Monday, February 25, 2008

Nurul Izzah mula berkempen rumah-ke-rumah


Calon parti pembangkang kelazimannya akan hanya turun padang , menjenguk rakyat bila tiba musim pilihanraya saja…

Hari-hari biasa mereka entah ke mana, sibuk dengan aktiviti sendiri, keluarga sendiri, ke luar Negara sebagainya. Adakah pintu rumah mereka sentiasa terbuka kepada rakyat jika bukan musim pilihanraya?

Lazimnya, pemimpin tempatan, Wakil Rakyat akan di cari rakyat baik bila susah , mahupun bila perlu bantuan. Selama ini pun Wakil Rakyat dan pemimpin parti komponen kerajaan Barisan Nasional, tempat rakyat meminta bantuan. Paling tidak pun jiran sebelah rumah yang akan membantu sesama mereka.

Dasar serta peruntukan kerajaan Barisan Nasional membolehkan sumbangan di salurkan seperti musim awal persekolahan serta musim perayaan. Wakil Rakyat serta pemimpin tempatan juga mengeluarkan belanja dari kocek mereka sendiri membantu rakyat.

Pembangunan pantas di Lembah Pantai memberi impak positif kepada rakyat di situ. Tidak bersyukurkah mereka kepada Allah swt? Dengan kecekapan dan kebijaksanaan serta keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional semua itu dipermudahkan Allah swt.

Pemimpin PKR yang dari dahulu ingin berkuasa kerana telah ditakdirkan Allah swt jatuh dari persada pemerintahan Negara ingin merebutnya kembali dengan menabur dakyah songsang dan isu sentimen membakar perasaan dan fikiran rakyat.

Bukankah mereka sudah cukup kaya dengan mengaut kekayaan Negara selama mereka ada kuasa dahulu? Baru kini kah mereka ingin membela rakyat dan berjanji mengagih kekayaan Negara ?

Jika isu pengangguran menjadi modal Nurul Izzah di Lembah Pantai…masakan warga Indonesia boleh hidup dan mengumpul harta di Negara ini. Rezeki , ada di mana-mana , asalkan kita rajin berikhtiar, bertawakal, bermuhasabah diri, InsyaAllah akan di beri laluan Allah swt.

No comments: