Wednesday, February 13, 2008

Kemenangan Barisan Nasional


Setelah desas-desus beberapa ketika lalu, Parlimen telah dibubarkan Pak Lah pada 13hb Februari 2008 (seperti yang dijangkakan). SPR pula mengumumkan Hari Penamaan Calon pada 24hb Februari 2008 dan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlangsung pada 8hb Mac 2008.

Bermulalah perang politik antara parti-parti di Malaysia ini. Jentera Barisan Nasional yang telah dimulakan tak beberapa lalu kini memacu segala tenaga yang ada demi memastikan Negara tercinta ini dapat dikuasai lagi nanti.

Perkongsian kuasa antara kaum dalam parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) perlu diuruskan dengan bijak dan adil agar pergeseran dan perselisihan dapat dielakkan. Negara ketika ini amat menghargai perpaduan sesama rakyatnya lebih-lebih lagi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Tunggak BN yang diketuai UMNO perlu sensitif dengan komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan sebagainya agar perpaduan yang kuat dapat menggerunkan parti lawan yang bermimpi merebut kuasa di Negara ini.

Dalam UMNO pula perlu dibuang sikap prejudis, hasad, dengki diantara sesama ahli UMNO mahupun terhadap parti komponen. Sekiranya UMNO prejudis dengan parti komponen , apatah nanti perasaan barisan parti komponen terhadap UMNO.

Untuk itu, demi kemenangan Barisan Nasional, perpaduan adalah aset penting yang tiada nilainya masa kini. Keperihatinan pemimpin kepada semua golongan masyarakat merupakan satu nilai yang tiada bandingannya yang bisa digugat oleh pihak lawan.

Kepada UMNO golongan muda janganlah disisihkan kerana merekalah pelapis peneraju Negara ini kelak. Mereka yang berpelajaran dan berwadah membela nasib Agama, Bangsa dan Negara rela berjuang bersama dan bermandi peluh mahu darah sekalipun. Mahupun hidup mereka selesa demi kepentingan Negara tercinta ini, mereka tidak lupa jasa pemimpin terdahulu.

Golongan muda sudi mengembling kepakaran, idea dan tenaga demi memantapkan perjalanan UMNO agar lebih efisyen dan relevan. Bukan jawatan, pangkat dan wang ringgit yang mereka harap dan kejarkan. Apa yang mereka mahukan hanyalah sebuah kepimpinan yang bersih, prihatin, mulia, amanah, berkarisma serta mengikut landasan Al-Quran agar Allah swt memberkati kita semua. InsyaAllah.

No comments: