Tuesday, March 11, 2008

Siapa kata UMNO hanya berjuang demi kepentingan Bangsa Melayu?

Jika diteliti setiap baris Perlembagaan UMNO, UMNO sebuah parti yang mengambil kira kepentingan semua bangsa di Malaysia dan kedaulatan Negara.

Negara yang Merdeka demi keringat , perjuangan dan pengorbanan orang Melayu kini, hasilnya rakyat seluruh kaum berkongsi nikmat hasil titik-peluh Orang Melayu.

Setelah Malaysia berjaya dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu, rakyat Malaysia kini lupa sejarah kemerdekaan, Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu menjadi bahan perbalahan dikalangan Bangsa lain selain Melayu . Ironiknya ada Melayu yang lupa daratan menggembur dan mempertikaikan hak tersebut.

Melayu yang lupa daratan serta Bangsa Lain yang kini tamak lupa bahawa Melayu telah banyak bertoleransi dan berkorban serta berkongsi kekayaan Negara bersama mereka. Mereka lupa asal- usul Kerakyataan Mereka yang telah dipersetujui oleh Bangsa Melayu.

Ada juga puaka yang sanggup memburukkan Negara sendiri kerana bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia wajib menjaga Kedaulatan Negara, Umat Islam wajib menjaga Kemerdekaan Negara …Tapi yang menyedihkan ada manusia yang suka mencemar Kedaulatan Negara, tanah air mereka sendiri. Di manakah kesetiaan golongan ini kepada Negara Malaysia???

No comments: