Monday, September 8, 2008

BN perlu kembali kepada perjuangan asas

Barisan Nasional di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan ia terus kukuh dan terus memerintah negara.

Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tugas utama kepimpinan BN sekarang ialah berusaha mengukuhkan parti dengan mengutamakan titik persamaan dan bukan mencari titik perbezaan di kalangan mereka.

"Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara, seterusnya menyatupadukan masyarakat.

"Kepimpinan dari peringkat atas hingga ke akar umbi perlu mengambil initiatif supaya program dan agenda penyatuan keluarga BN menjadi satu perjuangan  utama, bukannya menghebahkan perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan sesama kita," katanya di Semporna semalam.


No comments: