Monday, March 10, 2008

Kekalahan BN – Iktibar buat UMNO -1

UMNO sebuah parti tunjang dalam BN perlu mengkaji dengan teliti punca kekalahan mengejutkan PRU12 lalu. Selama ini, UMNO parti dominan dalam Jentera Pilihanraya BN telah memastikan kemenangan berterusan dalam pilihanraya yang telah sudah.

Semasa UMNO menjadi tunjang dalam Jentera Pilihanraya perjalanan jentera lancar dan jentera bekerja dengan sepenuh hati dan komited. Tetapi dalam PRU12 dominasi UMNO dikurangkan menyebabkan jentera pilihanraya kurang atau lebih tepat tidak berjalan dengan baik seperti tahun-tahun lalu.

Ahli UMNO yang selama ini setia dan rela berkorban apa sahaja demi Parti UMNO Dan BN kini seolah dipinggirkan. Pemimpin-pemimpin cawangan yang selama ini memainkan peranan mereka di kawasan masing –masing seakan kurang diendahkan.

Bila kepimpinan tertinggi seperti peringkat Bahagian mengambil jalan mudah dan berbuat sesuka-hati dengan mencantas mereka yang difikir akan mengganggu kedudukan dalam pemilihan UMNO (ini kah yang mereka utamakan daripada PRU12 ?) akan datang walhal dikalangan mereka itu terdiri daripada mereka yang sedia dan setia berkorban demi UMNO dan BN disamping mempunyai kebolehan mengelolai dan menyumbang dalam jentera UMNO.

Perkara seperti ini menimbulkan ketidak-puasan hati seterusnya perpecahan dalam UMNO. Pihak yang dituduh berkempen untuk Pemilihan UMNO diburukkan dan disingkirkan manakala pihak yang menuduh pula sebenarnya sibuk berkempen untuk diri sendiri jesturu mengabaikan kempen PRU12.

Akibatnya, kekalahan UMNO dan BN dalam PRU12 kini dirasai kepedihan oleh seluruh ahli UMNO itu sendiri.

No comments: