Monday, March 10, 2008

Ketelusan SPR terbukti

Pilihan raya ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

Rakyat Malaysia menyatakan suara dan pilihan mereka. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen), kita perlu menerima dengan hati penuh terbuka keputusan rakyat.

Jika sebelum menang besar Anwar Ibrahim sibuk mencanang ke luar Negara ketidak-adilan dan ketelusan SPR mengapa kini senyap membisu setelah menang banyak kerusi? Ternyata Anwar Ibrahim sengaja memburukkan Negara sendiri dan akan buat apa saja taktik buruk dalam mendapatkan cita-cita dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sepanjang kempen Pilihanraya ke 12, poster Parti PKR menonjolkan wajah Anwar Ibrahim mendahului calon bertanding. Kita berasa pelik Anwar ke yang bertanding? Jika Barisan Nasional berkempen dengan cara bersopan, PKR menggunakan taktik kotor dengan mensabotaj pihak lawan.

Di suatu kawasan berpenduduk padat di Lembah Pantai penyokong PKR sengaja mengempang kereta mereka tidak memberi laluan penyokong BN keluar ketika Datuk Seri Najib berkunjung ke sana. Begitu juga handbill yang di masukkan di peti surat, telah dikeluarkan oleh jentera PKR dan dibuang sehingga maklumat mengundi tidak dapat disampaikan kepada para pengundi.

Menurut laporan juga, terdapat dalang mensabotaj penghantaran Handbill di Pos Malaysia. Ketaksuban kepada seseorang menyebabkan penyokong PKR hilang nilai diri dengan tidak menghormati mereka yang lain. Semasa berkempen mereka sewenangnya menggangu lalu-lintas dan menyusahkan orang ramai.

Sudah menjadi tabiat mereka suka melakukan demontrasi dengan mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan Negara. Inikah yang rakyat Malaysia mahukan? Hanya perkara tertentu, demonstrasi sewenang-wenangnya dicanangkan.

Perbuatan mereka ini menyebabkan rakyat takut untuk keluar rumah. Malaysia kini tidak selamat seperti dahulu-kala gara-gara parti yang taksub pada seorang individu.

No comments: