu bagaimana mengalurkan buah fikiran secara matang.

Gereja di Malaysia berkempen untuk kebebasan beragama menjelang PRU ke-12


Alihbahasa sorotan oleh Wartawan Associated Press, Sean Yoong


Gereja-gereja di Malaysia sedang berhati-hati bergerak ke dalam arena politik dengan gesaan supaya masyarakat Kristian mengundi calon yang memperjuangkan kebebasan beragama pada pilihan raya akan datang.

Gesaan tersebut mencerminkan kegelisahan masyarakat agama minoriti di Malaysia yang merasakan hak asasi mereka sedang dihakis. Ramai daripada mereka menyalahkan birokrat Islam yang dianggap keterlaluan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Hujung minggu lalu pihak gereja mula menyebarkan risalah mendesak masyarakat Kristian mengkaji semula pendirian serta rekod parti-parti politik berhubung "kebebasan beragama, suarahati dan hak bersuara" sebelum membuang undi pada 8 Mac nanti.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia, Hermen Shahstri berkata, "kita mahukan setiap ahli politik mempunyai tanggung-jawab."

Katanya lagi, "Ramai di antara kita tidak akan mengundi calon yang tidak berani bersuara mempertahankan hak beragama."

Persekutuan Kristian Malaysia adalah gabungan Majlis Kristian Protestant Malaysia, Roman Katolik dan Fellowship Evangelis Kebangsaan.

Walaupun ada di antara gereja yang telah menyuarakan perkara ini di masa lalu, namun ramai daripada penganut Kristian memandang berat keputusan pilihanraya umum kelak berdasarkan apa yang mereka anggap sebagai "trend Islamisasi dan bagaimana ia memberi kesan kepada komuniti agama-agama lain," tambah Shahstri lagi.

Sambil menegaskan bahawa gereja-gereja masih berkecuali, beliau berkata kempen tersebut bukanlah berupa pengesahan daripada parti-parti pembangkang sekular yang menuduh kerajaan membiarkan diskriminasi agama berlaku lantaran menyebakan ketegangan dan ketidakharmonian di antara kaum di Malaysia.

Kira-kira 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu etnik beragama Islam. Yang lainnya terdiri daripada masyarakat Cina dan India yang beragama Kristian, Buddha dan Hindu.

Shastri berkata Persekutuan Kristian berkerjasama dengan persatuan agama Buddha dan Hindu untuk menyebarkan risalah-risalah yang sama di kuil-kuil.

Kaum minoriti di Malaysia berasa tidak senang berikutan beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini, seperti langkah kerajaan mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian berbahasa Melayu, pemusnahan kuil-kuil Hindu dan keputusan-keputusan mahkamah yang dianggap memihak kepada orang Islam dalam kes-kes membabitkan orang bukan Islam.

Ahad lalu Perdana Menteri Abdullah telah memberi jaminan kepada kumpulan-kumpulan minoriti bahawa beliau "jujur dan adil" dengan semua agama.

Dalam ucapannya kepada pengundi Cina Abdullah berkata, " memang benar terdapat beberapa salah-faham kecil, tetapi apa yang penting kita bersedia berbincang dan mencari penyelesaian bersama kepada segala masalah."

Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkata inistiatif pihak gereja "pasti akan dapat membantu dalam usaha mewujudkan sedikit sebanyak kesedaran politik," tetapi ia tidak akan mampu mempengaruhi untuk memenangi undian yang banyak bagi pembangkang.

Ramai di kalangan masyarakat Kristian, terutama mereka daripada kelas pertengahan menyokong Barisan Nasional pimpinan Abdullah kerana mereka tidak mahu menggugat keadaan semasa," tambah Kok.

Barisan Nasional di anggotai 14 parti yang mewakili pelbagai kumpulan etnik. Kerajaan campuran yang telah memerintah sejak 1957 ini dijangka akan mudah mempertahankan kedudukannya kali ini, tetapi dengan majoriti kerusi Parlimen yang lebih rendah berikutan ketegangan agama, isu inflasi, jenayah dan rasuah.

The absurdity thats HINDRAF

IN less than three weeks, Malaysians will go to the polls as the defining embodiment of their democracy.

 

Casting their votes in the 12th general election, they will express in no uncertain terms their opinions of the Barisan Nasional government. It is an act of renewal that takes place every few years, a chance for the country to take stock, to consider its future and the direction in which it wishes to go. On Saturday, a small group of people staged an illegal rally and attempted to take the election hostage. The little support that remains for the Hindu Rights Action Force (Hindraf) gathered in the capital determined that the world should know that they are extremely unhappy.

What they are unhappy about exactly is not clear. This movement began with the wily use of an absurd suit, to sue the British government for STG4 trillion (RM25.26 trillion) for exploiting Indians as indentured labour in colonial Malaya. It did succeed in highlighting the plight of poor Tamils today. Next, its slick organisers hoped to repeat the trick, attempting to petition the Queen of England at the British High Commission in Kuala Lumpur. This time, it was to march to parliament to give the prime minister flowers. They haven't asked for more Tamil schools, for more jobs in the civil service for Indians. They haven't asked for more welfare support for underprivileged Indians. The Malaysian Indian Congress did all that, capitalising on an opportunity that Hindraf's organisers threw away.

So, what is Hindraf actually fighting for, precisely? They have the same number of votes as every other Malaysian -- one man, one vote -- so they aren't the heroes of a burgeoning Malaysian civil rights movement. They are citizens of a country where more than two million foreigners work, both legally and not, so they can't possibly believe there are not enough jobs. What they have done is to claim Hindus have been marginalised, accuse the government of ethnic cleansing, and beg for their five leaders to be released from detention under the Internal Security Act. They are also doing the BN a favour. They have made themselves widely resented in Kuala Lumpur for disrupting the lives of thousands of peace-loving city folk. They have obscured the fact that there are opposition parties making legitimate attempts to participate in the democratic process and respect elections as a venue for demanding change. It just doesn't look like they are fighting to raise any constructive points. Maybe, it really is for the money.

Saturday, February 16, 2008

Anwar Ibrahim Faktor Penentu PRU 12?



 

Strategis. Sekiranya ada satu perkataan yang dapat menggambarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, itulah perkataannya. Anwar memang berminat main catur politik. Berbeza dengan seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang selesa memegang pelbagai jawatan di sektor korporat, Anwar memilih untuk kekal dalam politik. Dia tidak mahu bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya memilih peranan sebagai "kingmaker". Sebagai "kingmaker", Anwar meletakkan dirinya di atas semua parti politik. Malah, dia meletakkan dirinya di atas Perdana Menteri, hatta semua pemimpin politik. Dia ingin menjadi penentu.

"Sumbangan" Anwar "menyatukan" pembangkang memang diketahui. Tanpa Anwar, PAS dan DAP masih bercakaran. Sekarang PAS dan DAP sudah boleh berkawan, walaupun dalam proses itu mereka menjadi bagaikan lembu dicucuk hidung oleh Anwar. Itu tidak penting kepada mereka. Yang penting, mereka tidak menjadi penghalang kepada impian kejayaan satu sama lain. Memang diketahui bahawa PAS dan DAP cukup berhajat untuk satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional. Mereka berpendapat lebih mudah menang jika satu lawan satu. Oleh itu, jangan pecah undi.

Dalam UMNO, hubungan Anwar dengan beberapa orang pemimpin parti memang menjadi rahsia terbuka. Nanti laman web ini akan dedahkan siapakah petualang dalam UMNO yang berhubung dengan Anwar. Buat masa ini cukup kalau dikatakan keakraban hubungan antara Anwar dan Khairy Jamaluddin adalah bukti betapa wujud hubungan yang dimaksudkan. Peristiwa Khairy menghantar paspot ke rumah Anwar menyokong kenyataan ini. Hubungan mereka lebih dari setakat menghantar paspot.

Anwar bersandiwara apabila dia berkata Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ingin menyekat dia bertanding dengan mengadakan pilihanraya umum ke-12 lebih awal. Sandiwara yang sama dilakonkan apabila Anwar tidak layak bertanding sebagai Presiden PKR. Hakikatnya, Anwar tidak mahu bertanding dalam PRU ke-12, dan Anwar juga tidak mahu menjadi Presiden PKR. Anwar lebih besar dari Presiden PKR. Anwar is above everything else. Anwar by himself is the institution. Inilah imej yang cuba dibina oleh Anwar.

Kalau Anwar menjadi Presiden PKR, dia hanya menjadi ketua sebuah parti kecil yang hampir mati. Untuk dilihat sebagai relevan, Anwar perlu meletakkan dirinya sebagai de-facto ketua pembangkang, di atas semua parti-parti politik. Itulah sebab Anwar tidak mahu menjadi Presiden PKR. Anwar juga tidak mahu bertanding pilihanraya dan menjadi ahli parlimen biasa. Dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, buat apa terhegeh-hegeh di parlimen sekarang. Lagi pun kalau menjadi ahli parlimen, dia terpaksa berbahas cakap dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Nazri Aziz atau Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Kesemua mereka ini adalah merupakan pengikut (malah satu pasukan) Anwar sewaktu beliau dalam UMNO dulu.

Satu-satunya pilihan yang ada ialah untuk Anwar meletakkan dirinya di atas semua parti-parti pembangkang dan UMNO. Dia tidak mahu menjadi ahli parlimen, tetapi Anwar mahu menentukan siapakah yang akan menjadi ahli parlimen. Inilah permainan politik Anwar. Untuk mengelakkan Anwar terpaksa bertanding (atas desakan parti-parti pembangkang) dalam pilihanraya (dan menerima risiko kalah), maka Abdullah mengadakan pilihanraya lebih awal. Oleh itu, apabila Abdullah sekali lagi menyelamatkan Anwar dari risiko kalah pilihanraya, dan Anwar pula menguasai parti-parti politik pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR, anda bayangkanlah apakah yang berlaku dalam senario politik negara ini. Siapakah yang akan mencucuk hidung, dan siapakah yang dicucuk hidung.

Akhir sekali persoalan yang perlu ditanya ialah adakah Anwar mampu menjadi "kingmaker" dalam PRU ke-12? Atau mungkinkah PAS dan DAP akan bersikap seperti anjing tersepit yang dilepaskan oleh Anwar Ibrahim; bukan sahaja tidak tahu berterima kasih, malah menggigit dan membunuh tuannya itu? Strategis? Fikirkanlah!

Friday, February 15, 2008

Puteri UMNO mahu Noraini dicalonkan


Pergerakan Puteri UMNO berharap pucuk pimpinan parti mempertimbangkan supaya Ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.
 
Menurut Setiausaha Puteri UMNO Bibi Sharliza Mohd Kahlid, "Ini adalah sebagai pengiktirafan Noraini sebagai ketua pergerakan itu selama ini."
 
Puteri UMNO, tambahnya lagi, juga berharap lebih ramai calon dari pergerakan itu disenaraikan untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.
 
Bibi Sharliza berkata berdasarkan khidmat bakti, pengalaman serta kematangan anggota pergerakan itu sejak Puteri UMNO itu diwujudkan pada 2001, ramai di kalangan anggota Puteri yang berkelayakan dan berkebolehan untuk memimpin.
 
Tambahnya lagi, "Selain berharap dua kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada Puteri pada pilihan raya umum 2004 dikekalkan, kami bersyukur jika kerusi berkenaan dapat ditambah pada pilihan raya umum ini."

Kebingungan Barisan Alternatif

Berapa lama agaknya pakatan DAP- PAS- PKR boleh bertahan? Apakah rakyat boleh mempercayai bahawa mereka boleh menubuhkan kerajaan? Bijakkah jika mana mana kaum kehilangan suara dalam kerajaan? Apa jua masalah dan ketidakpuasan hati rakyat daripada mana-mana kaum boleh diperjuangankan tetapi mereka mestilah BA berada dalam kerajaan dulu, baru ada orang mahu mendengar.

Semasa Anwar dalam kerajaan dahulu, apa yang dia tak buat? Kawan baiknya pun towkay Magnum, tapi sekarang dia menuduh orang lain pulak. Berapa banyak pink-form di berikan kepada orang Sabah semata-mata kerana hendak membeli sokongan dalam UMNO pada 1993 untuk mengalahkan Tun Ghaffar Baba? Inikah orang yang amanah? Cara naik dalam kerajaan pun korup. Sekarang dia nak perkudakan DAP dan PAS pula.

Anwar, PAS dan PKR bejanji akan membelanjakan RM10 billion bagi tujuan untuk menurunkan harga minyak, padahal sekarang ini pun Kerajaan terpaksa berbelanja menampung subsidi RM36 billion. Mana masuk akal? Keuntungan PETRONAS 80% adalah daripada perusahaan dan perniagaan di luar negara. Apakah kita nak membiarkan Anwar menghancurkan Petronas sedangkan ia satu-satunya syarikat global negara yang paling maju. Tak masuk akal langsung.

Semasa Anwar jadi TPM, bapanya, adik beradiknya, mertuanya - semua menjadi kaya raya. Sesetengahnya menjadi Pengarah di berpuluh-puluh syarikat dan mendapat milik saham secara percuma. Apa namanya tu?

Masyarakat India kita adalah juga rakyat kita, apa logiknya dibawa aduan kepada negara India? Siapa yang menyibuk pergi ke India bersama dengan HINDRAF bagi mengadu supaya India mencampuri hal dalaman negara kita? Bukankah ini kerja pengkhianat? Mahukah kita serahkan kuasa kepada orang macam tu?

Di zaman kemelesetan ekonomi seluruh dunia sekarang, apa untungnya kita adakan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang menakut-nakutkan pelawat dan pelancung sedangkan pendapatan negara masakini banyak bergantung kepada sektor pelancongan? Jangan lupa majoriti rakyat masih menyokong kerajaan yang sedia ada. Dalam hal ini langkah memilih mereka akan hanya menggalakkan mereka menjadi lebih ghairah dan ganas.

Apakah kita sanggup melihat sektor pelancongan negara merosot sedangkan ia baru nak naik?

Ketuanan Melayu: Jawapan tomahan Johari Abdul & mereka yg sesat sejarah...


Dipetik dari blog Lenggong Valley

Maksud Ketuanan Melayu ialah Raja Melayu sebagai Ketua Negara, Ketua Agama Islam serta Adat Istiadat Melayu, Islam sebagai agama rasmi , Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara, dan Hak-Hak Istimewa Bumiputra. Ini semua ada dalam Perlembagaan Negara.

Di mana terpesongnya agensi-agensi kerajaan yang membela Perlembagaan Negara? Mana-mana pihak yang menjejaskan kestabilan perlu ditangani dan didedahkan kerana mana-mana agensi kerajaan yg bertanggungjawab semestinya akan mempertahankan kestabilan negara serta segala undang-undang yang tersedia dipakai.

Yang terpesong adalah PKR. Parti itu cuba menghakiskan kesemua artikel dalam Perlembagaan bersabit Ketuanan Melayu tanpa memikirkan fakta sejarah serta fakta bahawa Orang Islam/Melayu adalah majoriti di Malaysia dan bahawa majoriti penduduk di Nusantara adalah beragama Islam.

Undang-undang dalam Perlembagaan boleh dipinda tetapi mesti ikut proses yang sah . Artikel 10 yang menjamin Hak Asasi itu terbatas oleh artikel-artikel yang terdahulu, iaitu kedudukan Raja Melayu sebagai Penjaga Agama Islam. Ia juga terbatas oleh Agama Islam (Artikel 3) yang merupakan agama rasmi negara.

Usaha mengubah undang-undang tidak sesuai dilaksanakan melalui penajaan demonstrasi jalanan yang ganas dan menakut-nakutkan masyarakat umum. Tindakan sebegitu merugikan ekonomi negara.

Mereka dalam PKR yang mengkritik agensi-agensi kerajaan sekarang, dulu juga berada di dalam Kerajaan dan banyak menyalahguna kuasa serta kedudukan. Antara contoh terserlah, Anwar sendiri, yang banyak memberi keuntungan kepada rakan dan saudara-mara.

Thursday, February 14, 2008

Siapakah calon BN di Parlimen Lembah Pantai?

Lembah Pantai telah banyak berubah sejak tahun 1995 hingga kini. Dulunya dipenuhi dengan rumah setinggan yang tatkala hujan lebat menyebabkan banjir kerana tiada sistem perparitan sempurna dan tercatit sebagai kawasan tertinggi penduduk setinggan di Wilayah Persekutuan..

Kini hanya tinggal 1,109 keluarga menanti untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan dilengkapi pelbagai prasarana dan kemudahan infrastruktur. Pembangunan pesat dari segi ekonomi memberi banyak peluang pekerjaan kepada warga Lembah Pantai.

Deretan gerai di tepi-tepi jalan yang tidak teratur serta mengganggu lalu lintas terutamanya di sekitar Bukit Kerinchi telah pun ditempatkan semula di Dataran Sri Angkasa yang disediakan pelbagai kemudahan serta kelihatan teratur dan sedap mata memandang.

Terkini penduduk di Kg Haji Abdullah Hukum telah ditempatkan di Kawasan Perumahan baru yang jauh lebih selesa dan teratur di kawasan berdekatan. Sesungguhnya warga Lembah Pantai tak kira apa Bangsa wajar bersyukur kerana dengan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional pelbagai kemudahan dikecapi serta kebajikan golongan yang memerlukan tidak pernah diabaikan oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau telah banyak membantu menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di Lembah Pantai dan membantu penyelesaian Perumahan Kos Rendah (PPRT) dan prihatin terhadap Persatuan Penduduk, NGO yang terlibat dalam soal kebajikan di Kawasan Lembah Pantai.

Parlimen Lembah Pantai yang telah dipimpin seorang Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil sejak tahun 1995.

Ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat beliau telah banyak membantu hak-hak wanita dan golongan yang kurang upaya serta masyarakat keseluruhannya. Beliau juga telah banyak membela nasib golongan wanita dalam isu-isu yang membabitkan soal kebajikan dan hak-hak wanita hingga ke peringkat penggubalan undang-undang Syariah dan Sivil.
Seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat , prihatin, mesra dan tidak mengikut pangkat dan disenangi oleh semua golongan. Pemimpin yang banyak memberi perhatian dan sumbangan dalam Hal Ehwal keagamaan di Surau dan di Masjid. Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai yang prihatin dengan masalah parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP dan Gerakan yang menyokong penuh kepimpinan beliau.

Biar kampung tergadai...itulah Anwar Ibrahim

Anwar Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah. Atau sekurang-kurangnya dia tidak mahu kelihatan kalah. Biar kampung tergadai, asalkan menang sorak.

Apabila disingkirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dari UMNO, dia melawan. Anwar melawan bukan kerana prinsip parti UMNO. Adalah satu pembohongan kalau Anwar mengatakan dia keluar UMNO kerana tidak setuju dengan perjuangan parti itu. Anwar tidak pernah keluar UMNO. Hakikatnya ialah Anwar melawan UMNO kerana UMNO tidak mahu kepada Anwar.

Oleh kerana ingin terus kekal dalam parti UMNOlah, maka Anwar membuat demonstrasi besar-besaran apabila disingkirkan dari UMNO. Disebabkan tidak ada peluang untuk masuk UMNO semula, barulah Anwar "berjanji" dengan PAS dan DAP bahawa dia tidak akan masuk UMNO lagi. Dalam soal "janji", Anwar memang cekap. Sewaktu dalam UMNO dulu, Anwar pernah berjanji untuk tidak melawan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya, kita dapat melihat apa yang berlaku. Itu dulu. Sekarang kalangan dalaman UMNO tahu, bahawa beberapa orang Anwar cukup rapat dengan beberapa orang pemimpin atasan UMNO. Mereka masih merisik dan bekerjasama. Nanti kita dedahkan siapakah mereka itu.

Itulah politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah atau kelihatan kalah. Prinsip yang sama itulah dibawa dalam politik parti pembangkang. Kalau Lim Kit Siang ada Lim Guan Eng dan Betty Chew, maka Anwar Ibrahim ada Datin Seri Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah. Kalau DAP ialah Parti Tiga Beranak, maka PKR juga mesti menjadi Parti Tiga Beranak.

Lantaran itulah, maka Wan Azizah diumumkan akan kekal bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah khabarnya akan bertanding di Lembah Pantai melawan Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil. Sejarah politik di Lembah Pantai tidak pernah menyebelahi PKR. Tetapi itu tidak penting bagi Anwar. Yang penting ialah membina dinasti politiknya. Penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar meletakkan Nurul Izzah di Lembah Pantai ialah untuk menentukan dia terus menguasai parti itu. Dia tidak boleh bergantung selama-lamanya dengan loyalist parti seperti Azmin Ali. Anwar belajar betapa loyalist seperti Ezam Mohd Nor dan Nalakaruppan pun boleh meninggalkannya.

DAP cadang letak lebih ramai wanita di Pulau Pinang


DAP mungkin meletakkan lebih ramai calon wanita bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada pilihan raya umum kali ini.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya memandangkan wanita memberi sumbangan besar terhadap kemenangan DAP.
 
Katanya, "itu memang kita sentiasa fikirkan (menambah calon wanita). Setakat ini sekurang-kurangnya seorang calon wanita dikenalpasti berdasarkan tahap profesionalisme untuk bertanding di salah satu DUN di Pulau Pinang."

Lim berkata calon wanita baru itu mampu memberikan saingan sengit kepada calon Barisan Nasional (BN). Dia setakat ini enggan mendedahkan identiti wanita yang bakal dicalonkan.
 
Pada pilihan raya lepas, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng yang menang di Parlimen Bukit Mertajam merupakan calon wanita tunggal parti itu di negeri ini.

Hadi takut PAS kalah di Terengganu...

Kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kepala Batas adalah tanda Presiden PAS itu tidak lagi yakin untuk menawan semula Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).

Pak Lah berkata, "Ertinya dia tak yakin dah...dia kata dia nak ambil balik Terengganu (tetapi) dia lari nak pergi tempat lain. Apa cakap macam ni?"

Hadi, yang menjadi Menteri Besar Terengganu semasa PAS memerintah negeri itu pada 1999-2004 dikatakan sedia bertanding menentang Pak Lah dalam pertemuan satu lawan satu bagi kerusi Parlimen Kepala Batas di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
  
Hadi berkata kesediaannya itu bergantung kepada keputusan pencalonan oleh parti pembangkang dan setakat ini parti tersebut menyerahkan kepada PAS Pulau Pinang untuk menetapkan calon menentang Pak Lah.       

Pak Lah memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas bagi penggal ketujuh berturut-turut sejak mula bertanding pada pilihan raya umum 1978.  

Pak Lah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional menewaskan calon PAS Abdul Khalid Rasid dengan majoriti sebanyak 18,122 undi pada pilihan raya umum 2004, dan turut menang dengan majoriti 11,175 pada pilihan raya umum 1999 menentang calon sama.  

Puteri UMNO lengkap berkamera elak gangguan

Semua petugas jentera pilihan raya Puteri Umno dinasihatkan supaya membawa kamera atau telefon bimbit berkamera semasa berkempen sebagai persediaan menghadapi sebarang gangguan daripada pihak pembangkang seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
 
Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad berkata ini kerana pihak pembangkang  pasti akan menggunakan pelbagai taktik kerana terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini.
 
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan segala ancaman dan tindakan anggota serta penyokong parti pembangkang dirakamkan sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

PAS sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain asalkan...

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik hari ini berkata PAS boleh kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain walapun  berfahaman sosialis asalkan mereka menerima perjuangan Islam.

Kata beliau lagi,"Usahkan sosialis, parti komunis dan DAP kalau nak kerjasama dengan  kita pun kita terima."
 
Komen Blogger:

Susah nak di terima akal...

Tuan Guru perlu ingat, hampir kesemua mereka ini berpendirian liberal dan memandang serong terhadap cara pemerintahan Islam yang dianggap sebagai radikal.

Mereka tidak akan menerima Islam, Hudud dan Syariah.

Persetujuan mereka sekadar untuk memperalatkan PAS bagi memperjuangkan ideal mereka seperti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) dan lain-lain agenda yang didalangi musuh Islam.

MAFREL akan memantau PRU Ke-12

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata badan pemantau pilihanraya Malaysian For Free and Fair Election (Mafrel) akan dibenarkan membuat pemantauan sepanjang proses pilihanraya kali ini.

Menurut beliau Mafrel terlibat membuat pemantauan ketika pilihan raya negeri Sarawak tahun 2006 dan SPR dapati ia telah melakukan sesuatu yang baik.

Daripada perspektif ketelusan dan democracy, ini dikira langkah bijak kerana sekurang-kurangnya pembangkang dan dunia luar akan tahu yang SPR tidak memihak kepada sesiapa.

Pertambahan Calon wanita dalam PRU Ke-12


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan ada pertambahan calon wanita dalam pilihan raya umum kali ini.
 
Katanya, "Mudah-mudahan akan ada calon-calon wanita, Insya Allah lebih banyak daripada dulu...agaknya lah...belum tengok lagi."

Rakyat Malaysia keluar mengundi 8 Mac


Hampir 11 juta rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi untuk menentukan kerajaan memerintah bagi tempoh Parlimen ke-12 pada 8 Mac berikutan pembubaran Parlimen Rabu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengumumkan perkara itu berkata, tempoh berkempen kali ini ditetapkan selama 13 hari, bermula daripada hari penamaan calon pada 24 Feb sehingga tengah malam sebelum hari mengundi.

Pengundian kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya peringkat negerinya pada 2006.

Jumlah pengundi kali ini bertambah kira-kira 600,000 berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

SPR berkata writ pilihan raya akan dikeluarkan kepada kesemua pegawai pengurus yang dilantik di 222 kawasan pilihan raya pada Jumaat, sementara notis pula akan dikeluarkan pada keesokan harinya.

Sebanyak 30 parti politik yang berdaftar dengan SPR layak  mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum Ke 12.

Wednesday, February 13, 2008

Kemenangan Barisan Nasional


Setelah desas-desus beberapa ketika lalu, Parlimen telah dibubarkan Pak Lah pada 13hb Februari 2008 (seperti yang dijangkakan). SPR pula mengumumkan Hari Penamaan Calon pada 24hb Februari 2008 dan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlangsung pada 8hb Mac 2008.

Bermulalah perang politik antara parti-parti di Malaysia ini. Jentera Barisan Nasional yang telah dimulakan tak beberapa lalu kini memacu segala tenaga yang ada demi memastikan Negara tercinta ini dapat dikuasai lagi nanti.

Perkongsian kuasa antara kaum dalam parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) perlu diuruskan dengan bijak dan adil agar pergeseran dan perselisihan dapat dielakkan. Negara ketika ini amat menghargai perpaduan sesama rakyatnya lebih-lebih lagi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Tunggak BN yang diketuai UMNO perlu sensitif dengan komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan sebagainya agar perpaduan yang kuat dapat menggerunkan parti lawan yang bermimpi merebut kuasa di Negara ini.

Dalam UMNO pula perlu dibuang sikap prejudis, hasad, dengki diantara sesama ahli UMNO mahupun terhadap parti komponen. Sekiranya UMNO prejudis dengan parti komponen , apatah nanti perasaan barisan parti komponen terhadap UMNO.

Untuk itu, demi kemenangan Barisan Nasional, perpaduan adalah aset penting yang tiada nilainya masa kini. Keperihatinan pemimpin kepada semua golongan masyarakat merupakan satu nilai yang tiada bandingannya yang bisa digugat oleh pihak lawan.

Kepada UMNO golongan muda janganlah disisihkan kerana merekalah pelapis peneraju Negara ini kelak. Mereka yang berpelajaran dan berwadah membela nasib Agama, Bangsa dan Negara rela berjuang bersama dan bermandi peluh mahu darah sekalipun. Mahupun hidup mereka selesa demi kepentingan Negara tercinta ini, mereka tidak lupa jasa pemimpin terdahulu.

Golongan muda sudi mengembling kepakaran, idea dan tenaga demi memantapkan perjalanan UMNO agar lebih efisyen dan relevan. Bukan jawatan, pangkat dan wang ringgit yang mereka harap dan kejarkan. Apa yang mereka mahukan hanyalah sebuah kepimpinan yang bersih, prihatin, mulia, amanah, berkarisma serta mengikut landasan Al-Quran agar Allah swt memberkati kita semua. InsyaAllah.

Tuesday, February 12, 2008

Parliament dissolved, elections on

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has announced that Parliament has been dissolved, paving the way for the 12th general election.

He told a press conference moments ago that he had met the Yang Di Pertuan Agong in the morning and received His Majesty's consent to dissolve Parliament.

"I've informed Parliament and the Election Commission," Abdullah said. The state assemblies have also been advised to dissolve.

The Prime Minister declined to speculate on what date Malaysians would cast their ballots, saying that it would be up to the Election Commission (EC) to decide.