Monday, February 25, 2008

Siapa Perguna Nenek Maimun?


Calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, dari Kampung Pengadang Akar, di sini, adalah penerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan di bawah kategori Bantuan Orang Tua sejak 2003 lalu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengesahkan Maimun yang juga ibu tunggal dan mempunyai seorang anak, Huzaimah Abdullah, 50, serta tujuh cucu dan 19 cicit, tidak mempunyai harta dan dikategorikan di bawah kemiskinan tegar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Panji Alam yang juga jiran terdekat Maimun, Jusoh Mohamad, berkata dia terserempak dengan tiga lelaki berpakaian kemas di rumah Maimun empat hari sebelum hari penamaan calon.

"Hasrat Maimun bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya adalah haknya, tetapi kita bersimpati dengan nasibnya yang mungkin digunakan pihak tertentu bertujuan memecah undi.

"Maimun bukan saja penerima bantuan JKM, malah dia juga menerima bantuan dana khas hari raya untuk warga emas sejak 2004 lalu," katanya

Menurut Nenek Maimun , tenaganya tidak sekuat orang muda untuk berkempen, justeru dia akan melakukannya secara kecil-kecilan iaitu dari rumah ke rumah. "Kalau nak sokong, sokonglah..., kalau tak mahu sokong pun tak apa, itu hak mereka," katanya.

Maimun berkata beliau tidak mempercayai satu pun parti yang ada di negara ini, menyebabkan beliau memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas. "Semua parti tak betul, apa yang mereka buat untuk rakyat. Bagi tanah orang Melayu. Saya sudah tua, saya mahu perintah sendiri," katanya

Apa agaknya dia buat dengan duit yang kerajaan BN beri setiap bulan tu? ..Barangkali dia menderma balik pada orang susah lain di Kampung nya?

Cadangan cucu pada Nenek Maimun…Berbuatlah ibadah lebih-lebih sikit… (semampu /semaksima yang boleh ) almaklum..bila-bila masa Allah swt akan panggil Nenek…..

No comments: