Sunday, July 29, 2007

Demokrasi kita cuba digugat BA: Anwar dedahkan dia akan menjemput campurtangan asing.

Dato Seri Anwar ibrahim dalam ceramah konvensyen BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor pada 20 Julai menyebut bahawa beliau sedang berusaha berunding dengan Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk membawa Carter Center memantau Pilihan Raya Umum di Malaysia.

Anwar berkata pada bulan lepas beliau telah dijemput oleh duta-duta asing untuk membentangkan bukti-bukti tentang kepincangan pilihan raya di Malaysia. Beliau telah serahkan satu dokumen lengkap mengenai bukti-bukti penyelewengan Malaysia kepada setiap duta asing itu.

Anwar juga menyebut beliau akan menggunakan semua media antarabangsa termasuk Al-Jaazera, BBC, CNN dan Bloomberg bagi mendedahkan kepincangan demokrasi di Malaysia.

Program itu yang dianjurkan oleh BERSIH diketuai Syed Shahril (MTUC) dengan kerjasama DAP, PAS dan PKR. Turut berucap Lim Guan Eng (DAP), Haji Hadi Awang (PAS) dan Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR). Pengerusi Majlis ialah Mohmamad Sabu (PAS).

Thursday, July 26, 2007

Mengimbas Sejarah

Oleh Ropikah Ahmad

TARIKH 11 Mei lalu genaplah usia UMNO 60 tahun. Dalam usia ini seharusnya ia telah matang dan mampu untuk memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Apatah lagi bangsa Melayu yang mendukung perjuangan UMNO berada di bumi sendiri, tanah air sendiri dan tempat tumpah darah.

Sepanjang 60 tahun pelbagai suka duka telah dilalui, onak dan ranjau berduri telah dirintangi dan pelbagai spekulasi dapat ditepis. UMNO tetap UMNO namun persoalan kini, UMNO untuk siapa? Jawapan paling bernas adalah untuk generasi akan datang, anak bangsa pewaris negara, UMNO adalah satu perjuangan yang akan menjadi pusaka kepada generasi pelapis akan datang.

Tetapi persoalan lain muncul pula, siapa mereka? Anak bangsa yang telah kuat iman, tinggi ilmu di dada, mampu menongkah arus merentas rintangan dan berani mengharung gelombang malah meredah badai. Anak Melayu bangsa berdaulat yang akan membawa kesinambungan kemajuan Malaysia ke arah kecemerlangan.
UMNO sebagai wadah perjuangan, menjadi landasan untuk merintis kegemilangan dan menjadi bangsa terbilang. Jika diimbas semula sejarah, tertubuhnya UMNO kerana perjuangan dan kesedaran terhadap kepentingan dan harga diri bangsa Melayu. UMNO menyuarakan kesangsian, keraguan dan keresahan bangsa sendiri ditelunjuk penjajah.

British cuba mengubah kepentingan orang Melayu dan menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu melalui Gagasan Malayan Union. Warta Kerajaan British menyiarkan Kertas Putih pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu ini pada 22 Januari 1946 di Parlimen British. Sememangnya kandungan Kertas Putih ini mengejutkan bangsa Melayu keseluruhannya yang mengaanggap maruah bangsa dipermainkan dan kedaulatan negara dipersendakan oleh penjajah. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu serta menjadikan taraf Tanah Melayu iaitu negeri bawah naungan kepada tanah jajahan takluk British dengan menggunakan taktik yang keji.

Penghinaan yang sebegini telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan bangsa Melayu dengan lahirnya Dato’ Onn sebagai peneraju dalam kepimpinan perjuangan UMNO. Kesatuan bangsa Melayu bergerak serumpun, berjalan seiring membawa maruah negara, menjulang agama Islam dan menatang bangsa berdaulat. Justeru, orang Melayu bangun menentang dengan penuh semangat kebangsaan. Sepanjang bulan Januari dan Februari 1946, selepas Malayan Union diwar-warkan, pelbagai tunjuk perasaan dan perhimpunan diadakan di seluruh Tanah Melayu.

Di setiap kampung hinggalah ke bandar-bandar besar agenda bangsa Melayu tetap sama iaitu mengutuk perbuatan kotor penjajah yang memanipulasikan orang Melayu untuk kepentingan mereka. Perbuatan wakil Kerajaan British iaitu Sir Harold MacMichael yang mendapatkan tandatangan dan persetujuan Raja-raja Melayu melalui tipu helah menjadi cercaan dan cemuhan dalam setiap perhimpunan. Bukan itu sahaja, setiap agenda, perjumpaan atau majlis yang dilaksanakan oleh Kerajaan British tidak akan mendapat sambutan oleh bangsa Melayu mahupun pegawai Kerajaan Inggeris sendiri.

Namun begitu, tanpa menghiraukan keadaan di Tanah Melayu, Kerajaan British telah mengisytiharkan tarikh berkuatkuasanya Malayan Union iaitu pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor bagi Kerajaan Malayan Union. Tindakan Kerajaan British ini telah memulakan bibit baru apabila orang Melayu bertindak berkabung dengan melilit kain putih di songkok selama seminggu bermula 1 April hingga 7 April 1946 sebagai bantahan dan dukacita dengan kewujudan Malayan Union. Dikatakan pada masa itu, tunjuk perasaan diadakan secara besar-besaran di seluruh negeri.

Menurut Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu oleh Ibrahim Mahmud, “Lebih 50,000 orang Melayu Kedah mengadakan perarakan raksasa sepanjang lebih dua batu anjuran Kesatuan Melayu Kedah di Alor Setar. Seramai 36,000 orang Melayu berhimpun di Kota Bharu berarak menunjuk perasaan membantah Malayan Union.” Pada ketika itu perpaduan bangsa Melayu terjalin dari segenap lapisan masyarakat iaitu dari golongan atasan termasuk Raja-raja Melayu, pemimpin kebangsaan hinggalah kepada rakyat biasa.

Justeru, Malayan Union tidak bertahan lama dan Kerajaan British terpaksa akur dengan perjuangan bangsa Melayu yang menolak kepimpinan baru. Menurut Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu karya Anwar Abdullah, sejak lenyapnya Malayan Union dan apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan sebagai gantinya , banyak perubahan besar telah berlaku. Antara perubahan yang dapat dilihat apabila Dato’ Onn berjaya mengumpul seluruh kebangsaan Melayu untuk mengganyang Malayan Union atas dasar ‘Malaya untuk Melayu.’ Perjalanan 60 tahun sepanjang usia UMNO ini adalah berlandaskan maruah bangsa Melayu dengan perpaduan dan kemuafakatan menjadi teras utama.

Menumbangkan Malayan Union adalah satu permulaan perjuangan dan pengisian selepas itu adalah satu wawasan utama. Menurut Anwar Abdullah dalam Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu, Dato’ Onn pernah menelah bahawa masa hadapan orang Melayu akan gelap dan akan bertambah gelap jika tidak ada persefahaman dan perpaduan.

Beliau bimbang perpecahan akan melemahkan kedudukan orang Melayu, dan dengan lemahnya kedudukan ekonomi serta ceteknya darjah pelajaran maka umat Melayu tidak akan dapat memelihara kedudukan dan keistimewaan sebagai kaum Bumiputera.

Jika perpaduan dan semangat kebangsaan tidak dipelihara oleh genarasi pelapis, bakal pemimpin negara maka segala perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang kemerdekaan akan menjadi sia-sia.

Wednesday, July 25, 2007

UCAPAN DASAR KONGRES WANITA KEADILAN KEEMPAT

Hajah Fuziah Salleh, Ketua Wanita KeADILan (Kongres Keadilan ke Empat)
Petikan dari:
http://www.sepangonline.blogspot.com/

AKHIR KATA
Jelas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, tidak mempunyai Pelan Tindakan yang menyeluruh. Beliau telah gagal dan terlalu kabur kefahamannya untuk menghayati Pelan Tindakan Pemberdayaan di peringkat antarabangsa.

Hasrat kaum wanita di Malaysia supaya Kementerian Wanita mengejar kayu ukur antarabangsa bagi kesaksamaan untuk wanita tidak kesampaian di negara kita hari ini.Ternyata juga beliau jauh daripada mampu untuk menghayati konsep pemberdayaan yang kita maksudkan dalam konteks negara timur yang penuh dengan sifat dan ciri-ciri ketimuran demi membawa penyelesaian kepada permasalahan dalam negara.

GAGAL, GAGAL dan GAGAL lagi – itulah penilaian kita terhadap prestasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat

Kita semua maklum, PKR dilahirkan atas dasar ketidak-puasan hati pemimpin yang tersingkir dari pentadbiran kerajaan. Mereka mempermainkan emosi para penyokong dengan menghasut rakyat menuduh kerajaan Negara zalim sebagainya.

Tetapi, tindak-tanduk mereka dalam rancangan menjatuhkan kepimpinan Negara membenarkan mereka menghentam apa yang kerajaan lakukan untuk kebaikan rakyat.

Adakah jika mereka diberi peluang memerintah, keadaan akan menjadi bertambah baik?

Mahukah pengundi memperjudikan kemakmuran dan kestabilan Negara dengan beralih undi kepada mereka?

Sedangkan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, mereka jatuh dari kepimpinan Negara ini kerana agenda yang tersirat , tak lain ingin berkuasa serta membawa pengaruh luar mencampuri urusan Negara ini.

Negeri Kelantan adalah satu contoh terbaik percubaan pengundi beralih arah pemerintahan. Hanya setelah Pilihanraya ke 11 dimana Barisan Nasional hampir menang, rakyat Kelantan dapat merasai nikmat pembangunan yang selama ini kurang diendahkan oleh pemerintah PAS.

Menyentuh kepada ucapan penutup Bekas Ketua Wanita Keadilan, yang menghentam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, itu semata-mata gimik mereka yang ketagih kuasa.

Pembaca boleh melayari http://www.kpwkm.gov.my/ di mana dimuatkan pelbagai maklumat KPWKM untuk membangunkan Wanita, serta masyarakat di Malaysia keseluruhannya.

Tanyalah kepada kaum Wanita di seluruh Negara pelbagai kemudahan, pembangunan mereka perolehi sejak Kementerian itu ditubuhkan. Khususnya peningkatan Ilmu Pengetahuan di kalangan kaum Wanita pelbagai program dianjurkan bagi memperkayakan minda kaum Wanita di Negara ini.

Para pembangkang di negara ini semuanya lupa daratan. Mereka lupa, bahawa kerajaan melalui peruntukan kewangan dan taraf keistimewaan Melayu menaikkan diri mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. Dengan izin Allah swt mereka berada di mana mereka ketika ini.

Kerana taksub dengan cerita dan gorengan Anwar Ibrahim yang telah hilang kuasa gara-gara kerakusan diri sendiri, perpaduan Melayu menjadi pertaruhan.

Tidakkah mereka sedar Anwar bersetongkol dengan pelbagai pihak semata-mata mendapatkan kuasanya semula yang telah ditarik oleh Allah swt sedikit masa dulu?

Tindak-tanduk Anwar perlu diperhalusi oleh penyokongnya. Jika tidak kelak nanti, Negara tergadai, Agama dan Bangsa dipijak dan disepak orang luar.

Bersama kita berdoa, itu tidak terjadi kepada kita dan peninggalan kepada generasi akan datang.

Melayu dan Melaka

Rancangan memusnah bangsa Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka pada 1511. Sebelum itu, Melayu adalah satu kuasa politik yang mashur di seluruh nusantara ini dan bahasa perantaraannya bahasa Melayu dan , jika ingin berdagang di kawasan itu, mesti berbahasa Melayu.

Setelah musnahnya kuasa politik , kuasa ekonomi pula sasaran para penjajah. Dituruti kuasa pentadbiran. Apabila kuasa politik, ekonomi dan pentadbiran musnah, para penjajah mula mencabut akar umbi Melayu yang tanpanya , Melayu hilang arah pedoman. Akar umbi tersebut seperti sejarah Melayu, kitab-kitab lama, sekolah pondok, agama dan segala pertalian silam yang Melayu ada dengan bangsa lain didunia ini.

Lemahnya akar umbi , mudah sekali disuntik pemikiran baru kedalam roh orang Melayu. Pemikiran baru ini berdasarkan ideologi barat seperti sekular, modenisasi, demokrasi, hak asasi, dan entah apa-apa lagi. Penjajah membina institusi khas untuk rakyat di sini membolehkan mana-mana rakyat yang bijak untuk mengikuti pelajaran dan cara pemikiran mereka. Hasilnya kita dapat lihat hari ini banyak manusia Melayu menyentuh hal Islam, terutamanya pemimpin, tetapi tidak mempraktikkannya.

Bagi mengeluarkan diri daripada pusingan kemunduran ini, amat perlu minda Melayu di overhaulkan. Menurut Kerajaan, Melayu tak maju kerana terlalu manja dan malas. Melayu pula menyalahkan kerajaan kurang memberi bantuan, hanya menolong kroni sahaja. Yang pasti, kedua-dua pernyataan diatas tak boleh membantu orang Melayu untuk maju. Yang boleh memajukan orang Melayu ialah diri mereka sendiri. Pertolongan Kerajaan sekadar bonus besar buat Melayu.

Tuesday, July 24, 2007

Ciri-ciri Pemimpin - 1



Pemimpin bukanlah satu jawatan yang mudah seperti yang disangka. Andai manusia tahu bebanan harus dipikul oleh seseorang pemimpin, mungkin tidak ada seorang pun manusia berebut menjadi pemimpin.

Dewasa ini kita lihat ramai manusia tergila-gilakan jawatan sebagai pemimpin sehingga sanggup bergolok gadai, caci mencaci, menabur fitnah, bahkan tak kurang yang rela bunuh membunuh semata-mata ingin menjadi seorang pemimpin.

Islam meletakkan pemimpin sebagai pemegang tanggungjawab dan amanah, bukannya suatu keistimewaan yang perlu dibangga-banggakan. Besar atau kecil tanggungjawab itu berbeza bergantung kepada besar atau kecilnya bidang kepemimpinan.

Dimulai dengan pemimpin kepada diri sendiri, bertanggungjawab kepada semua perkara yang membabitkan diri sendiri, sehinggalah pemimpin kepada sebuah negara yang bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Pernah suatu ketika , Abu Zar Al-Ghifari menyatakan hasratnya menjadi seorang pemimpin kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW menepuk bahu Abu Zar dan bersabda, bermaksud: “Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan sudah ditentukan dalamnya.”


Rasulullah SAW menganggap Abu Zar lemah bukanlah dari aspek ketaatan kepada agama atau kelemahan Abu Zar untuk melawan hawa nafsu, tetapi kelemahan ketara mengikut pengamatan Rasulullah SAW ialah kemampuan Abu Zar untuk bertegas dalam sesuatu keputusan, sedangkan kemampuan membuat keputusan itu amat penting bagi seseorang pemimpin sama ada keputusan itu berpihak kepada kawan atau lawan.

Dalam peredaran arus kehidupan, wujudnya demokrasi, seseorang bertanding dalam parti untuk menjadi pemimpin. Baik dalam UMNO, PAS dan PKR mereka yang merasakan diri standing pemimpin berlumba-lumba bertanding untuk jawatan tersebut.

Bagi memenangi hati rakyat, PKR contohnya melemparkan tohmahan kononnya kerajaan yang ada di Negara ini zalim dan perlu ditumbangkan. Mereka dengan yakin dan takabur mendabik dada melaungkan merekalah yang perlu dipilih rakyat demi kesejahteraan Negara.

Sedangkan kini berduyun-duyun ahli PKR keluar parti kerana tidak berpuas-hati dengan pengurusan Pusat PKR , mereka dari Kedah dan beberapa negeri lain. Di sesi penggulungan Kongres PKR Mei 2007 lalu, Penasihatnya, Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa jawatan dalam parti PKR (adakah dengan persetujuan ramai) antaranya Fuziah Salleh yang kalah bertanding jawatan Naib Presiden dilantik sebagai Timbalan Pengarah Biro Pilihanraya?

Tahukah anda semua, pemimpin PKR kaya-kaya belaka? Anwar Ibrahim hartanya “Berbillion” , mana datangnya? Bagaimana dia dan keluarga dapat meneruskan gaya hidup mewah walhal gaji Timbalan Perdana Menteri berapalah sangat?

Ezam dan Azmin juga tidak kurang hebatnya. Ezam kononnya bergiat dengan “GERAK” ingin membasmi rasuah. Ingat lagi kisah dokumen berpeti-peti yang ingin didedahkan tidak lama dulu? Mana dokumen itu? Sekadar ingin mencetus emosi rakyat dan menggugat kestabilan Negara ini.


Ketika zaman Anwar, kerajaan Malaysia dilanda masalah rasuah yang sangat ketara.

Pak Lah pula setelah memegang tampuk pemerintahan berazam memulihkan Negara daripada gejala rasuah. Kita berdoa agar Negara kita selamat daripada bala Allah swt lantaran pengurusan yang tidak berlandaskan Islam dan rasuah yang berleluasa yang telah diterapkan dizaman Anwar dahulunya.


Negara kita 50 tahun merdeka, janganlah kerana gilakan kuasa, rakyat teraniaya, kestabilan dan keharmonian Negara bercelaru gara-gara bekas pemimpin yang telah hilang kuasanya.

PAS Akui Terdapat Blogger Yang Melampau Terhadap Islam

Dipetik dari blog Publius Melayu

Ahli Dewan Negara dari Parti PAS Senator Wan Ubaidah Wan Omar mengakui ada blogers yang membuat kenyataan melampau, mengancam dan membuat fitnah serta boleh merosakkan akidah umat Islam.

Bercakap ketika membahaskan Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara semalam Wan Ubaidah menyebut tentang laman blog Murtad Malaysia di mana orang-orang Melayu yang murtad memberi kenyataan menyatakan kenapa mereka mahu keluar Islam dan sebagainya.

Sementara itu, Senator Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan seharusnya mengkaji sama ada betul atau tidak apa yang ditulis oleh mana-mana blogers sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Perjuangan Puteri

Mengimbas kembali kata-kata semangat daripada Presiden UMNO Malaysia tidak lama dulu:

Utama dalam ucapan beliau adalah mengenai halangan serta rintangan yang sentiasa di hadapan kita sepanjang perjuangan UMNO, khususnya Puteri dalam menghadapi jalan berliku dalam usaha meneruskan perjuangan tersebut.

Di dalam perjuangan UMNO tentunya ada di kalangan ahli yang tidak menyenangi kerja-kerja kita lalu mencari pelbagai alasan dan cara untuk menyusahkan mereka yang ikhlas berjuang untuk parti.

Justeru, Pak Lah berpesan agar tidak ada di kalangan Puteri yang patah hati disebabkan sikap segelintir pemimpin UMNO yang gemar mengecewakan golongan muda, lantaran menyebabkan mereka tidak sanggup menghadapi cabaran seterusnya dan meninggalkan perjuangan yang masih belum selesai. Perkara ini bunyinya senang tetapi payah untuk dilaksanakan, bagaimanapun Puteri harus menelan walaupun pahit rasanya.

Di kalangan ahli Puteri yang masih mentah , selalulah ditanamkan di dalam diri semangat yang kental agar api perjuangan sentiasa membakar dengan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Akan tetapi, di depan mata pula Puteri sentiasa melihat pemimpin yang tidak berlaku adil kepada para ahli UMNO sendiri. Mereka mengamalkan kronisme dimana hanya yang rapat dengan mereka akan dipilih untuk melengkapkan perlantikan di bahagian walaupun mereka yang terpilih tidak memenuhi syarat, kelayakan dan lebih serius lagi langsung tidak berkhidmat untuk masyarakat. Mereka ini akan hanya terserlah semasa diadakan majlis rasmi yang dihadiri VIP.

Walaupun keadaan sedemikian jelas tidak adil, namun 'demi keutuhan parti', walaupun pincang pemilihan disebabkan penyakit berkroni ini, rata-rata ahli terpaksa menerima segala keputusan.

Sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan berbagai program serta menyediakan tongkat dalam usaha memantapkan ekonomi, kualiti hidup serta pembangunan Islam dan bangsa di negara ini, namun masyarakat Melayu masih mundur dan ketinggalan jauh di belakang berbanding bangsa lain, terutamanya, Cina.

Pencapaian orang Cina dalam ekonomi, kewangan, perniagaan, dan pendidikan amat ketara dan tinggi berbanding orang Melayu. Keadaan ini telah memarakkan semangat puteri untuk turut memainkan peranan lebih serius dalam membantu UMNO mempertahankan keutuhan dan posisi teraju kepimpinan negara.

Pak lah juga menekankan supaya ahli-ahli Puteri tidak mengambil sikap sambil lewa walaupun berada dalam suasana yang mudah melekakan. Ahli Puteri perlu pertingkatkan usaha dalam menjamin agar UMNO terus berkuasa di negara ini. Blogger ini bersetuju dengan pesanan Pak Lah supaya ahli-ahli Puteri tidak bergaduh sesama sendiri kerana perbalahana dalaman akan memudahkan pihak pembangkang menanggguk di air keruh, lantaran menggugat perpaduan dalam pergerakan ini sendiri.

Keyakinan untuk menang juga perlu dijadikan sandaran kerana hanya menerusi kesungguhan dan pengorbanan pilihanraya umum akan datang dapat menentukan kemenangan bagi kita semua di dalam UMNO.

Pak Lah mengingatkan Puteri agar yakin akan perjuangan UMNO yang memperjuangkan Agama, Bangsa serta Negara. Dengan keyakinan itu, maka masalah dan halangan dapat diatasi dengan mudah dan redha. Segala cabaran yang merintangi laluan perjuangan perlu dijadikan pembelajaran sentiasa.

Perjuangan UMNO tidak meninggalkan agama dan pelbagai cara dilakukan demi memperkukuhkan Islam. Puteri juga perlu menegakkan perjuangan yang suci bersih dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang merosakkan perjuangan murni. Puteri UMNO yang ada kewibawaan mempunyai harga serta maruah diri.

Perjuangan yang suci tanpa mengharapkan balasan dan pujian adalah yang terbaik kerana Puteri akan berasa bahagia kerana dapat berkhidmat dengan ikhlas. Sebaliknya, jika mengharapkan apa-apa dalam melakukan sesuatu akan menjerus kepada kehampaan jika yang dinantikan tidak kesampaian.

Pak Lah juga menekankan aspek “ bekerja bersama saya , bukannnya bekerja untuk saya”. Apa yang disarankan Pak Lah adalah agar rakyat berkerja dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menrealisasikan matlamat negara.

Slogan “Jujur, Amanah serta Adil dan Saksama” perlu diteliti dan diikuti agar kita sentiasa lebih komited pada nilai-nilai murni amalan yang kita laksanakan.

Islam angkat daya intelek Melayu





Ufuk Minda: Bersama Prof Dr Sidek Baba
dipetik: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20070724000203/Article/

Pedoman al-Quran berhasil mengetepikan kepercayaan tahyul, syirikMELAYU satu bangsa dan Islam adalah agama. Kewujudan bangsa Melayu itu adalah suatu fitrah. Al-Quran memberikan asas bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa ( surah al-hujurat, ayat 13).

Bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang wujud di dunia. Islam ialah ajaran dan agama yang datang daripada Allah. Diturunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada manusia supaya mendapat petunjuk dan membina takwa.Al-Quran turun kepada bangsa Arab. Bermula dengan Rasulullah SAW, kemudian berkembang kepada bangsa lain termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Islam adalah agama rahmat, ajarannya mendukung sifat alamiah, ia tidak terbatas kepada bangsa Arab tetapi juga kepada seluruh bangsa yang ada di dunia ini.

Bangsa Melayu pada asalnya menganut faham anamisme.

Kemudian ditindikkan keyakinan Melayu dengan agama Hindu dan Buddha. Melayu yang anamisme, Hindu dan Buddha dibentuk oleh kepercayaan dan cara hidup yang sesuai dengan ajaran agama itu. Apabila Islam datang, cara berfikir, tradisi dan budaya yang dibina dan cara beribadah adalah mengikut jalan Islam.Islam membebaskan keyakinan orang Melayu daripada faktor tahyul dan syirik. Islam mengangkat minda dan intelek orang Melayu supaya berfikir selari dengan fitrah akal.
Islam tidak saja suatu sistem kepercayaan tetapi ia mengatur kehidupan.Islam dalam sejarahnya di Alam Melayu sudah membangunkan suatu tamadun sama ada dalam kepemimpinan dan kepengikutan mahupun dalam karya yang terhasil serta sistem pendidikan yang berlangsung.Bangsa Melayu menjadi hebat kerana ajaran Islam.

Ajaran Islam menjadikan orang Melayu beralih daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah yang satu. Dari situ lahirnya kesedaran tauhid bahawa Allah adalah Pencipta bukannya direkabentuk seperti berhala dan benda hasil buatan manusia kemudian disembah sebagai tuhan.Bangsa Melayu menjadi hebat kerana dilatih taat kepada imam dan pemimpin selagi imam dan pemimpin tidak melakukan perkara terlarang.

Al-Quran, sumber utama ajaran Islam tidak saja menghasilkan kisah manusia terdahulu untuk dijadikan teladan bagi orang terkemudian tetapi mengajar bangsa Melayu mengenai prinsip hidup, kekeluargaan, masyarakat dan negara. Al-Quran juga mengatur kehidupan orang Melayu dengan prinsip syariah atau hukum, mengetahui benda yang makruf dan mungkar, wajib dan haram supaya orang Melayu tidak melampaui batas. Daripada ajaran itu, bangsa Melayu membentuk budaya hidupnya selari apa yang terkandung dalam al-Quran.

Oleh itu, kekuatan bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam. Islamlah yang membentuk jalan berfikir, jalur budaya dan pedoman hidup yang mendorong mereka untuk maju dan cemerlang tidak saja di dunia, juga di akhirat.

Hal yang sama juga berlaku kepada bangsa Arab dan juga bangsa lain. Mereka mampu membina tamadun dan menghasilkan penerokaan ilmu sains dan teknologi kerana menerima perisyaratan dan pedoman daripada al-Quran. Al-Quran menjadi sumber petunjuk untuk membangunkan jiwa tadabbur (kaji selidik), mengajak mereka berfikir mengenai tanda kebesaran Allah.

Terdapat kira-kira 2000 ayat al-Quran memberi pedoman perkara sains yang akhirnya mencetuskan Baghdad dan Andalusia dalam satu siri tamadun menakjubkan.

Bangsa Melayu yang ditindikkan dengan Islam mendukung maksud ummah dalam erti kata yang luas. Al-Quran memberi pedoman mengenai konsep khaira ummah atau umat terbaik sebagai asas kejayaan.Umat terbaik terdiri di kalangan bangsa yang melakukan hal makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.

Apabila bangsa Melayu cintakan kebaikan, bencikan kejahatan dan sentiasa menghubungkan perbuatan serta gelagatnya untuk mendapatkan keredaan Allah, maka bangsa Melayu menjadi sebahagian daripada umat Islam yang berjaya, maju dan cemerlang.Umat Melayu bertukar menjadi sebahagian umat yang lebih besar.

Makna alamiah dalam Islam menjadikan dukungan terhadap tamadun mengatasi dukungan terhadap bangsa itu sendiri.

Apabila asas tamadun Islam dijadikan landasan membangunkan kekuatan berfikir, kehebatan bekerja, kebaikan peribadi umat Melayu, dengan sendirinya umat Melayu berada dalam barisan bangsa contoh.Bayangkan bangsa Melayu yang tidak menghayati cara hidup Islam, ia boleh menyebabkan kemungkaran dan kefasadan hanya perkara biasa. Kezaliman dan pecah amanah menjadi amalan. Kebendaan dan nafsu-nafsi menjadi matlamat hidup. Akhirnya bangsa Melayu akan kecundang dalam pertarungan sengit untuk memajukan bangsanya.

Menjadi Islam tidak harus menjadikan kita mundur kerana Islam mendorong bangsa Melayu untuk maju.

Berpegang kuat kepada ajaran Islam tidak harus dikaitkan dengan halangan untuk maju kerana tamadun silam diambil oleh Barat untuk memajukan diri mereka. Berpegang kepada watak amanah dan adil tidak harus menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang kerana rasuah, salah guna kuasa, lupa amanah untuk membangunkan Melayu, mementingkan diri sendiri, oportunis terhadap peluang dan kesempatan terbukti menyebabkan bangsa Melayu tiris dalam banyak bidang.

Pemahaman Islam secara dinamik dan diaplikasikan dalam budaya hidup serta bekerja umat Melayu adalah jawapan terbaik untuk membangun Malaysia di bawah acuan kita sendiri. Tidak menolak faedah berbanding yang terdapat daripada Barat dan Timur, mengunggulkan jati diri bangsa yang berfaedah dan menjadi sebahagian daripada tamadun umat.

Monday, July 23, 2007

Laporan Polis Terhadap Malaysia-Today

Dipetik dari blog Counterpoint

Menurut laporan awal daripada beberapa blogger termasuk Jeff OOi dan Rocky satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi hari ini tadi terhadap laman web alternatif Malaysia-Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin.
Countergrain sudah lama menghitung hari ekoran tindakan begitu ramai blogger dan pembaca laman berita alternatif Malaysia-Today mengeposkan komen-komen tanpa beralas. Yang saya maksudkan ialah komen berunsur hasutan dan kecaman terhadap beberapa isu sensitif, terutama yang ketara menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ada di antara blogger yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today bagi meluahkan kata-kata lucah terhadap masyarakat Muslim dan agama Islam -- ini tidak patut disiarkan tanpa penapisan oleh pihak editorial.

Berikutan kegagalan Raja Petra menangani kepincangan itu, ramai di antara masyarakat Islam di negara ini berasa begitu terhina.

Tidak kurang ramai juga yang menasihatkan (termasuk countergrain sendiri)Raja Petra supaya segera menapis pos-pos sedemikian rupa tetapi beliau pada mulanya gagal berbuat demikian, hinggalah sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila beliau akhirnya memberi amaran kepada pembaca Malaysia-Today yang beliau akan mula menapis segala posting selain mengenakan syarat bagi menyertai laman tersebut.

Kita patut mengambil iktibar daripada keadaan ini. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak saya rasa memang tepat masanya bagi laporan Polis dibuat.

Jika diperhatikan daripada satu sudut, Raja Petra yang begitu mendaulati kebebasan ekspresi dan bersuara, terutama di internet, telah dijadikan mangsa oleh anasir-anasir yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today sebagai saluran.

Dari penjuru lain pula kita perlu melihat senario ini dari aspek toleransi.Dalam konteks ini, toleransi yang maksudkan ialah sikap kesabaran beberapa pihak dalam kerajaan yang sengaja tidak mahu menambahkan minyak kepada api hasutan yang dinyalakan oleh anasir-anasir subversif di laman Malaysia-Today. Daripada ini kita dapat mentafsirkan samada kerajaan sengaja menindas suara pembangkang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, apabila keadaan menjadi begitu serius apakah salah bagi sesuatu dilakukan untuk menanganinya demi kesejahteraan semua penduduk negara pelbagai kaum ini?

Saturday, July 21, 2007

Barisan Nasional Bersedia untuk Pilihanraya



Sudah terasa akan bahang Pilihanraya ke 12. Di seluruh negara, Barisan Nasional mempergiatkan jentera pilihanraya bagi memastikan kemenangannya.

Permuafakatan antara parti komponen UMNO, PPP, MIC, MCA serta Gerakan terserlah bagi menjamin kemenangan. Malaysia sebuah negara pelbagai kaum antara Negara yang paling ulung kerana Parti pemerintah dapat mempertahankan kepimpinan hasil daripada sikap toleransi dan hormat-menghormati diantara barisan parti komponennya.

Kini 50 tahun sudah Malaysia merdeka. Tidak ada negara lain yang mana parti pemerintah dapat bertahan selama itu , sebagaimana Malaysia. Ini menunjukkan, rakyat Malaysia yakin serta berpuas-hati dengan dasar-dasar kerajaan yang mengambil-kira kebajikan, kesejahteraan, keharmonian serta kepentingan rakyat jelatanya.

Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana di sini kita semua hidup aman, damai, selesa, walaupun terdapat pelbagai kaum yang berlainan agama. Bersamalah memastikan anak cucu kita akan hidup dalam harmoni dan selamat di kemudian hari nanti.

Wednesday, July 18, 2007

Memperkasakan Puteri UMNO - 1







Memandangkan UMNO di antara parti komponen yang menerajui Barisan Nasional ,adalah wajar bagi pihak kepimpinan atasan mengambil langkah bagi memastikan struktur parti itu kukuh serta jitu. Apabila UMNO teguh, agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini akan terus dapat dipelihara martabatnya.

Kita mahukan agar nasib generasi akan datang terpelihara. Berikutan senario sosial dan politik semakin menggugat, matlamat dan status quo ini hanya akan kekal jika Islam dipelihara dan bangsa Melayu terus-menerus dipuncak kepimpinan. Tiada alternatif bagi mencapai ideal ini walaupun ia memerlukan pengorbanan hingga ke titisan darah terakhir. Justeru, Puteri UMNO perlu segera merancang dan memastikan ideal ini dilaksanakan dengan berkesan dan teratur.

Masanya telah tiba bagi Puteri UMNO bertindak lebih serius dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh kepimpinan parti kerana Puteri UMNO adalah harapan kepada pembaharuan dan revolusi impian segenap lapisan.

Pemimpin atasan mahukan kita bersama-sama mengembeling tenaga melahirkan idea muda dan berkualiti dalam usaha menjadikan negara cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai aspek, terutama di segi keagamaan. Ini kerana kita sebagai manusia adalah khalifah Allah swt yang diamanahkan mendukung dan seterusnya memartabatkan Islam di dunia fana’ ini.

Adalah disarankan agar kepimpinan Puteri UMNO menitik beratkan pembangunan moral kerana remaja di negara ini sedang menghadapi masalah keruntuhan. Mereka berdepan dengan pelbagai gejala yang mudah dapat merosakkan akhlak serta akidah. Ini amanah besar yang perlu dilaksanakan secara terancang. Puteri perlu berkerja keras agar nilai Islam dipupuk menjadi model kepada golongan muda dan seterusnya menjamin kesinambungannya dengan rakyat generasi akan datang.

Sekiranya Puteri UMNO berazam melahir dan mendidik anak mereka dengan nilai-nilai Islam, tidak mustahil satu hari nanti akan muncul golongan Ulamak professional yang berkebolehan dalam pelbagai bidang, baik ilmu dunia mahukan akhirat. Apabila ini berlaku, InsyaAllah, akan sejahteralah Islam dan Melayu di negara ini. Visi ini mungkin dirasakan sukar di capai, akan tetapi jika bersungguh-sungguh, kita akan sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah, kerana kita sebagai Umat Islam adalah Pemimpin dan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin , seperti diriwayatkan Bukhari Muslim.

Apakah pendekatan yang perlu diambil dalam menrealisasikan misi tersebut? Saya yakin ramai daripada kalangan Puteri di luar sana mempunyai pelbagai idea dan pengetahuan bagi menjayakan misi ini.

Puteri UMNO pusat perlu ditadbir dengan lebih berkesan. Keberkesanan hanya akan tercetus daripada kepimpinan yang baik, lantaran melahirkan contoh yang boleh diikuti dan diterap di peringkat negeri, bahagian dan seterusnya cawangan di serata negara. Apabila kemantapan pentadbiran dan kepemimpinan tercapai, maka terciptalah satu standard atau piawaian yang selanjutnya perlu dipelihara. Ini akan dapat dipastikan menerusi kaedah “pemantauan pelbagai lapisan.”

Ke arah mencapai matlamat itu, Ketua Puteri UMNO Malaysia perlu memantau barisan EXCO beliau dengan cara berhikmah agar perasaan hasad dengki, kronisme,ketidaksetiaan pada parti, berkepentingan sendiri, prejudis dan sebagainya dapat dibuang jauh daripada hati dan sanubari mereka. Ikatan silaturrahim juga perlu dipupuk dengan baik di kalangan pemimpin atasan Puteri kerana itulah cara yang baik dalam memastikan perpaduan kita semua. Semua pasti setuju perpaduan aset itu penting bagi Keperkasaan sesebuah organisasi.

Selaras dengan Perkara 1, Kesetiaan : Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO semua ahli hendaklah cintakan parti dan:

i. Patuh kepada Perlembagaan dan Tata-etika Ahli
ii. Mengikuti perintah-perintah parti
iii. Menjalankan dasar-dasar parti
iv. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti
v. Menjaga rahsia-rahsia parti
vi. Memelihara nama baik dan maruah parti
vii. Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang sopan serta tertib.

Saya yakin UMNO tidak pernah menyimpang daripada landasan agama Islam. Kerana ini, kita harus menunjukkan kesetiaan kita. Apapun kepincangan dan keburukan di kalangan ahli UMNO adalah pada diri mereka sendiri, kerana perjuangan suci UMNO sentiasa memastikan Islam dan Melayu berada di posisi yang selamat di negara ini.

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana kami wanita muda sedar dan berazam menjalankan amanah dan sedia menyumbangkan bakti dan keringat demi generasi akan datang. Asas kesetiaan adalah rasa tanggungjawab dan terhutang budi kepada kepimpinan negara yang banyak membantu rakyat sejak kemerdekaan.

Tidak dinafikan hanya Allah swt yang Maha Berkuasa, mengasihi dan pemurah, dan kerana IzinNYA kita ditadbir oleh sebuah kerajaan yang diterajui UMNO selama ini. Allah swt juga yang memberi laluan bagi kita semua ditadbir dengan sebaik mungkin dan menikmati pelbagai kemudahan yang diusahakan UMNO.

bersambung...

Lagi Bukti Penglibatan Penaja PKR -FNF

Parti politik Anwar PKR mendapat tajaan lumayan dari Pertubuhan berpusat di Jerman , Friedrich Naumann Foundation (FNF).

Mari kita sama-sama kaji apakah FNF sebenarnya, kenapa berminat "melabur" dalam suasana politik Malaysia?

Anwar dan Penaja FNF

Anwar bersama Penajanya dari Friedrich Naumann Foundation (FNF). Dari Kiri, Dr Irmgard Schwaetzer (Ahli Lembaga Pengarah FNF & Bekas Menteri Perumahan Bandar dan Pembinaan Jerman) dan Hubertus Von Welck (Pengarah FNF Timur dan Asia Tenggara)

Beginilah Anwar yang berjaya mengaburi penyokongnya. Kononnya ingin berjuang demi demokrasi dan kedaulatan Islam, rupanya mempunyai agenda tersirat mengancam kedaulatan Islam sendiri dikalangan orang Melayu di negara ini.



Pertandingan UMNO Mengundang Perpecahan??






Dewasa ini Bahagian UMNO di seluruh Negara sedang sibuk dengan Mesyuarat Perwakilan masing-masing. Di mana-mana juga mereka yang berniat bertanding di musim Pemilihan akan datang sudah menjalankan kerja menarik undi dan “berkenal – mesra” dengan ahli akar umbi. Pemilihan G10 , G7, G2 menjadi kayu pengukur pengaruh kem-kem dalam UMNO.

Pun begitu, pemimpin Negara menegaskan tumpuan dibuat terhadap Pilihanraya ke 12 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi, bagi mengelakkan perpecahan sesama sendiri, pertandingan jawatan kerapkali dielakkan dengan alasan jawatan berkenaan tidak wajar dipertandingkan atau bakal mengundang pergolakan dalam parti.

Apakah benar pertandingan hanya akan mengakibatkan perpecahan sesama ahli UMNO? Pokok pangkalnya, bergantung kepada kepimpinan barisan parti dalam menangani masalah perpecahan. Para pemimpin mempunyai pengikut atau penyokong mereka tersendiri. Pengikut mereka pasti inginkan kemenangan di pihak pemimpin masing-masing. Jadi, pelbagai usaha dijalankan agar kemenangan berada di pihak mereka.

Sewajarnya mereka yang berkempen dengan cara yang sihat dan bersih.Pemimpin berkaliber tidak akan merestui perpecahan di kalangan ahli-ahlinya. Beliau akan cuba menyatu-padukan ahli-ahli yang menyokong pelbagai pihak dengan bersungguh-sungguh.

Ungkapan “Jangan bertanding , untuk mengelakkan Perpecahan “ tidak perlu ditakuti oleh sekalian ahli UMNO kerana walau menang ataupun kalah, ahli-ahli UMNO perlu bersatu padu di bawah kepimpinan baru yang dipilih. Sebagai umat Islam mereka perlu redha dengan ketentuan Allah yang Maha Esa.

Mungkin kepimpinan baru akan membawa lebih kebaikan dan kemajuan buat semua. Oleh itu mereka harus bercantum semula bersatu-padu sesama sendiri walau siapa jua yang menang dalam pertandingan jawatan berkenaan. Konsep persaudaraan dalam Islam perlu dipraktikkan , ibarat “carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula”.

Ahli-ahli UMNO juga perlu bekerjasama dengan pemimpin yang telah menang dalam pertandingan tersebut bersama-sama ahli-ahli yang lain dengan tidak mengira siapa yang mereka sokong semasa musim pertandingan tersebut. Dengan ini, perpaduan sesama Melayu dapat dipertingkatkan , kerana itulah yang sebaik-baik perkara yang kita semua harapkan selama ini, iaitu “Perpaduan Melayu”.

Pemimpin yang menang juga tidak wajar menyingkirkan atau mengabaikan ahli-ahli yang tidak menyokong mereka sebelum ini dan hanya memihak kepada penyokong sendiri. Tindakan pemimpin mengabaikan mereka itulah yang memburukkan politik UMNO selama ini. Perkara ini tidak wajar berlaku kerana rakyat sejagat memerlukan satu kepimpinan yang adil, saksama, serta prihatin kepada mereka.

Begitu juga kepada mereka yang tidak dipilih dan kalah dalam pertandingan, tidak molek sekiranya mereka memencilkan diri dan menghasut penyokong mereka agar tidak bekerjasama dengan yang lain semata-mata kekalahan berada di pihak mereka. Golongan yang kalah bertanding juga harus meneliti diri mereka dan menerima takdir mereka dan sama-sama menyumbang bakti kepada rakyat bersama-sama kepimpinan baru yang dipilih.

Sekiranya Hasad dengki, iri hati, tamak dan haloba dapat dilemparkan jauh keluar dari dalam jiwa orang Melayu , nescaya UMNO akan lebih diberkati dan diredhai Allah swt dan kemenangan dan kesejahteraan akan berpihak kepada kita semua senantiasa, InsyaAllah.

Akhir sekali,

“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin” (Riwayat Bukhari Muslim)

Tuesday, July 17, 2007

Anwar menggadai Maruah Negara?

Anwar Ibrahim (tengah), Paul Wolfowitz (Gabenor Bank Dunia) dan William S Cohen (Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat)

Rakyat Malaysia mungkin tidak ketahui selama ini Anwar mendapat tajaan kewangan daripada Amerika Syarikat bagi menampug pergerakan menggolak kestabilan negara Malaysia. Nama seperti NED, CIA, USAID, Konrad Adenauer Foundation (KAF) tidak asing lagi bersetongkol dengan Anwar Ibrahim .
Soalannya, apakah kepentingan Badan-badan antarabangsa tersebut dalam hal-ehwal negara kita Malaysia? Tidak nampakkah kita semua ancaman besar dari Amerika Syarikat kepada kedaulatan negara kita ini?
Mahukah negara kita menjadi seperti Iraq, Kuwait, jika ancaman ini tidak dibendung sebelum terlambat? Usah kita menangis air mata darah sekalipun kelak jika nasib anak cucu kita seperti negara Islam yang ditindas negara Barat terang-terangan berhajat menghancurkan Keagungan Negara Islam

Anwar dan Sekutu Yahudi

Anwar Ibrahim bersama Robert E Rubin (Director Chairman of The Executive Committe of Citigroup / bekas menteri Kewangan Amerika Syarikat) di Ibu Pejabat Citigroup New York.

Ponteng dan Sistem Pendidikan Negara

Tahun ini kita akan mencapai 50 tahun Kemerdekaan. Namun begitu Kaum Melayu masih ketinggalan dari segi Pencapaian Pendidikan, serta Ekonomi berbanding dengan kaum lain di Negara ini. Bangsa kita, Melayu hanya mempunyai kuasa Melalui Parti UMNO, maka wajarlah kita , mempertahannya dengan patuh akan peraturan Parti serta berusaha mencapai perpaduan sesama kita khususnya org Melayu.

Perjuangan UMNO perlu diteruskan demi, kepentingan anak-cucu kita


Kaum Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Walaupun kita mendapat bantuan “tongkat sakti” daripada kerajaan, pencapaian anak Melayu masih jauh jurangnya dengan bangsa lain.

Mengapakah ini berlaku? Adakah kerana system pendidikan Negara yang mempunyai kelemahan ataupun kepincangan pelaksanaan Sistem tersebut?

Baru-baru ini Kerajaan telah menyelaras kenaikan gaji kakitangannya mengikut kos sara hidup masa kini. Tempiasnya guru-guru menikmati kenaikan agak lumayan.

Ini menunjukkan, guru masa kini dihargai dan diberi ganjaran setimpal tugasan mereka. Untuk itu, guru perlu komited mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam bersaing dengan kaum lain di Negara ini.


Kementerian Pendidikan juga perlu mengkaji Sistem Pendidikan di Sek Kebangsaan.

Sebagaimana baru-baru ini beberapa pemimpin Negara menyuarakan perkara ini, mengapa golongan menengah lebih gemar menghantar anak mereka ke Sekolah alternatif seperti sekolah agama, sebagainya berbanding sekolah kebangsaan.

Dalam isu kelemahan anak Melayu dalam Penguasaan Bahasa Inggeris, kajian juga perlu di buat, akan mengapa murid dari Sek Keb masih keciciran, berbanding dgn murid dari sekolah seperti Methodist, La SAlle dan Convent.

Begitu juga, murid dari Prasekolah swasta lebih mahir dan fasih dalam B Inggeris.


Bukanlah niat saya ingin memperkecilkan Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia, akan tetapi dalam era globalisasi masa kini, Orang Melayu perlu celik “IT” , serta mahir dalam pelbagai bahasa khususnya, dalam Bahasa Inggeris.

Ini adalah kerana, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan , maklumat dalam “Internet”, majoritinya dalam Bahasa Inggeris.

Sebagaimana dalam prinsip Islam Hadhari, iaitu Peningkatan Ilmu Pengetahuan di kalangan Umat Islam di kalangan Bangsa Melayu, maka, wajarlah kita merebut peluang yang ada yang boleh diperolehi dalam era Teknologi Maklumat.

Banjiran pengetahuan dan maklumat dalam dunia siber banyak membantu pembelajaran anak kita.


Kadar peningkatan gejala sosial di kalangan anak Melayu membimbangkan kita, menunjukkan mereka amat lemah iman malah tidak takut kepada Allah swt.

Sekiranya , di peringkat sekolah di tanamkan jati diri dalam keimanan Agama Islam, biarpun di mana mereka berada dan mengharungi pelbagai dugaan hidup, mereka pasti balik kepada Pegangan Agama Islam dan dengan itu takut akan balasan Allah jika terlintas melakukan maksiat dan kejahatan.


Menyentuh gejala ponteng sekolah, mengapakah perkara ini terjadi? Adakah kerana murid bosan dengan pengajaran guru, ataupun mereka telah keciciran dan tidak berasa belajar itu satu perkara yang menarik dan amat penting untuk masa depan mereka yang lebih cerah.?

Pada pandangan saya,gejala sosial yang melanda Negara ini, boleh dikatakan berpunca daripada Ponteng Sekolah.

Kerana dengan ponteng sekolah, untuk melepaskan diri daripada pengetahuan ibu-bapa mereka mencari tempat lain untuk menyorok dan berkumpul untuk menghabiskan masa mereka itu.

Ironiknya, masa inilah mereka akan terbabit dengan mereka yang ingin mencari keuntungan serta membawa kesan negatif kepada mereka.

Bermula dari sinilah mereka mula merokok, kemudiannya mengambil dadah.

Selanjutnya menghabiskan masa bermain computer game serta menonton video lucah yang kemudiannya menjurus kepada kesan yang lebih buruk.

Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji semula system pendidikan Negara yang merangkumi pelbagai aspek supaya Nilai keimanan, kerohanian, kecintaan pada diri sendiri, keluarga dan Negara tertanam dalam naluri anak bangsa kita.

Disarankan agar konsep pembelajaran di Sekolah dirombak dengan memasukkan Pendidikan Agama sebagai korikulum asas dan menjadikan Ilmu Fekah, Tauhid, Tajwid dan Akhlak sebagai Teras Pembelajaran,

Kerajaan juga perlu meneliti serta mengambil tindakan bagi membendung gejala ponteng sekolah.

Dicadangkan agar pihak polis diberi kuasa untuk membawa murid yang berkeliaran semasa waktu sekolah ke balai dan memanggil pihak sekolah serta ibubapa murid yg terbabit bagi tindakan selanjutnya.

Tindakan sekeras ini pasti memberi sedikit impak kepada murid yg akan takut untuk ponteng sekolah lagi.

Anwar, Nathaniel dan Polis Dunia



Foundation For The Future ditaja oleh kerajaan Amerika bertopengkan prinsip demokrasi bagi Negara membangun di seluruh dunia mempunyai kaitan dengan Yahudi. Anwar Ibrahim selama ini mengaburi penyokong yang taksub menyangkakan dia dianiaya oleh kerajaan Malaysia.


Nathaniel pembantu Anwar dalam FFF beragama Kristian seharusnya menjadi satu tanda Tanya akan pergerakan Anwar selama ini. Tidak adakah dari penyokong Melayu elit PKR layak menjadi pembantu beliau. ? Bukalah mata wahai Melayu dan umat Islam Negara ini. Masih tidak nampakkah agenda tersirat Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika ?.

Seluruh dunia sedia maklum siapakah Amerika, Polis Dunia yang suka mencampuri urusan Negara lain terutamanya Negara Islam. Jika dahulunya, Amerika menaja Saddam Hussien kerana tamakkan minyak, Iraq hancur maruahnya. Berbanding kenyataan Tun Mahathir , Saddam tidak seharusnya dihukum bunuh, Anwar dengan lantangnya berkata sebaliknya.
Siapakah pula si Nathaniel Tan? Pembabitan beliau dalam pelbagai aktiviti kononnya membela manusia dan menegakkan demokrasi di beberapa tempat seperti Dili Timur-Timur, Freetown Sierra Leone serta Banda Acheh mencerminkan kewujudan pengaruh Amerika dalam lokasi pergolakan tersebut.

Jika rakyat Negara ini masih leka dan tidak berhati-hati dengan gorengan Anwar, menyesal di kemudian hari tidak berguna jika Negara ini pula dimamah oleh Gergasi Amerika Yahudi dengan bantuan Anwar Ibrahim. Itu pernah dilakukan Anwar seketika dulu semasa krisis matawang bertujuan memberi laluan kepada IMF. Mujur, Allah swt masih sayangkan kita semua, diselamatkan kita dari kehancuran ketika itu. Kebijaksanan pemimpin kita di bawah Tun Mahathir , Berjaya mengekang cubaan Anwar mengkhianati Negara tercinta ini.

Agama Islam mengajar kita mempertahankan kedaulatan Negara, Malaysia adalah tanahair yang perlu kita pertahankan maruahnya. Bukalah minda wahai rakyat Malaysia, selama lebih 400 tahun Negara kita dijajah, dan hanya 50 tahun kita merdeka, janganlah kita persiakan usaha pemimpin dulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan buat kita semua.
Anak cucu kita perlukan sebuah Negara yang merdeka , selamat serta bermaruah.


Tindakan Anwar bersetongkol dengan Amerika Yahudi jelas menunjukkan beliau hanya mementingkan diri dan tamakkan kuasa. Ketika ini kita dapati ramai ahli PKR keluar parti, barangkali mereka sudah dapat menghidu permainan dan percaturan Anwar.
Malaysia bumi bertuah, berkat kebijaksanaan pemimpinnya, rakyat hidup harmoni rukun damai. Akan tetapi terdapat dalang yang cuba menjadikan Negara ini bergolak, tak lain tak bukan Anwar Ibrahim. Provokasi, fitnah serta lontaran kata-kata kepincangan Negara kepada rakyat semata-mata memberi laluan kepada usaha pencerobohan pihak Luar khususnya para sekutu Anwar.


Tahun ini Negara genap 50 tahun merdeka, wajar kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi Allah swt dari Dajal Durjana. Usah kita biarkan Anwar menghancurkan kestabilan Negara ini. Kelak nanti anak cucu merempat di bumi sendiri.