Monday, February 25, 2008
Calon Puteri UMNO –Pengiktirafan Pemimpin pada Golongan Wanita Muda
Calon muka baru, Nolee Ashilin Radzi akan bekerja keras memastikan BN menerima undi lebih besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah pada pilihan raya umum kali ini. Nolee akan bertanding menggantikan bapanya Datuk Mohd Radzi Manan yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang digugurkan.
Nolee juga mengambil pencalonan tersebut secara positif bagi meneruskan usaha bapa yang selama ini membawa pembangunan dan kesejahteraan di kawasan tersebut dan berjanji akan bekerja keras bagi menambah pembangunan untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Menurut Nolee, pemilihan beliau sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti satu penghormatan buat Puteri Umno apabila usaha-usaha Puteri diiktiraf oleh pucuk pimpinan serta penghormatan buat wanita amnya untuk mengisi kuota.
Walaupun masih muda, beliau yang datang dari keluarga politik yakin berpeluang untuk memenangi kerusi DUN Tualang Sekah walaupun mendapat tentangan daripada segelintir anggota parti yang tidak berpuas hati dengan pemilihannya. Beliau sedar tidak semua (pihak) dapat menerima pencalonannya , namun berharap mereka akan faham perjuangan kita bukan untuk diri sendiri tetapi adalah perjuangan untuk parti.
Nolee akan bertanding satu lawan satu dengan calon PKR M Nadarajah.
Dalam pilihan raya 2004, Mohd Radzi menewaskan pencabarnya dari PKR dengan majoriti 3,311 undi. Mohd Radzi mengumpul 7,230 undi manakala pencabarnya Salma Ismail mendapat 3,919 undi
Ahli UMNO harus sedar bahawa perpaduan di kalangan ahli adalah aset penting keunggulan sesebuah parti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment