Pasaran minyak dunia tidak mengalami kekurangan stok atau pengeluaran. Kenaikan mendadak harga bahan api itu palsu semata-mata dan disengajakan.
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyuarakan hakikat ini Selasa lalu ketika berucap di majlis perasmian Sesi Tahunan ke 29 Majlis Menteri-Menteri OPEC di Isfahan, Iran.
Katanya apabila kadar penggunaan jelas berada di tahap rendah berbanding kadar pengeluaran dan pasaran minyak dunia pula dilimpahi stok minyak, fenomena kenaikan bahan tersebut nyata palsu dan disengajakan.
Tambahnya lagi, memang jelas wujud campur tangan anasir-anasir tertentu dalam menentukan harga secara palsu demi untuk tujuan politik dan ekonomi.
Presiden Iran itu mengecam cukai bahan api di kalangan negara-negara pengguna. Menurutnya terdapat perbezaan 'tidak adil' di antara pendapatan negara-negara pengimpot dan pengekspot bahan api.
Iran, negara pengekspot minyak keempat terbesar di dunia telah berkali-kali berkata pasaran dunia sentiasa mempunyai stok minyak mentah yang mencukupi. Negara itu berkata tindakan spekulasi, matawang dolar Amerika yang lemah dan pelbagai faktor geopolitik yang sebenarnya menyebabkan harga minyak menjulang.
Pada Selasa lalu harga minyak mentah kembali stabil setelah hampir mencecah AS$140 sehari sebelum itu apabila para pedagang didapati tersepit di antara matawang dolar yang lemah dan jangkaan bahawa Arab Saudi akan menambah pengeluaran tertinggi.
Iran telah berkali-kali menegaskan tidak perlu bagi OPEC merancakkan meningkatkan pengeluaran hanya berdasarkan keperluan Amerika Syarikat dan lain-lain negara pengguna besar.
Ahmadinejad selanjutnya berkata kejatuhan nilai dolar dan kenaikan harga minyak sebenarnya dua isu yang diutarakan sebagai penyebab keadaan tidak menentu ini.
Beliau juga menegaskan sekali lagi supaya minyak diniaga menggunakan matawang selain dolar Amerika. Bagaimanapun, cadangannya itu gagal meyakinkan negara-negara ahli OPEC, kecuali Venezuela. Rasional Ahmadinejad ialah berdasarkan kejatuhan nilai dolar Amerika sebagai di anatara masalah utama dunia.
Campuran pelbagai matawang dunia atau pengwujudan matawang baru oleh OPEC untuk perdagangan minyak, menurutnya, patut menjadi asas kepada proses transaksi bahan itu.
Ahmadinejad menyuarakan sokongan kepada cadangan Presiden Venezuela Hugo Chavez yang anti Amerika supaya OPEC menubuhkan sebuah bank untuk bertindak sebagai pengimbang kepada pengaruh Amerika Syarikat di dunia. Beliau juga mengessa supaya diadakan bursa minyak.
Iran yang sedang menghadapi krisis dengan Barat berikutan program nuklearnya, telah sejak dua tahun lalu meningkatkan kadar penjualan minyak berdasarkan matawang selain dolar Amerika. Dolar Amerika yang lemah semakin menghakis daya pembelian negara itu.
Ahmadinejad yang menganggap dolar Amerika sebagai kertas yang tidak berharga, membayangkan bahawa sebahagian daripada kemerosotan matawang tersebut disengajakan tanpa menyebut nama mana-mana negara.
Katanya, para penasihat dan perancang kuasa-kuasa besar sedang giat mengurangkan nilai dolar. Telah begitu lama mereka menyalurkan inflasi dan masalah ekonomi mereka ke negara-negara lain dengan cara menyuntik masuk matawang dolar Amerika tanpa sebarang sokongan kepada ekonomi global.
1 comment:
Mungkin. Permainan politik dunia adalah sesuatu yang semangkin rumit dan sukar difahami.
Saya ada terbaca didalm satu buku, mengenai kajian kemungkinan (probabilities), bahawa pada suatu masa memang disengajakan oleh pemerintah AS untuk menjadikan Soviet Union muflis, dengan menjadikan perlumbaan senjata dunia sebagai kaedahnya. Ini era perang dingin. Dengan Soviet berbelanja besar untuk menandingi kehebatan senjata AS, ia sebenarnya melemahkan negara tersebut kerana perbelanjaan untuk memodenkan negara akan berkurangan.
Adakah lonjakan harga minyak juga satu permainan politik? Bahangnya dirasai seluruh dunia. Siapakah sasarannya kalau ini satu tindakan terancang?
Post a Comment