Kini hanya tinggal 1,109 keluarga menanti untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan dilengkapi pelbagai prasarana dan kemudahan infrastruktur. Pembangunan pesat dari segi ekonomi memberi banyak peluang pekerjaan kepada warga Lembah Pantai.
Deretan gerai di tepi-tepi jalan yang tidak teratur serta mengganggu lalu lintas terutamanya di sekitar Bukit Kerinchi telah pun ditempatkan semula di Dataran Sri Angkasa yang disediakan pelbagai kemudahan serta kelihatan teratur dan sedap mata memandang.
Terkini penduduk di Kg Haji Abdullah Hukum telah ditempatkan di Kawasan Perumahan baru yang jauh lebih selesa dan teratur di kawasan berdekatan. Sesungguhnya warga Lembah Pantai tak kira apa Bangsa wajar bersyukur kerana dengan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional pelbagai kemudahan dikecapi serta kebajikan golongan yang memerlukan tidak pernah diabaikan oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau telah banyak membantu menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di Lembah Pantai dan membantu penyelesaian Perumahan Kos Rendah (PPRT) dan prihatin terhadap Persatuan Penduduk, NGO yang terlibat dalam soal kebajikan di Kawasan Lembah Pantai.
Parlimen Lembah Pantai yang telah dipimpin seorang Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil sejak tahun 1995.
Ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat beliau telah banyak membantu hak-hak wanita dan golongan yang kurang upaya serta masyarakat keseluruhannya. Beliau juga telah banyak membela nasib golongan wanita dalam isu-isu yang membabitkan soal kebajikan dan hak-hak wanita hingga ke peringkat penggubalan undang-undang Syariah dan Sivil.
Seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat , prihatin, mesra dan tidak mengikut pangkat dan disenangi oleh semua golongan. Pemimpin yang banyak memberi perhatian dan sumbangan dalam Hal Ehwal keagamaan di Surau dan di Masjid. Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai yang prihatin dengan masalah parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP dan Gerakan yang menyokong penuh kepimpinan beliau.
No comments:
Post a Comment