Dewasa ini Bahagian UMNO di seluruh Negara sedang sibuk dengan Mesyuarat Perwakilan masing-masing. Di mana-mana juga mereka yang berniat bertanding di musim Pemilihan akan datang sudah menjalankan kerja menarik undi dan “berkenal – mesra” dengan ahli akar umbi. Pemilihan G10 , G7, G2 menjadi kayu pengukur pengaruh kem-kem dalam UMNO.
Pun begitu, pemimpin Negara menegaskan tumpuan dibuat terhadap Pilihanraya ke 12 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi, bagi mengelakkan perpecahan sesama sendiri, pertandingan jawatan kerapkali dielakkan dengan alasan jawatan berkenaan tidak wajar dipertandingkan atau bakal mengundang pergolakan dalam parti.
Apakah benar pertandingan hanya akan mengakibatkan perpecahan sesama ahli UMNO? Pokok pangkalnya, bergantung kepada kepimpinan barisan parti dalam menangani masalah perpecahan. Para pemimpin mempunyai pengikut atau penyokong mereka tersendiri. Pengikut mereka pasti inginkan kemenangan di pihak pemimpin masing-masing. Jadi, pelbagai usaha dijalankan agar kemenangan berada di pihak mereka.
Sewajarnya mereka yang berkempen dengan cara yang sihat dan bersih.Pemimpin berkaliber tidak akan merestui perpecahan di kalangan ahli-ahlinya. Beliau akan cuba menyatu-padukan ahli-ahli yang menyokong pelbagai pihak dengan bersungguh-sungguh.
Ungkapan “Jangan bertanding , untuk mengelakkan Perpecahan “ tidak perlu ditakuti oleh sekalian ahli UMNO kerana walau menang ataupun kalah, ahli-ahli UMNO perlu bersatu padu di bawah kepimpinan baru yang dipilih. Sebagai umat Islam mereka perlu redha dengan ketentuan Allah yang Maha Esa.
Mungkin kepimpinan baru akan membawa lebih kebaikan dan kemajuan buat semua. Oleh itu mereka harus bercantum semula bersatu-padu sesama sendiri walau siapa jua yang menang dalam pertandingan jawatan berkenaan. Konsep persaudaraan dalam Islam perlu dipraktikkan , ibarat “carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula”.
Ahli-ahli UMNO juga perlu bekerjasama dengan pemimpin yang telah menang dalam pertandingan tersebut bersama-sama ahli-ahli yang lain dengan tidak mengira siapa yang mereka sokong semasa musim pertandingan tersebut. Dengan ini, perpaduan sesama Melayu dapat dipertingkatkan , kerana itulah yang sebaik-baik perkara yang kita semua harapkan selama ini, iaitu “Perpaduan Melayu”.
Pemimpin yang menang juga tidak wajar menyingkirkan atau mengabaikan ahli-ahli yang tidak menyokong mereka sebelum ini dan hanya memihak kepada penyokong sendiri. Tindakan pemimpin mengabaikan mereka itulah yang memburukkan politik UMNO selama ini. Perkara ini tidak wajar berlaku kerana rakyat sejagat memerlukan satu kepimpinan yang adil, saksama, serta prihatin kepada mereka.
Begitu juga kepada mereka yang tidak dipilih dan kalah dalam pertandingan, tidak molek sekiranya mereka memencilkan diri dan menghasut penyokong mereka agar tidak bekerjasama dengan yang lain semata-mata kekalahan berada di pihak mereka. Golongan yang kalah bertanding juga harus meneliti diri mereka dan menerima takdir mereka dan sama-sama menyumbang bakti kepada rakyat bersama-sama kepimpinan baru yang dipilih.
Sekiranya Hasad dengki, iri hati, tamak dan haloba dapat dilemparkan jauh keluar dari dalam jiwa orang Melayu , nescaya UMNO akan lebih diberkati dan diredhai Allah swt dan kemenangan dan kesejahteraan akan berpihak kepada kita semua senantiasa, InsyaAllah.
Akhir sekali,
“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin” (Riwayat Bukhari Muslim)

No comments:
Post a Comment