Monday, December 22, 2008

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim


Hubungan di antara Melayu Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia dengan kaum Cina dan India yang merupakan minoriti semakin merosot.

Menurut Anwar Ibrahim. "Perkara yang membimbangkan Muslim adalah merasakan kedudukan mereka dan kuasa mereka, termasuk mahkamah syariah, telah dihakis. "

Sementara itu, "bukan Muslim merasakan bahawa mereka dipinggirkan dan telah didiskriminasikan."

Telah wujud ketegangan dalam hubungan kaum tetapi kerajaan telah melarang aktivis daripada membincangkan hak keagamaan dan meminta media untuk menghentikan tumpuan terhadap isu berkaitan hubungan kaum. Islamisasi dilihat di Malaysia telah menjadi tidak sihat.

Matlamat utama forum yang telah diadakan pada 17 Disember di Hotel PJ Hilton, adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan (agama). Ini termasuk, secara khusus, perlembagaan Malaysia sebagai kontrak pengikat masyarakat Malaysia.

Forum ini telah menjemput pelbagai kumpulan organisasi Muslim yang berbeza. Sementara sesetengah wakil daripada Kumpulan Artikel 11 menarik diri kerana masalah bahasa dan sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara ini.

Kebanyakan penyertaan forum ini datang daripada individu yang memohon menjadi peserta dan juga dari kumpulan konservatif dan ultra-konservatif. Di kalangan peserta adalah kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, wakil utama gerakan Muslim iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM),
Forum Profesional Muslim dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Maklumat tentang hasil daripada forum ini akan disiarkan pada tarikh yang akan dinyatakan. Teruskan mengikuti perkembangan dalam laman ini (www.fnfmalaysia.org)

Thursday, December 18, 2008

Video Anwar & Saiful intim tersebar di Indonesia?


Letih la dengar semua ni...

Jika benar terdapat video yang dikatakan menunjukkan gambar begitu jelas seperti yang dilaporkan oleh blog ini (click sini), ia perlu ditontoni.

Monday, December 15, 2008

Nelayan melampau...penderhaka kpd negara


Bukan semua, tetapi tidak kurang juga konglomerate perikanan swasta yang hampir kesemuanya dimiliki bukan Melayu menderhaka kepada negara.

Jika diambil kira kesalahan mereka dalam keadaan darurat negara memang serius. Payah diampun. Apa tidaknya, mereka meminta diturunkan lagi harga minyak diesel walhal dah banyak yang dilakukan kerajaan untuk meringkan beban mereka.

Semua ini tidak mencukupi.

Awak-awak disuruh oleh towkay-towkay besar menjual minyak diesel nun di tengah laut kepada bot-bot asing selain juga menjual sebahagian daripada hasil tangkapan kerana kononnya harga ikan di negara-negara jiran lebih tinggi dan menguntungkan.

Tindakan biadab mereka ini bukan saja merugikan negara tetapi juga memberi kesan kepada nelayan-nelayan Melayu perseorangan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Beginilah sikap tamak towkay-towkay ikan. Siapa yang kaki pancing tau semua ini. Siapa yang tak pernah tengok tangki dan tong dram khas untuk memuatkan minyak diesel lebih dalam perut bot-bot laut dalam? Alasan nakhoda kerana perlu minyak reserve yg banyak untuk pelayaran lama...ini tidak benar langsung. Hanya helah.

Dan jika dipersoalkan penguatkuasaan oleh Jabatan Perikanan dan Marin, takkan mereka mampu memantau seluruh laut samudera sentiasa?

Lagi menyedih dan menjijikkan DAP dan PKR menyokong samseng-samseng laut ini sepertimana mereka mempertahankan penternak-penternak babi.

Akhirnya siapa yang susah akibat sikap tamak ahli politik Pakatan Rakyat dan towkay ikan ini?...sudah tentu rakyat!


 

Dipetik dari Lenggong Valley

Wednesday, December 10, 2008

Kepimpinan PAS tergugat akibat sekongkol dgn DAP


Bibit-bibit pergeseran dua pemimpin kanan PAS Selangor mula memuncak sewaktu permukiman pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu di Langkawi sebulan lalu.

Hasan Ali didakwa membentang laporan mengkritik pentabiran kerajaan PR di negerinya. Pada hal permukiman itu utk merapatkan jawatankuasa pusat PAS & majlis syura tetapi menjadi medan serangan Hasan terhadap kerajaan Selangor.

Hasan didakwa membentang laporan yang sama negatif - disanggah Khalid Samad, yg waktu itu masih timbalan pesuruhjaya II PAS negeri dan anggota lajnah politik.

Wakil rakyat Gombak Setia itu juga disanggah hebat barisan kepemimpinan PAS.

Hasan cukup tidak berpuas hati dengan penolakan itu.

Di sinilah bermulanya pergeseran antara Hassan-Khalid yang berakhir dengan pengguguran tokoh nombor tiga daripada kepimpinan PAS negeri pada 21 November lepas.

Pemecatan Khalid bersama ketua penerangannya Saari Sungib pada tarikh yang sama tidak dibuat di peringkat Dewan Harian PAS negeri, seperti dilaporkan, sebaliknya tindakan peribadi Hasan secara mengejut dalam mesyuarat badan perhubungan negeri pada sebelah malam hari yang sama.

Ahli-ahli perhubungan negeri tidak mampu bersuara kerana sangat terkejut.

Friday, December 5, 2008

PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI SEKOLAH SATU SISTEM


 

Saranan Datuk Mukhriz Mahathir agar satu sistem pendidikan seragam menggantikan sistem vernakular yang diamalkan sekarang, walaupun mendapat kecaman berbagai pihak berkepentingan, perlu diberi pertimbangan sewajarnya jika semua kaum ikhlas inginkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu di mana polarisasi kaum dapat dihapuskan dan semua kaum dapat bersaing di padang yang lebih rata dan system meritokrasi dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Ini kerana setelah hampir 180 tahun sejak sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil pertama diwujudkan pada 1816 diikuti 40 tahun kemudian dengan penubuhan Sekolah Melayu pertama pada 1856, rakyat negara ini begitu terpisah oleh sistem pendidikan yang tidak selaras sejak dari peringkat pra sekolah lagi ekoran cita-cita politik sempit untuk mengekalkan budaya warisan masing-masing hingga sanggup mengorbankan matlamat perpaduan yang lebih utama. Melihat keadaan ini maka tidak hairanlah setelah lebih 200 tahun kedatangan kaum bukan Melayu ke negara ini, masih ramai yang tidak mampu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik terutama di kalangan ahli politik yang cuba menjadi jaguh kaum masing masing, jauh berbanding rakan mereka di negara-negara jiran yang jauh lebih berani berkorban demi kepentingan negara tempat tumpah darah mereka - mengatasi kepentingan diri dan puak masing masing.

Seawal kurun ke 15 , semasa lawatan Cheng Ho, sudah ada penduduk keturunan Cina di tengah-tengah kemajuan tamadun Melayu Melaka, tetapi mereka berbahasa Melayu dan tidak mengetahui dialek Cina. Kejayaan mereka mengasimilasikan budaya Melayu dalam kehidupan seharian menyebabkan mereka diterima masyarakat Melayu setempat tanpa sebarang masalah kerana mereka faham akan peribahasa "dimana bumi di pijak, di situ langit di junjung".

Namun begitu, ekoran daripada kemasukan beramai-ramai kaum Cina mulai pertengahan abad ke 19 akibat keperitan hidup dan huru-hara yang berlaku di Selatan Cina dan ditambah pula dengan kepesatan industi bijih timah dan getah, bilangan kaum Cina yang di anggap sebagai Imigran Ekonomi ini bertambah berlipat ganda hinggakan pada 1901 bilangan kaum Cina melebihi bilangan penduduk tempatan. Begitu juga pada 1941, bilangan kaum Cina mencecah hingga 43% berbanding 41% Melayu dan 14% India.

Pada awalnya kaum Cina yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh tidak berhasrat untuk menetap di Tanah Melayu. Mereka berhasrat di hantara pulang ke negara asal selepas cukup mencari rezeki. Ini tebukti di mana antara 1911 dan 1921 lebih daripada 1 juta kaum Cina pulang ke negara asal kerana kepercayaan sekiranya mereka mati di luar Cina, roh mereka akan merayau-rayau di tanah asing tanpa pemujaan oleh ahli keluarga. Rekod juga menunjukan antara 1949 hingga 1953, sejumlah $285 juta di hantar pulang oleh immigrant ekonomi tersebut di mana sejumlah $120 juta di hantar pulang ke Cina dan sekitar $160 juta di hantar balik ke India. Namun begitu orang Melayu menerima keadaan ini dengan hati terbuka kerana seperti kata pepatah, " datang tidak berjemput , pergi tidak berhantar."

Bagi memenuhi keperluan pendidikan kaum Cina, sekolah Cina yang pertama telah di bina di Melaka pada 1816 oleh sekumpulan pendakwah daripada Persatuan Pendakwah London. Ini disusuli dengan pelaksanaan kelas-kelas dalam bahasa Cina di sekolah-sekolah free school di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Penubuhan sekolah sekolah venakular Cina oleh persatuan dan orang perseorangan mempunyai matlamat utama untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka semasa berada di tempat asing. Ia juga bagi merealisasikan hasrat menanam pemikiran etnosentrik tanpa mengambil kira kepentingan untuk menyerap budaya bumi tempat di mana mereka berpijak.

Kurikulum sekolah sebelum abad ke 20 berorientasikan pemikiran di Tanah Besar Cina di mana buku teks serta guru-guru didatangkan dari negara itu. Bagi kaum elit Cina, mereka lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris seperti Penang Free School yang di tubuh pada 1816 atau sekolah-sekolah lain seumpama itu yang bertaburan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh , Taiping, Seremban, Melaka, dan Johor Baru.

Ini jelas dilihat di mana antara antara 1919 hingga 1937 , lebih 50% pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada kaum Cina, sekitar 30% India dan hanya 15 % Melayu. Ini kerana dasar Inggeris yang tidak membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris. Dasar terbuka hanya berlaku pada 1930.

Sekolah Melayu hanya bermula pada 1856, iaitu selepas 40 tahun kaum lain berpeluang ke sekolah; itu pun hanya setakat Darjah 5. Pada 1885 sekatan diturunkan kepada hanya Darjah 4 atas alasan jika peribumi di berikan ilmu mereka akan memberontak seperti yang berlaku di India.

Dasar berat sebelah ini berterusan hingga ke 1961 bila Akta Pelajaran dikuatkuasakan. Peminggiran selama 145 tahun oleh Inggeris di mana pelajar bukan Melayu mendapat pendidikan antara 10 ke 12 tahun berbanding kaum pribumi yang hanya diberikan pendidikan asas antara 4 ke 5 tahun telah mewujudkan jurang yang ketara sejak awal lagi. Ia membolehkan kaum bukan Melayu meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seperti ke King Edward Medical College, Raffles College atau terus ke luar negara berbanding pribumi yang disekat dengan berbagai bentuk peperiksaan tidak munasabah seperti Peperiksaan ke sekolah Menengah, Junior Middle Certificate, Overseas School Certificate dan sebagainya dengan tujuan memastikan hanya segelintir kumpulan elit Melayu, khususnya dari Malay College yang mendapat peluang belajar.

Dasar terbuka Inggeris terhadap sekolah venakular Cina dan Tamil dilihat tidak mengancam kedudukan politik dan pentadbiran Inggeris. Fenomena separatisme dan polarisasi sengaja diwujudkan oleh Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus tinggal di kampong sedangkan kaum bukan Melayu menguasai sektor ekonomi dan pentadbiran peringkat tinggi. Ini telah membuka peluang kepada sekolah venakular Cina untuk terus berkembang dari 56 buah pada 1919 kepada 684 pada 1938.

Ekoran daripada Gerakan Pembaharuan yang di pelopori Liang Chichao dan Kang Yu Wei pada 1898, sekolah-sekolah Cina menjadi medan penyebaran ideologi Koumintang kepada kaum Cina di Tanah Melayu. Gejala penyebaran fahaman komunis dan perkembangan kongsi gelap di kalangan orang Cina telah menjadi ancaman kepada pemerintah Inggeris yang seterusnya mengenakan Ordinan Penguatkuasaan Pendaftaran sekolah-sekolah pada 1920 dan Sistem Bantuan untuk Sekolah-Sekolah Cina pada 1923 bagi mengawal aktiviti, kurikulum dan pentadbiran sekolah Cina. Namun begitu sekolah Cina terus berkembang menjadi 1100 buah menjelang 1947. Berbanding sekolah Cina , sekolah Tamil agak senasib dengan sekolah Melayu di mana mereka diberi pendidikan hanya 4 tahun, kecuali mereka dari keluarga makan gaji dengan kerajaan British yang berpeluang ke sekolah Inggeris dan sekolah-sekolah kelolaan pendakwah Kristian.

Laporan Barnes 1951 merupakan tamparan hebat kepada sekolah Cina dan Tamil. Sekolah venakular Melayu, Cina dan Tamil dicadang di bubar dan digantikan dengan satu jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan samada Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar - salah satu dijadikan bahasa kedua. Ini menimbulkan bantahan daripada masyarakat Cina. Ia membawa kepada penubuhan Persatuan Gabungan Guru-Guru Sekolah Cina , Jiaozong pada 1951.

Pada 1954, Gabungan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina ditubuhkan. Kedua-duanya bergabung membentuk Dongjiaozong yang memperjuangkan pendidikan kaum Cina. Ia menjadi penentu kepada kelangsungan kebudayaan Tionghua dalam masyarakat Cina. Ekoran daripada Lapuran Barnes ia membawa kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1952 yang di anggap sebagai hukuman mati terhadap sistem pendidikan Cina. Ini di kusutkan lagi dengan Kertas Putih Pelajaran 1954 yang dikira sebagai menguburkan sistem pendidikan Cina yang telah dibunuh.

Gerakan penentangan terhadap Ordinan Pelajaran 1952 memberi kekuatan baru kepada MCA di bawah Tan Cheng Lock. MCA menyertai Kongres anjuran Dongjiaozong di mana sebuah organisasi baru, Malayan Chinese Association Chinese Education Central Committee (MCACECC) atau Sanda Jigou ditubuhkan, lantaran mewujudkan kerjasama di antara MCA dan Dongjiaozong bagi memperjuangkan pendidikan kaum Cina. Pertemuan pertama kumpulan pendidikan Cina dan UMNO bermula sebelum Pilihanraya 1955 di mana bermula tawar-menawar politik menggunakan pendidikan. Dalam suasana ini Dongjiaozong meminta supaya bahasa Cina dijadikan bahasa kedua selepas Bahasa Melayu tetapi ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau sebaliknya berjanji mengekalkan sekolah Cina dan kebudayaan Tionghua. Sebagai bangsa yang berpegang pada janji, selepas pilihanraya 1955 Perikatan mengotakan segala yang telah dipersetujui.

Pada 1956 ekoran Laporan Razak, sekali lagi timbul keresahan di kalangan masyarakat Cina di mana perkataan " matlamat akhir " dilihat bertujuan menghapus terus sekolah Cina. Pada tahun yang sama juga masyarakat Cina digemparkan dengan persetujuan Sekolah Tinggi Chung Ling di Pulau Pinang yang bersetuju menerima bantuan kerajaan dan bertukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan. Laporan Rahman Talib 1961 sekali lagi mencetus bantahan kaum Cina kerana Fasal 21 (2) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menukar SJK kepada sekolah Kebangsaan pada waktu yang difikirkan sesuai sehingga menyebabkan Lim Lian Geok ditarik lesen mengajar dan Sijil Kerakyatannya. Bagaimanapun perjuangan Huatuan untuk menjadikan Bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan tamat pada 1967 apabila Akta Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan.

Ringkasnya kaum Cina akan berbuat apa saja bagi memastikan cita-cita mendaulatkan bahasa dan budaya mereka tercapai walaupun di pentas yang lain mereka mempersoalkan tentang ketidaksamaan dan pengwujudan satu Bangsa Malaysia yang bersatu sedangkan dalam masa yang sama mereka menolak usaha-usaha untuk mengintegrasikan seluruh kaum berlainan keturunan dan agama ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang nikmati bersama.

Berbanding kaum Cina di Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Singapura, kaum Cina dan India di negara ini jauh lebih bertuah. Peluang pendidikan terbuka luas kerana sekolah sekolah venakular dibantu dan dikembangkan.

Tidak hairanlah dalam sebuah negara yang hanya 26 juta penduduk terdapat lebih 1300 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan 650,000 pelajar, lebih 500 SJK Tamil dengan lebih 100,000 pelajar di mana hampir 2.5 juta yang rata-rata pelajar Melayu belajar dihampir 6000 sekolah. Mereka ini dipisahkan sejak dari awal peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat universiti di mana mereka akan mula berkenalan sebagai satu bangsa. Malah bagi pelajar kaum Cina, mereka boleh terus menyambung pelajaran ke universiti di Cina atau Taiwan tanpa melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan mengikuti program-program di kolej-kolej seperti New Era, Southern College, Han Chiang College, atau MIA menerusi program "Twinning" untuk terus ke universiti berkenaan di negara negara tertentu. Dengan kelulusan dari SJK Cina mereka mampu mendapatkan ijazah dari IPTA tempatan tanpa memenuhi syarat kelulusan Bahasa Malaysia dengan memasuki program Twinning di kolej swasta yang mengadakan program kerjasama di bidang IT, Sains Komputer, Sebaran Am atau kursus lain seperti Perubatan dan Farmasi. Tidak hairanlah program anjuran kolej-kolej swasta seperti ini mengeluarkan graduan lebih ramai daripada IPTA sendiri. Ini menjadikan jurang pendidikan antara kaum lebih melebar. Ditambah pula dengan sistem meritokrasi yang dimulakan sejak 2002, bilangan pelajar Melayu terutama di bidang kritikal meanjadi semakin ketara.

Kepada kaum Cina pendidikan merupakan komoditi yang dijadikan alat tawar-menawar. Lazimnya apa saja yang di minta sering dipenuhi. Kalau ditahun 1967 mereka memperjuangkan Universiti Merdeka, 40 tahun kemudian mereka bukan sahaja mendapat Universiti TAR, malahan Kolej TAR dibiar terus beroperasi berbanding UITM - apabila diberi status universiti, ITM terus hilang. Namun begitu kepuasan sesetengah kaum bukan Melayu tidak pernah ada hadnya. Mereka akan terus menggugut dan jika lambat di tunaikan, mereka akan menarik sokongan dari BN dan membiarkan UMNO terkapai-kapai keseorangan. Malah kebelakangan ini mereka disokong kumpulan Melayu yang kemaruk kuasa hinggakan matlamat menghalalkan cara; kononnya berjuang di atas dasar kesamarataan tanpa mereka menyedari sedikit demi sedikit bangsa mereka yang dituduh meminggirkan kaum lainlah yang sebenarnya terpinggir.

Walau apa pun alasan yang di beri, lebih penting integrasi kaum dan perpaduan masyarakat sebagai tunggak pembentukan masyarakat yang gemilang. Tetapi tanpa pengorbanan dan keazaman politik dan pembabitan semua kaum, ia tidak mungkin tercapai dan akan tinggal sebagai harapan kosong, walaupun masing-masing bercakap tentang integrasi kaum dan cita-cita mewujudkan satu bangsa Malaysia yang lebih adil. Pokoknya, selagi pemimpin politik bersikap ego mempertahankan warisan budaya masing-masing, selama itulah masyakat negara ini terus terpisah.

Ada baiknya juga pengalaman di sekolah-sekolah swasta dijadikan model perpaduan kaum di mana integrasi kaum berada di tahap yang paling baik tanpa riak polarisasi. Walau apa pun alasan untuk menolak pandangan berani ini, yang jelasnya pemimpin politik bukan Melayu begitu sensitif dan terus melenting apabila apa yang mereka anggap sebagai "hak " disentuh.

Betapa sensitifnya kaum lain, begitu jugalah sensitifnya orang Melayu apabila hak mereka yang telah di persetujui bersama oleh pemimpin terdahulu disentuh dan di persoalkan secara terbuka tanpa segan silu. Ia menjadi lebih serius apabila pemimpin politik yang kemenangannya pun di kawasan majoriti Melayu bersikap demikian. Setidak-tidaknya janganlah menggigit tangan yang menyuap. Kepada bangsa Melayu : " kerbau di pegang pada tali, manusia berpegang pada janji ".


 

Roslan Latif

Presiden

Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )


 


 


 


 

Wednesday, December 3, 2008

Artikel 152 dan erti pengorbanan


Article 152

  • The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that-

    (a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

    (b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.

Tafsiran peruntukan ini bermaksud bahasa selain bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dibenarkan diajar disekolah sekolah dan bukan dibenarkan penggunaan sebagai bahasa penghantar. Ini juga bermaksud, masyakarat Malaysia dibenarkan menguna bahasa ibunda mereka dalam masyakarat.

Justeru itu, ada pengamal undang undang memberikan tafsiran bahawa peruntukan ini tidak dikuatkuasakan, lantaran selama ini sistem sekolah vernakular diberi ruang beroperasi semata mata atas ehsan untuk 'menghormati kemahuan etnik tertentu', sesuai dengan semangat setiakawan dan muhibbah.

Hari ini, keadaan berbeza. Peruntukan artikel tersebut wajar dikuatkuasakan sepenuhnya kerana sistem sekolah vernakular sebenarnya telah menjadi counter productive dalam usaha memupuk semangat perpaduan, setiakawan dan muhibbah antara kaum kerana polarisasi dalam masyarakat bermula dengan pengasingan diperingkat usia muda, melalui sistem sekolah.

Sekiranya masyarakat etnik Bukan Melayu, terutama Cina benar benar ikhlas dan serious untuk menunjukan patriotism mereka sebagai warga Malaysia, maka keutamaan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan kepentingan kaum. Kedudukan sistem sekolah vernakular wajar dikaji semula dalam keikhlasan mereka untuk membukti dan mereliasasikan hasrat sebagai warga Malaysia yang tulin, dengan iltizam yang tidak berbehlah bagi kepada Negara, Raja, Perlembagaan dan masyarakat muhibbah Malaysia.

Kebelakangan ini, masyarakat Cina secara lantang menyuarakan kehendak mereka untuk 'kesamarataan' yang diapungkan melalui konsep rakyat Malaysia yang diperuntukan hak. Ini termasuk mendesak agar Dasar Ekonomi dan peruntukan 30% ekuiti kepada Bumiputra dimansuhkan.

Sebelum ini, PNB yang diwujud untuk membantu merealisasikan sasaran 30% penguasaan ekonomi oleh Bumiputra, telah membuka ruang kepada mereka peluang untuk melabur dan 45% pengambilan untuk jawatan awam telah mula dibuka untuk Bukan Melayu, dimana masyarakat Cina mendapat kepentingan. Yang merumitkan lagi, ada pihak chauvinis Cina sengaja mencabar untuk secara sistematik menguji kesabaran orang Melayu.

Masyarakat Cina wajar menunjuk kesediaan mereka untuk 'bertolak ansur' dan turut brekorban, sejajar dengan kedudukan mereka sebagai warga negara. Tanpa kesediaan berbuat demikian akan membawa kepada satu tahap dimana kaum yang banyak memberikan konsesi dan ruang untuk menjayakan semangat setiakawan, muhibbah dan 'perkongsian kuasa' akan merasakan bosan dan menunjukan reaksi negatif. Ini mungkin akan membawa kepada satu tahap di mana orang Melayu, sebagai kaum majoriti, akan secara lantang mempersoalkan penguasaan etnik Cina dalam ekonomi dan mendesak agar "Ketuanan Ekonomi" ini dimansuhkan, sebagai timbal balas kepada desakan lantang menyerang "Ketuanan Melayu".

Ini adalah masa yang sesuai untuk mereliasasikan usaha untuk kemajuan dan pembangunan Malaysia, sebagai negara bermasyarakat majmuk yang berintegrasi sebagai satu negara. Proses mencapai perpaduan tidak akan memberi makna sekiranya salah satu pihak tidak bersedia untuk membuat pengorbanan, malah sentiasa mendesak agar kaum majoriti melakukan sebaliknya.

Monday, November 17, 2008

Signifikan Melayu dan Pribumi dalam Sejarah dan Perundangan


Ucaptama YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia
di Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi
Anjuran PERKASA Kuala Lumpur, 16 November 2008


 

Mukaddimah

KEBELAKANGAN ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang marwah dan hilang punca. UMNO diberi katadua bila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh Bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia 'amnya.

Pada masa-masa tertentu didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri dari parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu di majlis rasmi parti nya, bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum-kaum lain sebagai pendatang ke Negara ini. Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi Dewan Rakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnya merumuskan jika tak faham sejarah jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat bahawa kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menang pilihanraya di Amerika Syarikat justeru di Malaysia juga perlu ada situasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri. Ini bukan perkara baru kerana Per. 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan memang tiada menekankan bangsa mana yang harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Cuma, sebagaimana Lee Hsien Loong PM Singapura berkata di pulau republik itu baru-baru ini – tidak praktikal bagi orang bukan-Cina jadi PM. Begitu jugalah di Malaysia, PM masa depan harus terdiri dari kalangan yang bangsanya majoriti di Malaysia. Lantaran Melayu dan pribumi memegang kedudukan majoriti, seharusnya siapa jadi PM tentulah sesuatu yang di putuskan oleh mereka dan bukan oleh bukan Melayu.

Mereka yang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dan sosial yang selama ini menjadi sifat semulajadi kenegaraan dan negarabangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa. Ini hanya boleh dilakukan melalui suara majoriti dalam sistem demokrasi. Apa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan itulah yang harus kita hormati kerana dokumen Negara itu adalah hasil perjuangan bersama yang sebahagian besar daripadanya merupakan kontrak sosial yang pokok. Soal hendak meminda perlembagaan adalah soal lain, sesuatu yahg harus bergantung pada kekuatan politik sesuatu kumpulan.

Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Ramai pula yang tak puashati lantaran tiada tindakan setimpal yang diambil oleh pihak-pihak tertentu bila Melayu dipersenda sedemikian rupa. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing.

Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi melibatkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itupun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini? Masih ingatkah kita bila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah tentang situasi 'menumpang' dan 'pendatang? Sekarang Ahmad Ismail telah digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan. Ketua pemuda kita pernah di beri amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong akibat dasar sosialis kerajaan baru P.Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah bila pohon tumbang kura-kura pun naik.

Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang Negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagipihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak tentang haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:

Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah

Dengan latarbelakang dan suasana begini kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi dari dua aspek, pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunasan di Raja (royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa. Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab-musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujjah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ianya tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah atau historical fact.

(a) Fakta Sejarah boleh dianggap sebaga faktor utama yang meneguhkan hujjah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays).

Ini adalah sepertimana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsur Dravidian; sepertimana orang Arab di Timur Tengah khususnya di Arab Saudi; sepertimana negeri Cina dinamakan Cina lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun; atau sepertimana England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.

Sepertimana Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing, seorang sarjana Cina yang menetap lama di Palembang sekitar 671 masihi, menggunakan istilah Moloyu1 untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka. Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara2 oleh para sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi 1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengIslamkan Raja-raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupin nama dan terma-terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.

Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka negeri Melaka pada tahun 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah. Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawa orang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran, Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba, Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung – semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya semenjak 2,500 tahun lalu. Dr. Heine Geldern dan Dr. Van Stein Callenfels dua orang sarjana autoritatif tentang asal-usul Melayu menyatakan perihal ini dengan jelas. Sarjana berdua ini juga memperakui bahawa orang Melayu proto pernah menjelajah jauh hingga ke Pulau Easter dan Madagascar. Dan menurut Richard Winstedt, stok keturunan Melayu menjangkau jauh hingga menakluki Polenesia 3.

Di zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara 1874 hingga 1957 tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka 4. Pada suatu tempoh masa dalam tahun-tahun 1920han bukan Melayu lebih ramai daripada Melayu di Semenanjung. Buruh India untuk kerjaraya, perladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

(b) Pencorakan Kuasa politik yang diterjemahkan melalui kuasa pememerintahan

Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris, satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak-hak keitimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psyche keMelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Ini adalah kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah berkata "the Malays have their own outright position as native inheritors of their land." 5

Dalam The Federation of Malaya Agreement 1948 atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, semasa Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara-perkara pokok seperti hak hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya. Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid 9 tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini:

The Alliance in their memorandum said – The Constitution should therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safeguarding the special position of the Malays.6

Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang dipeturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudkan khas orang Melayu disisi kaum-kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Per. 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi Bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi "It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities…" Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tak dapat tiada wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputra dan kepentingan2 sah kaum-kaum lain di Negara ini.

Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya. Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda. Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merezabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153 (2) juga menyebut tentang permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Per 153 amat luas kerana adanya perkataan "atau lain-lain kemudahan khas". Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan tersebut. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ianya tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TRADISI YANG ASASI DI BAWAH PERUNDANGAN NEGERI PERSEKUTUAN

Setiap Perlembagaan sesebuah Negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan "entrenched" atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 dari anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan-peruntukan itu seperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja 7:

  • Per. 10 (4) [perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang cegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan-keistimewaan dan kewarganegaraan],
  • Bahagian 3 (Kewarganegaraan),
  • Perkara 38 (Majlis Raja-Raja),
  • Per. 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen),
  • Per. 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja),
  • Per. 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri],
  • Per. 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan),
  • Per. 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra),
  • Per. 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)


RUMUSAN pertama yang boleh dibuat ialah bahawa Kuasa pengimbang tetap ada pada Raja-Raja Melayu samada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, para Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Per. 38. Di semua negeri di Semenanjung, misalnya, hanya orang Melayu yang boleh di lantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tak wujud di Persaekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Per. 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat YDA seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi PM. 8

Walaupun ini merupakan sesuatu yang kurang menggembirakan para nasionalis Melayu, namun realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama YDA mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh di persoalkan:

(a) pertama melantik seseorang Perdana Menteri 9;
(b) kedua tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak); dan
(c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.


Kuasa ini juga wujud di bawah Perlembagaan semua negeri beRaja. Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Per. 40 Perlembagaan. Pada suatu hakikat ini memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Per. 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana menteri mengikut pandangan subjektifnya. 10

Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputra seharusnya kini melebihi paras 30% dari segi perolehan asset. Malangnya Bumiputra masih dikatakan berada ditahap kurang dari 20%. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50% atau 60% sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi. Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini telah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan. Keadaan sekerat belut sekerat ular dalam pembahasaan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuatkuasa undang-undang Dewan Bahasa & Pustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera. Lantaran Kabinet telahpun meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa Kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal-hal pemupukan budaya nasionalnya juga.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal di Malaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara. Demikianpun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran.

Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per. 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Per. 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Per. 3) ¬ ini semua belum menjamin kekuatan semulajadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita mesti kuat dari segi politik. Bila kuasa di tangan harus pandai menggunakannya dengan bijak. Ketuanan akan datang dan kekal jika kuasa politik kukuh dan terus membela bangsa sendiri. Malangnya kekukuhan dan ketuanan bukan komoditi yang mudah diperolehi dengan hanya laungan. Ia akan hanya datang dan berada di sisi apabila perjuangan itu luhur dan tidak kotor.

Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara. Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua Bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam UMNO bagaimana kita boleh kata kita Tuan?

Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat-sifat tinggi peradaban tersebut terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Bila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan di lonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.

Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang.11 Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasa dan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan 'Ketuanan Melayu'.

Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di New Zealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di Negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk 12 dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik UMNO, PAS dan PKR. Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya UMNO itu sendiri diperkasakan perjuangannya barang sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah ditepuk dada ditanya selera. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.

Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. 13 Definasi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu. Walaubagaimana pun kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di Negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?

Bila ini semua dipersoalkan sebanyak sedikit natijah tidak sempurna mungkin muncul. Orang Melayu dan pribumi akan terasa bahawa sesungguhnya terdapat banyak ketinggalan dan kekurangan yang ada pada diri mereka sendiri. Justeru sebelum dlaungkan ketuanan, keagungan dan sebagainya muhasabah diri perlu dilaksanakan. Kekuatan dalaman perjuangan mesti dicapai kembali supaya para pemimpin Melayu insaf bahawa politik mencapai dan mengekalkan kuasa harus terumpu kepada bangsa sendiri terlebih dahulu. Agenda Melayu sedia ada pada UMNO, parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan serta ummah Melayu itu sendiri. 14

SYOR

  • Melayu-Bumiputra perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar. Untuk itu mesti bersatu tenaga dan perjuangan.
  • Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan.
  • Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri.
  • Politik Melayu melalui UMNO mesti dirobah – Fasal 3 Perlembagaan UMNO perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar.
  • Mewujudkan lapisan muda yang berilmu dan berbudaya Melayu
  • Menolak nisbah sekurang-kurangnya 30% dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan Negara dimiliki Bumiputra.
  • Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dahulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan.
  • Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak bila Melayu atau UMNO dicerca oleh politik luaran. Jangan mudah minta maaf bila tidak bersalah. Simbol-simbol kekuatan perjuangan wajib dipertahankan. Bahasa jiwa bangsa perlu jadi amalan. Penjiwaan perjuangan dipasakkan ke dalam hati sanubari golongan puteri putera.
  • Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.


-------------------------------

1 Untuk mengkaji sejarah kekuasaan etnik dan penemuan-penemuan awal di Tenggara Asia, lihat G. Coedes, Indianized States of South East Asia, 1968.

2 Perkataan nusantara mencantumkan dua pengertian – 'nusa' dan 'tara'. Nusa bererti tanah air dan 'tara' 'kedudukan' atau 'keadaan'. Nusantara secara sosio-geografis bererti kawasan kenegerian dalam satu kelompok. Nusantara juga sering disebut sebagai negeri-negeri kepulauan Melayu.

3 Richard Winstedt, The Malays – A Cultural History, Singapore, 1947, m.11

4 Campurtangan rasmi Inggeris bermula 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor yang melibatkan Inggeris dan Sultan Perak, Raja Abdullah. Melalui Perjanjian Pangkor pentadbiran negeri Perak secara keseluruhan dilaksanakan oleh Inggeris melalui sistem Residen. Kepada Raja dikhaskan bidang-bidang Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat Inggeris dalam semua hal hendaklah dipatuhi di bawah kuatkuasa Perjanjian itu. Antara 1874 dan 1895 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah pentadbiran Federated Malay States (FMS). Antara 1896 hingga 1914 (bermulanya Perang Dunia Pertama) negeri lain di Semenanjung dimasukkan ke dalam pentadbiran Unfederated Malay States (UMS).
5 Frank Swettenham, British Malaya, Oldam Printer, 1905 m.78.

6 Malayan Constitutional Report 1957 [Laporan Suruhanjaya Reid 1957] m.73 para 168. Perkataan The Alliance di atas merujuk kepada Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan ditukar menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974 di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-dua.

7 Lihat Per. 159(5). Peruntukan inilah yang memperkasa kedudukan Raja-Raja, Bahasa Kebangsaan, kewarganegaraan,

8 Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada diberi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

9 Kuasa ini tertakluk kepada Per. 43(2)(a) yang menetapkan YDA hendaklah melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu; akan didapati bahawa kuasa subjektif YDA di bawah peruntukan ini tidak boleh canggahi lantaran perkataan-perkataan "yang pada pendapatnya". Kuasa di-Raja di sini kelihatan bersifat mutlak walaupun di bawah Per.40 YDA hendaklah mengikut nasihat berkaitan mana-mana tugas baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

10 Kerajaan Negeri Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 telah menerima nama-nama pemimpin dari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar masing-masing negeri. Lazimnya siapa yang dinasihati PM untuk jadi MB atau Ketua Menteri sesebuah negeri nasihat atau cadangan MB itu dipersetujui sahaja oleh Raja. Tetapi dalam hal Perlis dan Terengganu, Raja dan Sultan berkenaan enggan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh PM i.e.Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu). Sebaliknya Raja dan Sultan kedua-dua negeri itu melantik Datuk Mohd Isa bagi Perlis dan Datuk Seri Ahmad Said bagi Terengganu. Perlakuan ini sekali gus memudarkan imej kepimpinan PM dan menimbulkan kesan negatif kepimpinan. Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelumnya.

11 Per. 8 berbunyi: Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Klausa (2) pula memperuntukkan hendaklah tiada apa-apa pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum, keturunan, atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang…

12 Pecahan penduduk 2008 – sekitar 27 juta: Melayu 62%; Cina 29%; India 11%; Lain-lain 8% Lihat Buku Fakta Malaysia 2008, JPM, Putrajaya.

13 Lihat Per.160. Anihnya, definasi Cina atau lain-lain bangsa tiada diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

14 Lihat Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Enam pecahan matlamat di bawah fasal ini mengandungi semua tujuan dan perjuangan parti itu yang menonjolkan agenda Melayu secara keseluruhan.

Friday, November 14, 2008

Apa hal dengan Maznah?...hmm


Ketua Wanita Umno Pahang Maznah Mazlan menyelar Kamilia Ibrahim yang berkeras berhasrat bertanding jawatan Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.
    
"Sebagai anggota exco, dia tidak datang bermesyuarat berkali-kali apabila kita membincangkan hal ini (pelan peralihan kuasa) dan selepas itu tidak pernah bersuara menyatakan tidak setuju dan hanya bersuara selepas habis pencalonan.

"Dan jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna dia akan menang percuma dan ini tidak adil kepada Wanita UMNO kerana dia telah ingkar kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui," katanya.
    
Maznah berkata, jika Kamilia menyatakan pendiriannya lebih awal, kemungkinan ahli Wanita Umno dapat menamakan beberapa calon lain bagi jawatan naib ketua serta bagi jawatan Ketua Wanita sendiri sekiranya Tan Sri Rafidah Aziz tidak mempertahankan jawatannya.

Betul ke ni?...jika iapun kenapa tak Rafidah saja yang menyatakan apa yang dinayatakan Maznah tu?

Thursday, November 13, 2008

Common Law & syariah merger: simplistic projection and preposterous reaction...


Although what was simplistically said by former CJ Tun Abd Hamid Mohamad about the possible merger of the Common Law and syariah could have been just an obiter dictum (mere comments) had it been uttered in the course of a court proceeding, the outburst by MCA Legal Bureau's Datuk Leong Tan Chong that it would subject non-Muslims to syariah law is preprosterous.

How stupid can a lawyer ( we assume he is one) like him be?

Syariah is only for muslims!

Wednesday, November 12, 2008

Wanita UMNO: masih di awang-awang...


Ringkasnya, jika Sharizat masih lagi tidak dapat memutuskan sama ada untuk bertanding kerusi No. 1 Wanita UMNO walaupun jelas akar-umbi mahukan dia berbuat demikian, apa lagi yang ditunggu?

Tidak logik bagi exco memutuskan tindakan bebas sesiapa kerana pelan transisi tidak wujud dalam perlembagaan UMNO. Exco sepatutnya (bukan 'sepatutnya,' tetapi 'wajib') akur dengan kehendak semua ahli kerana parti bukan kepunyaan hanya segelintir elit. Mereka (exco) dipilih untuk menyuarakan kehendak dan suara ramai ahli dan bukan kehendak hanya seorang seperti kini berlaku.

Bermuhasabah dan nilai kembali kedudukan pergerakan dalam konteks masa depan UMNO secara keseluruhan. Ironinya di sini, perspektif Rafidah yang mengatakan kononya pelan transisi tahun depan akan melindungi pergerakan daripada perpecahan adalah konsep yang pincang dan tidak boleh diterima akal. Apakah dia ingat seluruh ahli Wanita UMNO begitu cetek pemikiran? Inilah sindrom yang jelas dicerminkan pepatah Inggeri, "Power corrupts, and absolute power corrupts absolutely" (kuasa itu berbahaya dan memabukkan jika tidak mampu dikawal dan kuasa mutlak boleh menghancurkan).

Apakah ribuan ahli hanya boleh duduk dan menonton sandiwara licik ini tanpa mampu berbuat sesuatu?Mereka boleh bertindak tetapi yang perlu bergera ialah Shahrizat sendiri. Jika tidak berani, silalah berhenti secara terhormat...

Tuesday, November 11, 2008

Rafidah akhirnya dicabar Shahrizat ekoran suara akar-umbi


Kurang 24 jam pergerakan Wanita UMNO mengadakan mesyuarat Exco, dua pemimpin kanan kini membayangkan ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita.

Alhamdullilah...bagus tu. Demokrasi dalam Wanita UMNO kembali bernafas setelah beberapa dekad dipeti-sejukkan.

Mengambil kira kenyataan Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalin dan Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini, pergerakan itu juga bakal menyaksikan pertandingan.

Shahrizat berkata, dia masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

"Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan.

"Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan.

"Ini merugikan kepimpinan Wanita Umno dalam senario politik hari ini," katanya.

Monday, November 10, 2008

Wanita UMNO: Dalam mesyuarat lain, selepas mesyuarat lain...



Beberapa pemimpin Wanita bahagian di Sabah mendesak agar ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mempercepatkan peralihan kuasa kepada naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam persidangan agung Umno, Mac depan.

Semalam, pergerakan itu memutuskan pelan peralihan kuasa itu dikekalkan pada Jun 2009 dan tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua dalam pergerakan itu, tahun depan.

Ketua Wanita Umno Kudat, Aminah Ambrose menjelaskan pelan asal peralihan kuasa pergerakan akan menyukarkan Shahrizat untuk bekerja.

"Apabila beliau (Shahrizat) menjadi pemangku, tidak ada naib, susah untuk beliau bekerja.

"Ada kuasa (sebagai pemangku) tapi tak ada autoriti tak guna juga," katanya hari ini.

Tambahnya, peralihan kuasa harus dipercepatkan kepada Shahrizat sebagai usaha untuk memperkasakan semula Wanita Umno.

Wanita bahagiannya mencalonkan Shahrizat sebagai ketua wanita dan Datuk Maznah Mazlan sebagai naib dalam mesyuarat Wanita bahagian baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak dapat menerima sebab mengapa Rafidah tidak mahu menyerahkan jawatan kepada Shahrizat.

"Apa yang dia boleh buat dalam masa tiga bulan (Mac hingga Jun)?," katanya.

Aminah berasa yakin sekiranya Rafidah menyerahkan tugas kepada naibnya itu, perwakilan akan memberikan tepukan hormat sambil berdiri kepada beliau kerana berbuat demikian.

Sementara itu, Wanita Libaran meminta ketua Wanita Umno mempertimbangkan untuk mempercepatkan peralihan kuasa pada pemilihan agung Umno Mac depan.

"Saya memohon agar mempercepatkan peralihan kuasa dan tidak mahu ada pertandingan (ketua dan naib) dalam Wanita," kata ketua wanitanya, Datuk Armani Mahirudin.

Ditanya sebab peralihan perlu dipercepatkan, beliau enggan mengulas lanjut sebab-sebab itu.

Armani menjelaskan, tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui pada Jun 2009 itu membelakangkan pendirian bahagian tersebut dan bahagian-bahagian yang mencalonkan Shahrizat sebagai ketua Wanita dan Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naibnya.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kedua-dua pemimpin itu untuk berbincang berhubung keputusan itu agar tidak timbul perselisihan di antara mereka.

Bagi jawatan nombor satu, Rafidah mendapat 117 pencalonan, Shahrizat 73 sokongan; sementara jawatan naib Shahrizat peroleh 113 sokongan dan Kamilia (54).

Sunday, November 9, 2008

Shahrizat minta Rafidah timbang cepatkan peralihan kuasa


Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz mempertimbangkan mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan.
    
Beliau berkata permohonan itu dibuat berdasarkan perkembangan Umno masa kini.
    
"Saya masih menghormati pelan peralihan jawatan yang diumumkan Tan Sri(Rafidah) pada 4 Ogos kepada saya untuk jawatan ketua Wanita Umno Malaysia.
    
"Saya memohon kebijaksanaan serta kerjasama Tan Sri mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, Shahrizat berkata semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini.

Manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun perhimpunan agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri juga dipercepatkan.
    
"Tan Sri (Rafidah) mengumumkan pelan peralihan jawatan itu untuk menentukan peralihan kuasa antara presiden dan naib presiden berjalan lancar tanpa diganggu gugat ketidakstabilan Wanita jika ada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua Wanita," katanya.
    
Sehingga hari ini Rafidah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan ketua Wanita, manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan. Bagi jawatan naib ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.
    
"Berdasarkan kepada pencalonan terkini dan jika ada permuafakatan antara semua yang terlibat, maka hasrat Tan Sri supaya tiada pertandingan untuk jawatan ketua dan naib ketua Wanita mungkin dapat dicapai," katanya.
    
Esok Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat exconya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tuesday, November 4, 2008

Marahkan nyamuk kelambu dibakar : Itulah sikap Anwar dan rakan-rakannya...


...dan Anwar pun tidak berlengah, lantaran begitu cepat melabelkan Datuk Seri Najib sebagai sombong apabila beliau enggan membenarkan ketua Pembangkang itu bercakap ketika menggulung perdebatan bajet.

Sebenarnya sikap itu lebih sesuai dilekapkan kepada Anwar dan penyokong-penyokongnya sendiri kerana dalam keangkuhan dan kemarahan yang tidak bertempat mereka terus meninggalkan kerusi masing-masing dan SEKALI GUS membazirkan peluang (dan mandat rakyat yang memilih mereka) untuk berani berhadapan dengan cadangan-cadangan BN dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi global.

Apakah alasan mereka? Mereka mendakwa statistik dan anggaran yang dikemukakan Najib berbeza daripada apa yang terkandung dalam ucapan bajet Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan justeru itu memerlukan masa lebih panjang untuk mendebatkannya sebelum diluluskan bagi pembacaan kedua. Dan apabila Najib tidak membenarkan mereka menggangu ucapannya, mereka dengan begitu singkat fikiran meninggalkan ruang dewan...

Di manakah kewarasan dan kesabaran mereka sebagai komponen perimbangan dalam sistem parlimen kita?


 

Pakatan rakyat’s brittle shell cracks...


The fissures in PR will soon become open sores. PR is a marriage of convenience between three alien political parties with very different political base and even more different political objectives. We see the three parties as follows:

1. DAP is virtually a Chinese Based party trying without too much success for the last 40 years to project itself as a multiracial party and promote Malaysian Malaysia. It has, however, been a good Opposition especially when led by LKY and now by Guan Eng and in between the indomitable Karpal Singh sits to lend his voice to DAP's cause. It remains to be seen how far they could prove to the perceived dominance of the Malay population that they are multiracial both in talking and actually practising what they say. They could hit the jackpot if they do actually.

2. PKR after the PRU has emerged to be a multiracial party but is too much dominated by one man, Anwar Ibrahim. PKR's only objective is to crown Anwar as Prime Minister and nothing beyond that.

3.PAS is a Muslim based party with real objectives of ruling the country the Islamic way. But to the non-Malays, in Malaysia, however, Muslim=Malay, so PAS is actually a Malay based party whose real support comes from the Malays. So its a no brainer that they will ensure that the Malays(Muslims) comes first above anything else.

The DAP,PKR,PAS union is held by Anwar's promise that he will lead them to form the next Government after the 12th GE. Since the promise cannot now be kept the glue that is holding Pakatan Rakyat together will slowly but surely melt. The events unfolding in Selangor is only the tip of the iceberg, I do not see a future for Pakatan Rakyat where it will be able to rule the country inspite of the perceived weakness of the ruling Barisan Nasional led by UMNO.

With the departure of Pak Lah from the political scene, PR must expect a no holds barred onslaught to break up the union by a rejuvenated UMNO and BN all the way until the next 13 GE. Wither Pakatan Rakyat? Only time will tell.

Kerapuhan PR membawa retak...


Tindakan Pengerusi Wanita MCA Chew Mei Fun mempersoalkan keputusan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim melantik seorang bumiputera sebagai menggantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS Low Siew Moi membayangkan sesuatu yang tersirat di hati parti MCA sendiri...

Kita bukannya dilahirkan semalam...pelbagai 'precedent' dan gerak laku mereka sebelum ini begitu ketara menyerlahkan imej yang boleh didebatkan. Ia sebenarnya bukan kerana prestasi atau 'merit'. Standard yang diperjuangkan hanyalah sekadar alasan.

Dan di penjuru lain pula nampaknya isu perlantikan Low semakin merekahkan ikatan parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan PAS... dan ini antara petanda kerapuhan ikatan pakatan tersebut. Terbaru, Tony Pua dari DAP juga tidak berlengah mengecam pendirian PAS mempersoalkan tindakan awal Khalid melantik bukan Bumiputera sebagai pembangku Pengurus Besar PKNS.

Monday, October 27, 2008

Its the economy for Najib...


During the March general election campaign, the opposition's message was simple: Barisan Nasional (BN), they told voters, stood for "Barang Naik," which translates to rising prices.

Then, the oil price hikes, and their consequential effect on inflation, were used to amplify everything that could be wrong with the administration of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Now, as Datuk Seri Najib Razak prepares to take over the helm, the economy is even more dire straits.

He is already being judged on his handling of the economy even though he has barely learned the geography of his new office at the Finance Ministry.

Any follies and poor handling of the economy will surely open the door to a parliamentary opposition stronger than any BN government has ever faced.

Malaysians are far less forgiving today.

The opposition Pakatan Rakyat will pounce on any opening to put pressure on the government and any misstep could even result in the government falling before completing even half its term in office.

So far, the prognosis is not good for the Malaysian economy.

And Najib's first prescription — a RM5 billion injection of borrowed EPF money into the stock market — is not being well received.

The aim is to prop up Malaysia's stock market.

But it is already being criticised as throwing good money after bad.

The government should realise that Malaysia's market is very small and will follow global trends.

There is very little confidence now globally in the markets, banks or even the capitalist financial system.

Najib, as the Finance Minister, needs to show more leadership.

He cannot afford to say he will only wait until Nov 4, when he winds up the debate on the Budget in Parliament, to offer details on what the government plans to do.

The market will not wait. It is an unforgiving animal.

There are genuine worries that the future is not bright for Malaysia because the country's trading partners are all going into recession, which means the market for Malaysian products and services is not strong.

This means Malaysian businesses will need more liquidity.

Perhaps Najib and the rest of Malaysia's senior government leaders should try to learn a lesson from what is happening in the US presidential election campaign.

The two candidates almost trip over each other in trying to offer an economic plan and to support the proposed bailout when the economy started to turn.

Politics had to be thrown out the window, they both said, as they tried to appeal to voters who were only looking at pocketbook issues.

In Malaysia, Umno is in the middle of an intriguing race for top party posts.

Najib looks a clear certainty in winning the Umno presidency unopposed.

He will have to now concentrate more on providing the kind of leadership needed to manage the economy in what is uncharted territory.

He will not need to be mired in a controversy over the proposed acquisition of 12 Eurocopters.

He will not need to be mired in controversies surrounding race relations.

He will certainly not need to be mired in the politics surrounding his own party or that of the Barisan Nasional.

What he will have to focus on right now is the economy.

If he does not manage the economy well, it could be the end of the road for him and the BN.

Tuesday, October 21, 2008

Rais: ada ahli UMNO mahu duit, bukan pemimpin yang baik...


"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

Pemilihan UMNO pada Mac depan diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Beliau juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Umno jelas Rais, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Dipetik dari BERNAMA

Human rights: Practice what you preach


With so much rantings and accusations by people who see themselves as champions of every mode of freedom, one question begs to be answered.

Do we realise how in many instances the change must first be done right in our own homes?

Although many of us Malaysians hold high respect for the rights and freedom of others, sadly there are still those who do not practice what they preach.

One stark instance is the denial by some unscrupulous people who employ maids of different religious belief. How many times have we seen or heard complaints by these unfortunate maids that they were often denied the right to practice their religion?

It is true. There are employers who would not hesitate to force their maid to handle pork and forbid them from performing their prayers.

Our hearts bleed to hear all these, for here we are, beyond the confines of our private castles we would not hesitate to hit out at any perceived attempts to restrict free religious practice, although our observations have often been skewed and distorted by narrow perspectives.

While some may gladly allow their maids to practice their religious duties, there are still many others who, aware of the fact that the maids under their employment are Muslims but nevertheless take advantage of their youthful ignorance and abet in the degeneration of their religious duties.

So, employers...have a heart...dont do this to others if you do not want others to do the same unto you.

Sunday, October 19, 2008

UMNO dominant or component parties weak?

Think again!

BN component parties should to appreciate Umno's strength that had enabled the coalition to form a government at the federal level and that they must use Umno's strength to strengthen themselves.

The idea that Umno is being too dominant in Barisan Nasional (BN) is ridiculous, says Johor Baru Umno division chief Datuk Shahrir Abdul Samad.

He said that if BN component parties thought that Umno was dominant, they must understand why it was so.

"Is it because the component parties themselves are weak, and what would be the solution to it? he asked, adding that the matter should not be used by the component parties to cover their weaknesses following the last general election results.

Shahrir, who is also Domestic Trade and Consumers Affairs Minister, said Umno could not reduce its power for the sake of providing a so-called "level playing field" for the component parties.

"By doing so, it would lead to BN losing everything to the opposition," he said.

Shahrir said the perception that UMNO was too dominant was created by the opposition parties as part of their efforts to weaken the support, especially among the non-Malays, for BN.

The Johor Baru member of parliament did not rule out the possibility that communication problems among BN component party leaders had contributed to the perception problem and suggested that this situation be rectified.

Thursday, October 16, 2008

Kontrak Sosial diterima?


Kolumnis Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid berkata tidak sesiapa pun mempertikaikan kontrak sosial antara kaum yang telah mewujudkan Malaysia merdeka lebih 50 tahun lalu.

Tanpa mengulangi segala perdebatan yang berlangsung sejak sekian lama berhubung perkara ini sama ada di media arus perdana ataupun media alternatif, apa yang diperhatikan oleh Hamidi jelas sekadar perspektif luaran.

Setelah menyorot hampir kesemua komen dan kritikan yang tersiar dalam Internet dan media arus perdana, rata-rata saya melihat ada golongan yang secara terang-terangan mempersoalkan kesahihan kontrak tersebut.

Kebanyakan mereka menafikan kewujudan kontrak itu sementara yang akur dengannya pula cuba mengikut arus dengan rasional beralas demi kepentingan sendiri.

Tidak...tidak benar sama sekali golongan bukan Melayu menerima kontrak sosial. Yang pasti dan nyata mereka bergerak menafikan kewujudan perjanjian tersebut.

Berdasarkan ini maka tidak timbul isu samada mereka menerima quid pro quo berkenaan seperti yang ditegaskan semula oleh Majlis Raja-Raja kelmarin.

Pemikiran cetek Raja Petra...


Dalam rencana yang disiarkan menerusi Malaysia-Today bertarikh 14 Oktober (sini), Raja Petra antara lain menulis, ''...cabaran kita sekarang ialah memastikan dasar-dasar Amerika Syarikat menggerakkan sistem antarabangsa ke arah lebih kesaksamaan, keadilan dan kesejahteraan...''

Walaupun sekilas pandang ayat berbentuk populis itu meletakkan Amerika dipersada terhormat pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi realitinya berbeza sekali...

Lihat saja nasib rakyat Iraq berikutan pencerobohan tentera dan lain-lain contoh kesan campur-tangan Amerika. Petikan di atas adalah daripada buku Barak Obama,'The Audacity of Hope' tetapi persoalannya kenapa perlu disebut bahagian itu?

Yang nyata petikan melulu Raja Petra atau sesiapa saja di antara pembantunya yang menyiarkan posting tersebut hanya mencerminkan kebodohan dan kecetekan pemikiran mereka. Mereka menelan bulat-bulat apa jua yang didatangkan dari barat, terutama Amerika Syarikat.

Monday, October 13, 2008

Petisyen pilihan raya Kulim-Bandar baharu ditarik balik


Bekas calon BN Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyennya hari ini dengan alasan "ingin memberikan lebih tumpuan kepada isu-isu ekonomi" dan "pilihanraya semula akan memakan banyak tenaga."

"Lagi pun, satu kerusi tambahan, tidak memberikan kesan apa-apa," katanya.

Keputusan ini dicapai beberapa hari lepas hasil perbincangan pemimpin BN, katanya.

Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini membatalkan petisyen itu selepas keputusan mendadak calon BN itu.

Mengulas desas-desus wakil rakyat PKR kawasan itu Zulkifli Nordin akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.

"Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.

Zulkifli terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.

Penglibatannya menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.

Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.

Desas-desus mengatakan beliau akan menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu, yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Aziz, ditanya sama ada keputusan beliau menarik balik petisyen itu akan menyebabkan kerugian bagi Umno dan dirinya, beliau berkata:

"Saya cuma hilang satu peluang. Bagaimanapun, di hujungnya, rakyat akan buat keputusan."

Beliau yang juga ketua bahagian Umno Kulim-Bandar Baharu mendakwa masih mempunyai tanggungjawab dan tugas yang sama seperti Zulkifli walaupun tidak menjadi wakil rakyat.

"Saya ada pusat khidmat masyarakat. Saya masih bekerja macam biasa, cuma tidak menjadi ahli parlimen sahaja," katanya.

Sementara itu, peguam Zulkifli, Aaqbal Shiffudin Adnan Sallehudin berkata pihaknya gembira dengan keputusan mahkamah itu.

Bagaimanapun, peguamnya itu belum mendapat maklum balas daripada anak guamnya.

Ahli parlimen itu tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Aziz menfailkan petisyen bantahan kepada Zulkifli atas alasan lawannya itu telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.

Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.

Sunday, October 5, 2008

Ku Li bertemu pemimpin PR


Tengku Razaleigh, yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden parti, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga pernah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."

Ketika mengulas khabar angin bahawa dia sudah menyertai Pakatan Rakyat, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, dia menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," katanya.

Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang dia menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Laporan terbaru ini tidak menyebut bila dia menemui pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

"Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi," katanya.

Tengku Razaleigh menambah, dia mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.

"Saya tidak inginkan jawatan ataupun kuasa. Saya menawarkan kepimpinan bagi negara menghadapi cabaran ekonomi global semasa," kata Tengku Razaleigh yang turut mengecam pelan peralihan kuasa dalam Umno sekarang sebagai tidak demokratik.

Capital Flight: Anwar silap


Anwar menyangka dapat menjatuhkan kredibiliti ekonomi negara semasa mengambil bahagian pada satu forum di Hong Kong baru-baru ini.

Fakta yang dikemukakannya salah kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai 'capital flight.' Ia adalah pengaliran keluar dana oleh syarikat-syarikat transnasional kepunyaan Malaysia sendiri secara terancang.

Ini membuktikan aliran keluar (82% atau A$10bil) dan masuk sebenarnya positif walaupun pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk.

Jika Anwar ingin menyerang kerajaan, dia sepatutnya mengingatkan dirinya dahulu bahawa dialah penyebab utama ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar pada waktu ini. Malah diketahui Anwar telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan para Pengurus Dana bagi memujuk mereka agar tidak melabur di Malaysia.

Ini jelas satu pengkhianatan nyata, semata mata kerana dia terlalu gilakan jawatan PERDANA MENTERI.

Friday, October 3, 2008

Puteri: Akar Umno perlu diberi penjelasan peralihan kuasa

Penjelasan mengenai peralihan pucuk pimpinan Umno perlu diberi kepada semua peringkat parti khususnya akar umbi kerana kebanyakkan mereka masih kabur mengenai keadaan sebenar perkara tersebut.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata sayap itu menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa beliau akan bertemu semua pemimpin komponen parti Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan peralihan kuasa antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak timbul sebarang kekeliruan atau salah faham.

Noraini berkata, anggota parti peringkat akar umbi hanya mendengar tentang peralihan pucuk kepimpinan Umno melalui media elektronik dan cetak.

"Kita tidak mahu akar umbi tidak jelas mengenai keadaan sebenar sehingga membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan mencetuskan pelbagai spekulasi dan rumusan negatif mengenai apa yang berlaku dalam Umno," tegas beliau dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mencadangkan agar majlis penerangan di semua peringkat dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menangkis tanggapan berlaku krisis dan perpecahan dalam parti dan seterusnya menyumbang ke arah melicinkan lagi proses peralihan kuasa dalam parti.

Pada 26 September lalu, Abdullah mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno bahawa Perhimpunan Agung parti, yang pada asalnya dijadualkan pada 16 Disember, ditunda Mac depan untuk melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Noraini juga menjelaskan walaupun keputusan MT, parti perlu dihormati oleh semua pihak, tetapi hak anggota untuk mendapatkan penerangan sejelas mungkin mengenai perkembangan terkini dalam parti termasuk proses peralihan kuasa tidak harus diketepikan.

Beliau berkata, Puteri Umno bersedia turun padang untuk memberi penerangan tentang perkembangan terkini dalam parti demi menjamin perpaduan dan keutuhan parti.

-BERNAMA-

Sunday, September 28, 2008

Its not about just morality...


There's no argument over whether Pak Lah is better than Anwar.

There is no contest where personal morality is concerned. Yet, these are times that need forward thinking and action to ward off the problems resulting from a sinking US economy.

Leadership is a function rather than a person, therefore it's about time the team in the cabinet set aside mere rhetoric and partisan politics to press on full steaming ahead towards tackling looming economic disaster.

The kind of problems we are facing today requires a good team (or several teams) to lead the country out of the impending crisis. We live but in a a global economic village. What affects a giant like the US affects everyone else.