Wednesday, August 1, 2007

Raja Petra Perlekeh Melayu, UMNO, Islam dan Yang Di Pertuan Agong

Dalam era komunikasi canggih, dunia siber menjadi medan lontaran komen, fitnah, tohmahan bloggers dan webmasters serta para pelayarnya. Dalam konteks kestabilan dan keharmonian Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang berlainan adat-resam dan agama, situasi kebanjiran blog dan website tidak kurang banyaknya membawa kesan negatif kepada para pelayar siber serta rakyat keseluruhannya.

Raja Petra contohnya yang mungkin ditaja oleh pelbagai pihak dipergunakan oleh penaja untuk menggugat keharmonian serta kestabilan politik Negara ini. Semenjak Malaysia Merdeka , pelbagai kaum telah menerima terma-terma dalam Kontrak-sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin berbilang bangsa semasa mendapatkan kemerdekaan 50 tahun lalu daripada pihak penjajah British.

Antara persetujuan itu, Hak Keistimewaan Melayu serta kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai tuan rumah , Islam agama rasmi Negara manakala kerakyatan diberi kepada bangsa selain Melayu dicapai.

Selama 5 dekad Negara merdeka, kini ada unsur dalaman yang tamakkan kuasa yang pula ditaja oleh pihak luar dengan menabur wang ringgit, rakyat Negara ini menjadi gelap mata sehingga sanggup memperjudikan kedaulatan Negara. Mereka itu, khususnya Raja Petra tergamak diperalatkan anasir luar yang jahat untuk menggoyah kestabilan dan kesetiaan rakyat Negara ini yang telah dibina 50 tahun lamanya.

Isu sensitif dibangkitkan dengan tujuan menyemarakkan rasa marah dan tidak puas hati orang ramai kepada pemimpin dan kerajaan Negara ini. Memandangkan Negara ini membangun dengan pesat hasil kebijaksanaan kerajaan yang memimpin serta persefahaman antara kaum-kaum, ada pula pihak yang cemburu dan ingin campur-tangan dalam urusan Negara ini.

Ancaman luar mencucuk jarum memainkan sentimen dan isu sensitif kaum-kaum di Negara ini. Kononnya demokrasi tidak dipraktikkan di sini. Kononnya kerajaan zalim dan lain-lain tohmahan dilemparkan mereka mengikut rasa.

Kepada para blogger yang hanya pandai mencari kepincangan pemimpin dan kerajaan Negara ini terutamanya mereka yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, fikirlah sedalam-dalamnya. Apakah faedah mereka perolehi dengan mengeluarkan isu sensitif yang menjurus kepada pergolakan sesama kaum di Negara ini.

Mahukah kita menjadi seperti Singapura yang mana penduduk asalnya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu hidup tersisih bak kaum minoriti di negeri sendiri.?
Mahukah Negara kita menjadi seperti Timur Timor yang tiada keamanan kerana pergolakan sesama sendiri. Kita dapati, ketidak-stabilan sesebuah Negara kebanyakkannya akibat asakan, cucukan, serta sokongan dari pengaruh luar yang mempunyai kepentingan sendiri.

Mahukah kita menjemput orang luar mencampuri urusan Negara kita yang kita semua tahu, mereka itu tidak berniat baik kepada rakyat sesebuah Negara tatkala mereka memasukki ruang Negara dengan alasan tiada demokrasi, kestabilan sebagainya.

Nasib generasi kita akan datang bergantung kepada kita hari ini. Semoga Negara kita Malaysia akan terus merdeka untuk 100 tahun lagi mahupun selamanya. InsyaAllah.

No comments: