Kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 12 Sabtu lalu perlu diambil iktibar oleh semua pihak dalam kepimpinan tertinggi Negara, khususnya pemimpin UMNO serta parti-parti komponen yang lain.
Pemimpin kaum Cina perlu meneliti mengapa kaum Cina tidak berpihak kepada mereka lagi . Di sesetengah kawasan , kaum Cina tidak peduli untuk mengundi berbanding dengan tahun 2004 lalu.
Bagi pemimpin kaum India, tiba masanya mereka bersikap prihatin kepada kaum India dan menjaga kebajikan seluruh rakyat, bukannya hanya mementingkan diri serta keluarga dan kroni sahaja.
Begitu juga UMNO, perlu bermuhasabah diri, rapatkan saf dan jangan asyik bertelagah berlarutan merebut jawatan dan takut bayang-bayang sendiri sehingga sanggup mencantas mereka yang berkebolehan dan ikhlas berjuang dan ini menggugat keutuhan parti UMNO serta Barisan Nasional tercalar sehingga begitu teruk sekali pada 8 Mac 2008 lalu.
Kerana leka dan asyik bertelagah, akhirnya Barisan Nasional menjadi korban. Jika dulu rakyat mengundi kerana parti, tetapi kini, calon menjadi sandarannya yang menyebabkan ketidak-puasan diri berlarutan sehingga BN menjadi mangsa .
Oleh itu, parti komponen Barisan nasioanal perlu mengkaji dari hari ini, punca kekalahan dan merangka strategi berkesan dalam merebut kembali kerusi-kerusi yang telah dirampas oleh parti pembangkang.
Monday, March 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment