Wednesday, December 26, 2007

Jangan cabar orang Umno!


SEPERTI yang dijangkakan, golongan ekstrimis kaum India akan tetap seperti anjing menyalak bukit selagi tuntutan mengarut dan gila mereka itu tidak dipenuhi. Selepas salakkan daripada pemimpin Hindraf yang rata-rata dari kalangan penyokong pembangkang dipertikaikan, kini sudah muncul pula golongan yang tidak tahu berterima kasih ini muncul di kalangan parti komponen Barisan Nasional pula.
 
Kata-kata mulut celupar dari Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy sesungguhnya menyakitkan hati ramai orang UMNO. Atas kapasiti ahli komponen BN beliau berkata antara sebab kaum India mundur dan terpinggir adalah disebabkan parti UMNO. Kenyataan "berlapik" itu adalah luahan perasaan golongan akar umbi masyarakat India yang kononnya disampaikan kepada beliau.
 
Di sini pula saya ingin menyatakan pula luahan perasaan golongan akar umbi orang Melayu terutamanya ahli UMNO. "Jangan paksa kami untuk bersikap kurang ajar hasil daripada terlalu berkompromi dengan masyarakat India selama ini. Kami sudah muak dan meluat dengan perkembangan terbaru daripada masyarakat India. Jangan paksa kami hilang sabar."
 
Saya sifatkan golongan kaum India yang mempertikaikan UMNO adalah golongan paling pengecut dan hipokrit. Mereka sebenarnya takut untuk mengungkapkan "Orang Melayu punca orang India rosak". Lalu ditukarkan kepada ayat yang lebih berlapik(kononnya) dengan menjadi "UMNO punca orang India rosak".
 
Golongan seperti ini sebenarnya tidak tahu berterima kasih kepada UMNO yang banyak berkorban atas prinsip perkongsian kuasa, muafakat komponen BN, kontrak sosial dan toleransi untuk memastikan kaum India dapat hidup di negara bertuah ini.
 
Saya mengibaratkan golongan yang tidak berpuas hati ini seperti kacang lupakan kulit, beri betis hendak peha dan sudah mahu menidakkan keistimewaan dan hak orang Melayu di Malaysia. Inilah akibat apabila orang Melayu atau UMNO terlalu berlebih kurang dengan golongan India.
 
Rasionalnya memang ada dan betul sejak zaman sebelum merdeka lagi perlunya ada toleransi sesama kaum demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat agar tidak berlaku perbalahan yang boleh menyemarakkan rusuhan kaum.
 
Namun setakat mana boleh di kawal api kebencian antara kaum Melayu dan India masa kini hasil daripada tindakan dan tuntutan melampau Hindraf? Orang Melayu kini melihat berkembangan terkini tuntutan mengarut dari kaum India dengan penuh khusyuk dan serius. Ini soal maruah dan martabat bangsa Melayu.
 
Meredakan sesuatu keadaan kritikal hubungan antara kaum beberapa minggu yang lalu sebenarnya diharapkan akan menamatkan adu domba antara orang Melayu dan India di negara ini. Namun sikap keperihatinan dan bertolak ansur oleh Perdana Menteri dan kerajaan rupa-rupanya masih tidak cukup lagi bagi golongan pelampau kaum India.
 
Malah mereka semakin berani melalui beberapa saluran politik dalam komponen BN sendiri untuk cuba memperlekeh dan memperbodohkan kepimpinan negara dan cuba bermain api dan mencabar parti UMNO.
 
Golongan ini sebenarnya cuba membawa diri mereka ke suatu permainan politik yang akan memakan dan memusnahkan seluruh kaum India sendiri. Cuba mereka bayangkan selepas pilihan raya umum yang akan datang tiada satu pun wakil kaum India sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang bergelar "YB" untuk menduduki kerusi di parlimen atau dewan undangan negeri?. Malah tiada lagi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di lantik dari golongan kaum India. Golongan radikal India perlu ingat dalam politik tiada perkara yang mustahil dan juga tiada perkara yang dirancang boleh menjadi "perfect".
 
Para pemimpin kaum India harus mengakui hakikat bahawa mereka gagal mengawal kaum India kerana wujudnya lambakan kumpulan samseng gangster dan gejala sosial dari kalangan kaum India. Apakah mereka sudah putus usaha membendung masalah sosial, maka dipersalahkan UMNO?. Apakah dipersalahkan orang UMNO kononnya kaum mereka dipinggirkan. Yang nyata di kalangan akar umbi orang Melayu mereka memberikan persoalan berikut, "kaum mereka dipinggirkan atau mereka meminggirkan kaum mereka sendiri"?.
 
Golongan yang masih tidak puas hati di kalangan kaum India ini perlu di berikan input dan anjakan minda mereka agar mengakui hakikat sejarah yang tidak pernah menipu. Hanya mereka yang mengaburi dan mentafsirkan sendiri fakta sejarah mengikut hawa nafsu dan gelodak perkauman. Ini yang menimbulkan masalah yang mereka sendiri reka dan wujudkan permasalahan kaum mereka sendiri dan menuding jari ke kaum lain terutamanya orang Melayu yang menjadi penyebab mereka miskin, tercicir dalam pendidikan, tiada peluang kerja dan keruntuhan akhlak yang begitu parah.
 
Apakah masalah-masalah tersebut perlu UMNO masuk "ke rumah" orang India untuk memberikan ceramah, motivasi, qiamullail, ataupun "brain storming" kaum yang bukan kaum ibunda mereka?. Jika UMNO melakukannya juga, dimana pula peranan MIC, PPP, IPF, Gerakan, NGO kaum India dan lain-lain pertubuhan?
 
Jika Paranjothy cepat menuding jari menyalahkan UMNO lah yang menyebabkan kaumnya terpinggir, tersisir, runtuh akhlak, perlu pembelaan dan banyak masalah, ini pula jawapan golongan akar umbi orang Melayu. "Hanya orang India sahaja yang boleh selesaikan masalah orang India sendiri".
 
Orang Melayu khususnya UMNO banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat. Mohon simpati dan publisiti murahan untuk mendapat perhatian dari kerajaan untuk menyelesaikan isu kaum mereka agar menjadi isu nasional telah menyebabkan orang Melayu mula muak dan loya.
 
Orang Melayu sudah lama mengkaji dan mengetahui sifat dan muslihat kaum India kerana orang Melayu memang gemar hiburan. Maka tidak hairan mereka menganggap fenomena masa kini hasil cetusan golongan pelampau India seperti tontonan mereka terhadap filem Tamil dan Hindustan boleh ditonton di tv saluran percuma ataupun berbayar.
 
Malah orang Melayu sendiri sudah mengetahui di awal "filem atau drama" tersebut apa kesudahan cerita yang mereka tonton itu. Malah mereka juga sudah mengetahui siapa di belakang tabir pembikinan "filem atau drama" tersebut walaupun rancangan "the making of....." belum disiarkan di tv sebagai promosi filem atau drama sebelum ditayang kepada umum.
 
Orang Melayu terutamanya UMNO sebenarnya sudah meluat dengan golongan seperti ini dan mereka cuma mengingatkan golongan pelampau kaum India ini agar jangan lupa bahawa orang Melayu masih hidup bernyawa dan wujud di bumi bertuah ini. Jangan lupa pula bahawa teraju utama dalam segala segi bidang baik ekonomi, sosial, budaya, politik dan pentadbiran masih diterajui oleh orang Melayu.
 
Apakah golongan pelampau kaum India inginkan kaum mereka betul-betul dipinggirkan dan diabaikan? Jika mahu, mohonlah segera agar orang Melayu segera melaksanakannya.
 
Oleh SHAIFUL BAHRI SAIDIN
SEKINCHAN, SELANGOR
 

Polis Johor tahan bekas peguam pecah amanah


Seorang bekas peguam ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor kerana dipercayai terlibat dalam tujuh kes pecah amanah berjumlah RM746,000 daripada 1999 sehingga 2001.

Ketua JSJK Johor Supt Nasbah Jusoh berkata bekas peguam berumur 41 tahun itu ditahan Ahad lepas di rumahnya di Parit Semerah, Pontian, setelah polis menjalankan siasatan membabitkan pinjaman perumahan pelanggan yang sepatutnya disalurkan kepada pemaju perumahan.

Menurut beliau, "bekas peguam itu menawarkan khidmat panel guaman kepada pemaju perumahan dan dia yang menerima wang daripada tujuh pembeli rumah telah menggelapkan wang tersebut."

Menurut Polis antara mereka yang menjadi mangsa penipuan peguam tersebut adalah kakitangan kerajaan, swasta, ahli perniagaan dan pesara polis. Bekas peguam itu kini direman dan boleh didakwa mengikut Seksyen 409 kerana pecah amanah.

Thursday, December 13, 2007

ISA ke atas pemimpin HINDRAF

Dari blog Publius Melayu

Lima pemimpin Hindu Rights Action Force (HINDRAF) diberkas dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka ialah P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Tindakan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia ini dianggap bertepatan sekali walaupun dikira agak lewat setelah tercetus beberapa insiden pada minggu-minggu sebelumnya.

Seperti telah diagak, penggunaan ISA ke atas kumpulan lima orang pemimpin HINDRAF ini dengan secepat kilat dipergunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang termasuk penyokong-penyokong mereka yang bertopengkan aktivisme hak asasi manusia dalam pelbagai jelmaan.

Dengan menyorot penahanan di bawah ISA sebagai sesuatu yang sentiasa mencengkam kebebasan rakyat, pembangkang meriah menggunakan tindakan tersebut sebagai peluru baru dalam serangan terhadap negara.

Tidak kira sama ada terdapat undang-undang yang lebih serius menidakkan hak asasi manusia seperti Patriot Act di Amerika Syarikat dan beberapa undang-undang lain termasuk yang masih berkuat kuasa di Britain, pihak pembangkang tidak akan mempertikaikannya. Pada mereka yang sentiasa dilihat sebagai pincang, tidak adil dan keterlaluan ialah apa saja tindakan yang digunakan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan di Malaysia.

Sunday, December 9, 2007

Renung Sejarah Sebelum Bersuara


KEDANGKALAN memahami sejarah negara menjadi antara sebab segelintir rakyat negara ini sanggup melakukan tindakan membabi buta di luar lunas budaya Malaysia tanpa sedikit pun memikirkan sensitiviti kaum lain yang bukan saja telah berkorban malah bersedia menyerahkan sebahagian hak mereka demi memastikan perpaduan kaum terus utuh dan semua kaum dapat menikmati kehidupan dalam suasana damai.

Demonstrasi jalanan anjuran segelintir kaum India yang kononnya berasakan kaum mereka ditindas dan seterusnya meminta gantirugi daripada Kerajaan British yang membawa mereka ke sini, tidak lebih daripada wayang kulit yang didalangi sekumpulan ahli politik muflis.

Berbanding dengan rakan mereka di Fiji, Uganda, Kenya, Zimbabwe, kaum India di negara ini seharusnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang kaum pribuminya begitu pemurah dan paling bertolak-ansur. Mereka bukan saja diberikan pelbagai keistimewaan dari segi peluang pekerjaan, malah di bidang pendidikan dan ekonomi ada kalanya mereka lebih terkehadapan berbanding orang Melayu.

Seawal tahun 1816, kaum India berpeluang memasuki sekolah yang mana Penang Free School dibuka dan kelas Tamil ditumpangkan di situ. Dengan wujudnya Malacca Free School, VI, King Edward antara 1826 dan 1906, kelas Tamil juga diwujudkan. Pada 1850, Anglo Tamil School diwujudkan di Melaka. Malah hampir di setiap estet, sekolah Venekular Tamil diwujudkan bagi menampung kaum India yang tinggal di sekitar ladang.

Malangnya bagi kaum peribumi, hanya pada tahun 1856, iaitu selepas 40 tahun kaum lain menikmati kemudahan, barulah dua sekolah Melayu diwujudkan dengan serba kekurangan sekadar membasmi buta huruf. Kaum India boleh meneruskan pendidikan hingga ke peringkat Overseas School Certificate yang kemudian boleh menyambung pelajaran ke King Edward Medical College ataupun ke Raffles College malah boleh meneruskan pendidikan ke Britian atau ke Australia, sedangkan pelajar Melayu hanya ke peringkat darjah empat.

Terkecuali Malay College yang ditubuhkan pada 1905, peluang pelajar Melayu hanya terbuka pada 1930 apabila dasar British membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris. Itu pun terhad kepada segelintir pelajar di bandar dan daripada keluarga elit. Tidak hairanlah, antara 1919 hingga 1937 hanya 15 peratus pelajar Melayu di sekolah Inggeris berbanding 35 peratus India dan 50 peratus Cina. Fakta begini seharusnya difahami sebelum melakukan tindakan melulu dan membabi buta.

Penjajah British mengenakan pelbagai jenis peperiksaan bertujuan menyekat pelajar Melayu ke peringkat lebih tinggi seperti Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah, Junior Middle Certificate, Overseas School Certificate dan Queen School Certificate yang hanya mampu dicapai oleh pelajar di bandar besar yang majoritinya Cina dan India. Rata-rata keluarga mereka bertugas dengan pentadbir British atau pun menjadi peniaga.

Bagi pelajar luar bandar terutama dari negeri Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan serta Johor, peluang yang ada hanya di madrasah yang banyak ditubuhkan selepas 1906 oleh golongan muda seperti Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin yang peluang kerjanya begitu terhad. Akibatnya jurang ekonomi antara kaum pendatang dan orang Melayu menjadi begitu ketara. Ini ditambah pula dengan dasar British yang tidak membenarkan pembabitan Melayu dalam industri menanam getah dengan berbagai-bagai sekatan serta pengwujudan pelbagai akta termasuk Akta Tanah Rezab Melayu yang bertujuan memastikan Melayu terus tinggal di kampung menanam padi yang mana hanya cukup untuk kegunaan sendiri.

Dasar membenarkan penubuhan Sekolah Venekular Cina dan Tamil pada peringkat Sekolah Rendah oleh Penjajah British adalah sikap tolak ansur yang tidak dilakukan di mana-mana negara lain. Hanya pada tahun 1958 selepas 142 tahun kaum Cina dan India menikmati peluang ke peringkat menengah, barulah Sekolah Menengah aliran Melayu pertama diwujudkan iaitu Sekolah Alam Shah pada tahun 1963 dan hanya pada tahun 1968, kumpulan dari aliran Melayu pertama keluar dari Universiti Malaya.

Untuk rekod juga, hanya pada tahun 1967 selepas Institut Teknologi Mara (ITM) ditubuhkan barulah orang Melayu mendapat peluang ke peringkat yang lebih tinggi, selepas 151 tahun kaum Cina dan India yang berasakan mereka ditindas menikmati peluang pendidikan tinggi. Tidak hairan, antara tahun 1964 dan 1970 hanya 119 siswazah Melayu lulus dari Fakulti Sains Universiti Malaya berbanding kaum Cina dan India. Seharusnya mereka yang menggelar diri mereka profesional ini lebih sensitif dengan fakta sebegini daripada membuat tuduhan melulu tanpa bukti.

Dasar tolak ansur orang Melayu juga telah memberi peluang kepada kaum India untuk mendapat suara di Parlimen walaupun peratus kaum India tidak sampai pun 10 peratus. Seawal pilihan raya pertama pada tahun 1955, walaupun kaum India hanya meliputi 3.9 peratus daripada pengundi berdaftar dan kaum Cina hanya 11.2 peratus, pemimpin Melayu atas dasar berkongsi kuasa telah memperuntukkan 15 kerusi kepada kaum Cina dan dua kerusi kepada kaum India daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan, walaupun orang Melayu mampu menang tanpa berkongsi kuasa kerana mereka menguasai 84.2 peratus kuasa mengundi.

Ini berterusan sehinggalah pada pilihan raya lalu di mana kaum India menang di tujuh kerusi Parlimen dan 14 DUN yang majoriti Melayu termasuklah wakil MIC yang bercakap di Parlimen baru-baru ini mengenai kaum mereka dipinggirkan tanpa menyedari beliau sendiri menang di kawasan majoriti Melayu. Atas dasar tolak ansur dan kerjasama yang wujud begitu lama juga pengundi Melayu di Ijok sanggup membiarkan calon Melayu kalah di Ijok dan memejam mata untuk mengundi calon MIC. Apakah ini bukan pengorbanan. Inikah yang di panggil 'pembersihan kaum'?

Dalam bidang ekonomi juga, kaum India lebih terkehadapan. Malah empat orang India terkaya di Malaysia memiliki jumlah kekayaan tiga kali ganda lebih banyak daripada 10 orang Melayu daripada jumlah 40 orang terkaya di Malaysia, sedangkan salah seorang dari yang terkaya itu, ayahnya hanyalah seorang kerani FELDA, satu-satunya agensi yang ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak Hussein untuk orang Melayu.

Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah antara kaum juga menunjukkan nisbah kaum India lebih tinggi berbanding Melayu iaitu 1.27:1 atau sebanyak RM3,456 bagi kaum India berbanding RM2,711 bagi kaum Bumiputera. Kadar kemiskinan tegar di bandar kaum India juga jauh lebih baik berbanding Bumiputra iaitu 0.2 bagi India dan 0.7 Bumiputera, tetapi di luar bandar kadar kemiskinan Bumiputra 3.3 peratus berbanding kaum India hanya 0.5 peratus.

Seperti kata pepatah, 'Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung', maka untuk mengeluar perkataan seperti 'penghapusan kaum' amat keterlaluan bagi sebuah NGO yang kononnya didukung golongan terpelajar apatah lagi di dalam masyarakat di mana adat dan budaya masih menjadi pegangan penting.

Roslan Mohd Latif
Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Thursday, December 6, 2007

DAMAI MALAYSIA KECAM DEMONSTRASI JALANAN


Dipetik dari blog Publius Melayu


DAMAI MALAYSIA, ia itu gabungan lebih 400 NGO hari ini mengecam HINDRAF, BERSIH dan Majlis Peguam Malaysia di atas kecenderungan mengadakan demonstrasi jalanan.

Dengan di hadiri ratusan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi, DAMAI MALAYSIA sekeras-kerasnya menekankan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia sekarang ini.

Turut berucap menyuarakan sokongan kepada status quo perpaduan kaum dan keamanan di Malaysia di perhimpunan tersebut termasuk wakil-wakil dari pertubuhan Cina, India, Cina Muslim, Sikh dan banyak lagi.

Ucapan oleh wakil ALMA (Alumni Pelajar Amerika Utara), Roslan Latif, antara yang diberi tepukan gemuruh. Roslan menyetuh tentang pelbagai isu pokok termasuk kontrak sosial selain mengimbau kembali keperihatinan dan sikap kesabaran dan terbuka masyarakat Melayu terhadap kaum lain sejak berzaman.

Hindraf’s allegations untrue, says Karpal

Allegations by the Hindu Rights Action Force (Hindraf) that the Government was carrying out ethnic cleansing and had committed atrocities against Indians in Malaysia are baseless and untrue, said lawyer Karpal Singh.

He said he felt surprised that Hindraf leaders would make such charges and hoped that they would be more responsible when uttering such statements.

He said the manner in which Hindraf's rally on Nov 25 was carried out was not right.


Wednesday, December 5, 2007

Arak perkara biasa bagi blogger Melayu ini...


Ramai di kalangan blogger yang berpendirian ala-barat tidak segan-segan mempraktikkan cara kehidupan tanpa mengambil kira larangan agama Islam.

Ini jelas jika diteliti foto yang dipetik dari blog bekas pengarang akhbar Malay Mail, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky. Rocky kini sedang bergelut di mahkamah bersama rakan seperjuanganya, Jeff Ooi (blogger pembangkang) dan tokoh terbaru dalam parti DAP berikutan kes saman oleh pihak New Straits Times Press.

Sebagai di antara peneraju Press Club di Kuala Lumpur, Rocky seringkali berada di ruang exclusif bagi wartawan itu untuk melepaskan lelah dan berinteraksi bersama ahli 'fraterniti' kewartawanan.

Press Club dan arak agak selari kerana tidak kira di mana sekali pun dipusatkan, arak akan terus mendapat sambutan dan disediakan. Apa tidaknya, dengan dipimpin oleh orang seperti Rocky yang menganggap arak sebagai sesuatu yang peribadi dan terpisah daripada landasan agama Islam, kita tidak akan terkejut langsung...

Apakah orang seperti ini boleh dijadikan sebagai pemimpin dalam apa jua perjuangan? Saya kira tidak.

Buat yang tidak begitu arif, Rocky di antara suara-suara kuat menyokong kegiatan BERSIH dan lain-lain, termasuk topeng asal perjuangan HINDRAF yang kini telah bertukar menjadi subversif dan mengancam keharmonian negara. Menyedari betapa HINDRAF yang didalangi pembangkang telah mempengaruhi ramai, Rocky kini memberhentikan penapakannya, lantaran menyiarkan kenyataan menerangkan kenapa dia tidak ingin mengambil bahagian dalam perarakan HINDRAF tempoh hari. Bagaimanapun, berdasarkan sedikit kesedaran, segala-galanya agak terlambat...Rocky telah menjual dan melacurkan maruah bangsa, agama dan negara.

Wanita dalam foto itu ialah Nuraina Samad, bekas wartawan kanan News Straits Times. Dia anak kepada Tan Sri Samad Ismail.

Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia berhubung pembatalan perarakan hak asasi


Dipetik dari blog Publius Melayu


Presiden Majlis Peguam lebih rela membatalkan rancangan perarakan hak asasi pada Ahad 9 Disember ini daripada memohon permit.

Jika Majlis Peguam memohon permit, tindakan permohonan itu sendiri akan menunjukkan Majlis Peguam bersetuju bahawa hak asasi hanya boleh di amalkan di Malaysias tertakluk kepada kebenaran daripada pihak berkuasa. Ini, menurut mereka, bukanlah definisi hak asasi yang di pegang Majlis Peguam.

Komen blogger: Betul ke majoriti peguam berfikiran begitu? AGM Bar Council dihadiri hanya oleh segelintir peguam. Apakah ini perangainya orang yang angkuh dengan kelulusan undang-undang? Yang peliknya, apakah mereka tidak memahami bahawa undang-undang dibuat oleh wakil rakyat. Kalau tidak oleh wakil rakyat oleh siapa? Mana boleh kita kumpulkan 27 juta orang di satu lokasi dan berbincang hal penggubalan undang-undang? Tak praktikal! Patut lah orang Melayu mengilhamkan istilah LAWYER BURUK! Golongan orang seperti inilah yang begitu taksub dengan pemikiran bahawa undang-undang buatan manusia mengatasi undang-undang tuhan.

Monday, December 3, 2007

PERMINTAAN & DESAKAN HINDRAF dan realiti


Dari blog Publius Melayu


Permintaan-permintaan HINDRAF

Berikut ialah permintaan asal mereka:

  1. Pembayaran gantirugi sebanyak £1 juta daripada kerajaan Britain untuk tiap seorang rakyat Indian Malaysia.
  2. Hentikan apa yang mereka dakwa sebagai pembinasaan sengaja kuil-kuil Hindu. Pembayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta bagi setiap satu.
  3. Hak sama dalam pendidikan dan pekerjaan
  4. Tambahan bantuan kepada 523 buah sekolah Tamil

Permintaan-permintaan baru HINDRAF

  1. Perjumpaan dengan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Ahad ini.
  2. Penubuhan sebuah jawatankuasa baru bagi membantu menangani masalah-masalah yang dihadapi kaum India.
  3. Desakan supaya dibebaskan kesemua tahanan berbangsa India dari sebuah penjara di Johor.
  4. Perlantikan seorang yang bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  5. Jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada seorang Cina.
  6. 20 peratus daripada kesemua jawatan tertinggi dalam kerajaan dan swasta diberikan kepada kaum India bagi tempoh 15 tahun akan datang.
  7. Sekurang-kurangnya 20 orang Ahli Parlimen Pembangkang dilantik oleh masyarakat India.

Komen blogger:

Renungkan kesemua permintaan di atas dan bandingkan dengan keadaan sebenar di depan mata kita di Malaysia behubung kaum India yang hanya merangkumi 8 peratus daripada jumlah bilangan penduduk negara.

Thursday, November 29, 2007

HINDRAF MINTA KERAJAAN BRITAIN BAWA KERAJAAN MALAYSIA KE MAHKAMAH DUNIA:


Dari blog Publius Melayu

Surat HINDRAF kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown telah menuduh orang Melayu, terutama yang ada kuasa, membunuh kaum India secara sistematik.

Senangnya nak jadi rascist. Cuma perlu ada kelulusan undang-undang lantaran boleh bertopengkan sebagai lawyer dan buat pelbagai tuduhan perkauman. Ramai lawyer berbangsa India di negara kita belajar undang-undang Inggeris...malah ada juga lawyer Melayu yang berfikiran macam lawyer India. Entah apa penyakitnya mereka ni. Pengajian undang-undang ala barat banyak membawa masalah kepada orang Islam.

Macam-macam tuduhan di lemparkan terhadap orang Melayu, khusunya UMNO & kerajaan sekarang yang dikatakan di dominasi oleh Melayu. Mereka lupa kalau Malaysia turut mengikuti amalan demokrasi macam Singapura dan lain-lain, mereka langsung tidak akan ada suara atau tempat dalam kerajaan kerana mereka tidak ada kawasan majoriti (hanya 08% kalau nak ikut dakwaan mereka sendiri).

Soalannya, apakah kita boleh mempercayai bahawa Barat boleh menjadi wira mereka bagi membela dan menghakimi dakwaan ketidakadilan yang mereka lemparkan? Apakah hak Britain ke atas negara kita? Mengapa Britain? Kenapa tidak India? Agak pelik juga, kan? Kenapa, ya? Agaknya pada persepsi HINDRAF hanya kaum Anglo-Saxon yang terbukti telah menganaiya orang India sebelum negara India merdeka saja boleh berlaku adil dan bertamadun. Betul ke?

Cabaran kepada HINDRAF

Dipetik dari Blog Publius Melayu

i. Kalaulah HINDRAF ini cerdik sangat, apa kata kalau kita menjemput mereka berdebat bagi mengetahui betapa ceteknya kefahaman mereka terhadap maksud 'masyarakat majmuk' dan keperluan sosio-ekonomi di Malaysia.

ii. Mencabar HINDRAF untuk bertanding dalam pilihanraya yg akan datang. Dalam konteks ini, mencabar kerajaan yg memerintah bermaksud mencabar semua pengundi majoriti di pihak kerajaan yg berbilang kaum.

iii. Secalit kata berbau "perkauman", hukumnya WAJIB dikenakan tahanan ISA (itulah antara matlamat Akta ISA - public Interest prevails)

iv. Siarkan di semua rangkaian TV latar-belakang pemimpin HINDRAF yg pernah mendapat bantuan Kerajaan dalam berbagai bentuk secara langsung atau tidak sehingga mereka menjadi individu "cerdik" tapi intipatinya "Bodoh & Sombong"

v. Seluruh dunia mengagumi cara perjuangan MAHATMA GANDHI...dimana sebenarnya semangat itu pada kaum INDIA Malaysia?

The Bar Council just another ‘political’ party hijacking the feeble mind of young lawyers

From Publius Melayu Blog

If anyone comes up to me and say that lawyers stand up for justice, I'd not hesitate to rubbish them. Although the spirit of the law is all about honour, the lot (the very much saturated lot) of the legal fraternity in Malaysia is no different compared to the corrupted dregs of society.

I am disillussioned, long disilussioned with what these legal eagles stand up for in righting the perceived wrongs of the system, given the fact that they themselves are not beyond reproach.

In a stride we now see the Bar Council acting like a political party. It is obvious the movers and shakers within that hallowed institution is more inclined to push for their greedy political ideals than to carry out the honourable objectives of their profession.

Another issue that has long been of concerned among us is the blind dependence on English laws to provide for any lacuna in the country's laws. With such corrupted and blinkered mindset, it comes as no surprise to see the Bar Council constantly attacking the other legal instutions entrenched in Malaysia.

So taken are they by the ass that is English law that nothing else compares. They have closed their minds to the fact that the country's disparate societal make-up requires a very different legal mindset – one that must be based on the needs and acceptance of the target group.

Anwar Ibrahim uses people to carry out his evil intentions


From Publius Melayu Blog

The following comments were made recently by a former officer of The Institute for Policy Research, a think tank established by Anwar Ibrahim and headed by his protege, Khalid Jaafar:

"Dato' Seri Anwar Ibrahim uses people to realise his objectives. He is oblivious to whatever that happens to any of his supporters so long as they continue to agitate and rip assunder Malaysia's fragile social fabric.

Throughout the history of his defiance of social order, Anwar Ibrahim had caused a number of his supporters to fall and brought to book. The only consolation whenever this happened was to give nothing more than lip service.

The HINDRAF rally last week was yet another fine example of his cruel orchestrations. He encouraged, supported, and gave the ignorant participants Dutch courage to execute their deeds – deeds which were clearly against the law and provocative in nature.

This is the real Anwar Ibrahim..."

Sunday, November 25, 2007

Alleged discrimination of minority Indians an excuse to stir racial sentiments


Extracted from Publius Melayu blog

So much was going around about the HINDRAF rally in several parts of Kuala Lumpur yesterday. It was a Sunday and it was natural for folks in the city to breakfast out for their dose of roti canai or thosai. Mid morning saw smses and phone calls trickling in to handphones updating on the commotion caused by the gathering HINDRAF supporters. Some of the messages were just bits of facts which soon took a life of its own to metamorphose into outright lies and unfounded rumours.

This blogger was at the scene at a location. Watched the whole thing and would hesitate to blame the police for their efforts to break-up the illegal assembly. They gave warnings after the several warnings on the run-up to the demonstration days before but to no avail. Many of the obvious thugs at the centre and on the edges of the groups could clearly be seen hurling abuses, profanities as well as lots of racialistic remarks. This had its desired effect on the rest. In a frenzy, they chanted and tried to lock hands to face the police.

What I saw was the police doing their work professionally. Try to be on their side and, perhaps, the demonstrators will think differently. Bystanders gawked at the melee with disgust. Not disgusted with the police but disgusted at the people who were obviously being used as pawns for some devious political ends.I adjourned to a kedai mamak soon after and overheard people loudly discussing the situation as though wanting everyone around to hear. One guy was Indian.

"Dont know if these guys realise that Indian votes dont count much in our elections because they are all on seats borrowed from the Malays...in India no new Mosque is allowed to be built so much so that in Mumbai Friday prayers are held twice or thrice in a mosque due to the sheer number of people that could not be accomodated within the premises...in Bali, Hindus just wrap sarongs around trunks of trees, which they believe have 'dewas'...they never build shrines or temples on the sites !

Back home in Malaysia, even illegally built suraus have been torned down. Democratic rights do not include ignoring the laws made by democratically elected representatives. If the Election Commission cheats, how come there are so many oppositions seats and one entire state run by an opposition party for 20 years? And how come PKR recently won a state seat in Sarawak?

Indians in Malaysia should very well practice some introspection as advocated by the Hindu religion instead of blaming others. In a multi-racial society, everyone should introspect! It is doubly dangerous if one blames only the others for one's problems. "

But, of course to the hot headed detractors, such an opinion coming from an Indian at that point in time would be seen as just a ploy orchestrated by the government – or that he was nothing more than an UMNO dog (in the usual lingo of the opposition) or an MIC stalwart...

Friday, November 23, 2007

Askar Melayu bersiap sedia pada 10 November atas permintaan Polis

Begitu banyak khabar khabar angin, terutama dikalangan penganjur dan perserta perhimpunan/perarakan haram 10 November, telah diperkatakan bahawa Askar Melayu di'kerah' DYMM SPB YDP Agong untuk memberikan 'perlindungan', sekiraanya Polis mengambil tindakan keatas pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu.

Khabar Khabar angin yang begitu popular dan memberikan 'keyakinan' kepada penganjur/pendemonstrasi/peserta perhimpunan/perarakan haram itu agar apa yang mereka lakukan sebenarnya 'diperkenan' dan 'restui' baginda SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, seorang Raja yang dikatakan berjiwa rakyat itu.

Namun apabila Dato' Pengelola Bentara Bijaya Istana Negara Dato' Wan Mohd. Safiain Wan Hasan memanggil sidang media khas, termasuk TV, menegaskan bahawa sebenarnya SPB YDP Agong "merasa kesal dakwaan baginda menyokong perhimpunan haram", ada pihak pihak tertentu 'tersentak' kerana kenyataan rasmi ini. 'Harapan' dan 'ayam tambatan' mereka sebenarnya dusta belaka.

Sebagai reaksi kepada kenyataan ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan dalam Malaysia Today artikel berjudul "What the eye does not see", sebagai reaksi serta merta kepada kenyataan rasmi Istana Negara itu. Dalam artikel in, Raja Petra dengan jelas menafi dan pertikaikan kenyataan rasmi yang dibuat Dato' Wan Mohd. Safiain itu dan secara peribadi, pegawai tinggi Istana Negara itu diperlekeh lekehkan. Sehingga no. KPT dan no. keahlian UMNOnya juga disiarkan.

Yang penting sekali, artikel Malaysia Today ini terus menegaskan bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan sememangnya memberikan 'sokongan', 'perkenan' dan 'restu' bahawa perhimpunan/perarakan ini diteruskan, termasuk baginda kunun kunun memohon nama nama mereka yang terlibatkan dipersembahkan kepada baginda. Lebih dasyat lagi, dijelaskan dalam artikel tersebut bahawa baginda Tuanku Sultan Mizan meminta Briged ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang berpengkalan di Sungai Petani dikerah ke Sungai Buloh, bersama sama 14 buah kereta perisai, untuk memberikan 'perlindungan' kepada pendemonstrasi sekiranya Polis mengambil tindakan. Peristiwa Batu Burok dijadikan modal sandaran.

Ini semuanya adalah dusta dan pembohongan semata mata. Fakta telah dimanipulasi untuk memberikan 'semangat' dan sebahagian dari 'penghalalan' tindakan mereka yang jelas bertentangan dengan undang undang Malaysia. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara!

Apa yang sebenarnya berlaku ialah perhimpunan/perarakan haram ini diwar warkan oleh media alternatif berminggu sebelum acara. Mereka mengharap dan anggarkan bahawa 100,000 orang akan menyertai perhimpunan/perarakan haram 10 November itu.

Polis DiRaja Malaysia, agensi biasa menjaga keselamatan dan ketenteraman awam merasakan sedikit sukar untuk mengawal keadaan, sekiranya benar 100,000 orang akan berhimpun/berarak pada tengahari Sabtu itu. Olehdemikian, Tentera Darat telah diminta oleh Polis untuk memberikan bantuan, sekiranya perlu apabila keadaan berlaku diluar kawalan dan kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sebenarnya, pada tengahari Sabutu itu, pegawai pegawai tinggi Tentera Darat berada dipusat kawalan utama Bukit Aman, bersama sama pegawai pegawai tinggi Polis merancang dan memantau seluruh proses mengawal/menyelia/mengawasi perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007 itu. Tentera Darat yang berada dalam keadaan siap sedia itu memang unit biasa yang berpengkalan di Kem Wardieburn dan Kem Sungei Besi, sekitar Lembah Klang.

Maka tidak benarlah apabila Malaysia Today dan Raja Petra menyatakan bahawa Briged ke 19 RAMD didatangkan khas dari Sungai Petani untuk kunun kunun 'melindungi' pendemontrasi perhimpunan haram. Kalau ikut logiknya, Kem Garisen berada di Port Dickson, yang termasuk rejimen mekanised dan satu Divisyen berada di Kem Terendak, termasuk Kor Gerak Khas yang berpengkalan diKem Sungai Udang. Unit unit ini lebih mudah dikerah apabila berlaku satu kecemasan dan lebih hampir ke Lembah Klang berbanding dari Sungai Petani.

Sungguh tidak bertanggung jawab Malaysia Today menyiarkan artikel yang mengandungi unsur unsur hasutan:

1. Memperlekeh dan menghina institiusi Raja Raja Melayu
2. Mempertikai dan mempersoal kenaytaan rasmi Istana Negara bagi pihak DYMM SPB YDP Agong
3. Memfitnah SPB YDP Agong kunun kunun mengeluarkan 'arahan' kepada Briged ke 19 RAMD digerakan semata mata perhimpunan/perarakan haram 10 November 2007
4. Mempersoal dan perikaikan integriti dan professionalism RAMD
5. Mempersoal dan peritikaikan integriti dan professionalism Polis DiRaja Malaysia, terutama kemampuan dan kekuatan menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam semasa perhimpunan/perarakan haram Sabtu 10 November 2007 itu.

Satu Laporan Polis telah dibuat keatas Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin berkenaan artikel tersebut.

Wajarlah pembaca internet membuat penilaian yang mana fakta dan yang mana dusta/pembohongan atau manipulasi fakta.

Malay Regiment on standby November 10: A Police Request

From Publius Melayu Blog (translated from bigdogdotcom)

Lots of rumours have been thrown about during the run-up to the November 10 gathering as well as on the day itself. One that had perked many ears was the one alleging that the crack Royal Malay Regiment was mobilised following an order by the Agong to 'protect' those who took part in the illegal assembly in the event of high-handed police action.

Such a rumour was made to sound so credible that it boosted the morale and false courage of the organisers and participants of the illegal demonstration. It seems that someone, somewhere, somehow had made one hell of a coup in orchestrating such a rumour and outrageously claiming that the gathering was 'sanctioned' by SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud.

This person or group of persons had cleverly leveraged and exploited the Agong's people-friendly disposition to help realise their devious deeds...and the 'people' believed.

However, when Dato' Pengelola Bentara Bijaya Istana Negara Dato' Wan Mohd Saifian Wan Hassan called a special media conference to categorically state that the Agong regretted the claims that his highness supported the illegal gathering, several parties were taken aback. They were shocked to find their 'hopes' smashed upon realising that it was all a lie.

Reacting to this statement, Raja Petra Kamaruddin promptly posted another article in Malaysia-Today, entitled "What the eye does not see" to rebutt the official stament from Istana Negara. In the article, Raja Petra clearly denied and questioned the statement made through Dato' Wan Mohd Safian. He went on an offensive to mock and belittle that high official from the palace to the extent that he even made public the latter's KPT number and UMNO membership number. To the more thinking observers, pointing out Dato' Wan Mohd Safian's party membership is nothing but a feeble attempt to ridicule him. It holds no concrete relevance to the matter at hand.

More important, through his article in Malaysia-Today, Raja Petra went on to insist that Tuanku Sultan Mizan did give 'support','consented' and even 'blessed' the gathering/march. Raja Petra also claimed that the Agong requested for the names of those involved to be submitted to him. Even more serious, Raja Petra claimed that the Agong had ordered the Sungai Petani based 19th Brigade of the Malay regiment (RAMD) to take positions at Sungai Buloh along with 14 tanks - a move that gave credence to the lie that the excercise was solely to give 'protection' to the demonstrators in the event of police action. This assumption was based on the incident that had occured earlier in Batu Burok, Kuala Terengganu.

These are all blantant lies. Facts had been manipulated to give false 'courage' and certain 'directions' to the mob action, which clearly was against Malaysian laws. The end certainly does not justify the means!

What actually transpired, the illegal gathering/march was widely publicised by the alternative media weeks before it happened. The organisers had hoped no less than 100,000 people would participate in the illegal demonstration on Nov 10.

The Royal Malaysian Police, the agency responsible for public security and safety found it quite daunting to handle the situation should 100,000 people turn out for the occassion on that Saturday. It was because of this that the Army was asked by the police to help out in case anything untoward should happen.

The truth is, on the afternoon of Saturday Nov 10, army commanders were stationed at the operations centre in Bukit Aman along with senior police officers to help monitor and plan security and safety measures. The army on standby is actually the normal unit based at Wardieburn Camp, Sungai Besi Camp as well as throughout the Klang Valley.

As such there is NO truth when Malaysia-Today and Raja Petra claimed that the 19th Brigade of the RAMD was specially brought in from Sungai Petani to give 'protection' to the illegal assembly. Looking at it in a more logical manner, if in the very unlikely event the order was given for such a manouvre the mechanised regiment and 1st Division based at Terendak Camp, including the crack Commando Corp based at Sungai Udang Camp would have been a better choice for easy deployment during emergencies, given their proximity to the Klang Valley compared to Sungai Petani.

It was so irresponsible of Malaysia-Today to publish the article, which clearly contained stark elements of sedition:

  1. To belittle and bring shame to the institution of Malay Rulers
  2. To question and dispute the official statement from Istana Negara on behalf of DYMM SPB YDP Agong
  3. To defame SPB YDP Agong by claiming that His Majesty 'ordered' the 19th Brigade of the RAMD to be mobilised immediately just because of the illegal gathering/march on Nov 10
  4. To question and dispute the professionalism and integrity of the RAMD
  5. To question and dispute the integrity and professionalism of the Royal Malaysian Police, in particular its ability to maintain public order, and security during the Nov 10 illegal gathering.

A police report had been lodged over the article by Malaysia-Today and Raja Petra Kamaruddin.

Hence, it would be, indeed, wise for readers of the alternative media, especially those on the Internet to gauge and weigh between facts,outright lies, fabrication and factual manipulation such as this.

Sunday, November 11, 2007

Opposition: Saturday's rally just the beginning - Beginning of the end for them?

From Publius Melayu blog

While agreeing that rampant incidence of corruption must be curtailed, many of us are very cautious when opting for other avenues to press for change.

One channel that seems to have been embraced wholly by the detractors of the Barisan Nasional-led government is, of course, street protests.

No matter what the supporters of such tactic say to defend their 'righteousness', a question that most constantly begs to be answered is, 'wither common sense?'

We live in a country with rules and laws. If these rules and laws are being transgressed freely, what, I ask, is the purpose of our existence as professed Malaysians? We don't trust the government, we dont trust the judiciary, we dont trust the civil service, we dont trust most of our elected representatives. Whom do we trust?

The opposition agitators would easily dismiss police actions as unreasonable and violent when trying to disperse illegal demonstrations, but we seem blinkered to the fact that what we carry out without legal approval is still illegal. Still a wrong.

Are we all dried of ideas to push for change that we must insist on staging a display of public anger, although in the guise of a 'peaceful' demonstration?

Come on, most of the public will not buy such an excuse. Malaysia is not like the autocratic junta-led Myanmar or other similar examples. We still see strong opposition dominating Kelantan as well as pockets of opposition control throughout the country.

The opposition and NGOs can still voice their opinion unfettered although they claim that the mainstream media is controlled by the government. Are they so unresourceful in their search for more ideal avenues that they keep harping on the same obvious lines?

Malaysia stands out as a model of peace and harmony. Must we shatter that image just because some of us feel that some things are not right?

Monday, October 29, 2007

Ponder the following:


 

From Publius Melayu Blog

  1. Nasaruddin Jalil, rich economic advisor and died-hard supporter of DSAI died recently.
  2. Razak Ahmad, Chairman of PKR Johore died a few months ago, too.
  3. Syed Azmi, Penang strong supporter & Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang is now seriously ill.
  4. Zainal Abidin Wahid, ardent supporter is also now seriously ill and wheel-chair bound.
  5. Sanusi Osman of PRM is also seriously ill of old age.
  6. The wives of three of DSAI's close friends have died of cancer (i.e. Anuar Zaini, former VC Universiti Malaya, Nazri Abdullah, formerly of NST and Kamaruddin Md Nor, still Ketua bahagian UMNO Pasir Putih Kelantan).
  7. Zainur Zakaria, former lawyer to DSAI, has decided to wind down his support of DSAI and is now significantly quiet and no longer active in PKR.
  8. Marina Yusof and Saidatul Said Keruak (Sabah) have left Keadilan and rejoined UMNO (though surely they will get anywhere now in UMNO?)
  9. Roslan Kassim, LokmanNor Adam, Hanafiah Man and Zaid Mat Ariff plus eight others have declared rejoining UMNO a year ago.
  10. Many others like Saupi Daud, Anwar Tahir, Ustaz Mohamed Mustapha (Kelantan) and Shaari Sungib have left PKR for PAS.
  11. Ezam Md Nor left PKR recently, why?
  12. Even Nallakaruppan has quit PKR and deserted Anwar...

Why? Are they all wrong and only Anwar right? One begins to wonder – why? Needless, this surely has affected DSAI's morale. Hence, failing to get support from these people anymore, he now has no choice but to try become a hero for the non-Malays in order to continue to be relevant to Malaysian politics.

Tuesday, October 2, 2007

In no hurry for polls


The snap election everyone has been expecting may not happen. The Prime Minister is in no rush to seek a fresh mandate and may even go the full term while the young Turks in Umno want to take on Datuk Seri Anwar Ibrahim in the polls.

ACOUPLE of days after the controversial video made the news, the Prime Minister decided to see for himself what the fuss was about.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sat through the fuzzy eight-minute video of a top lawyer purportedly discussing the appointment of judges with a senior judge. Then he went through the transcripts of the tape. His aides have been tight-lipped about his reaction after the viewing but it is clear by now that he thought it serious enough to warrant some answers.

The Government moved with remarkable speed, and on Tuesday, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced an independent panel of inquiry to look into the issue.

The video, reportedly recorded in 2002, has serious implications for the reputation of the Malaysian judiciary even if it does not directly implicate the Abdullah administration. But the swift response by the government has been correct as well as strategic. The message was: we have nothing to hide, we are going to be transparent about this and we want to know the truth as much as everyone else.

When Datuk Seri Anwar Ibrahim released the video a fortnight ago, many had thought it to be a political bomb for Abdullah. Political sources suggested that the Parti Keadilan Rakyat de facto leader had been holding on to the video for a while now, waiting for the right time to go public with it. It was quite a coup and Anwar must have also thought that the general election was very close. In fact, if his party had its way, elections would have been over by now because Anwar had been predicting that Abdullah would call for elections in August to ride on the 50th Merdeka mood.

But August has come and gone and many opposition figures now claim it will be in November. Others say February, after the Chinese New Year. Speculation about an early election had been based on the assumption that the Barisan Nasional would call for elections before April next year to prevent Anwar from contesting. His conviction of corruption bars him from electoral politics till then. The assumption may no longer be current and there was some hint from the top man himself.

A day before the Prime Minister flew off to New York, he had brushed off questions about elections saying: "That one, wait first. We still have a mandate of two years." Not many are aware of this but the young Turks in Umno want to see Anwar contest the polls and be defeated. This is the group now making their way up the greasy pole of politics and they are adamant that the polls date should not revolve around one person.

"I believe we should take him on, there's nothing to worry about. The general election will depend on a host of factors, none of which is related to him. It will not be based on whether or not he can contest," said Putrajaya Umno Youth chief Zaki Zahid.

Federal Territory Umno Youth chief Datuk Norza Zakaria said: "For people of my generation, Anwar is someone from the past. His party supporters are the ones creating a situation, applying pressure for an early election." Others like Umno Youth secretary Datuk Rahman Dahlan said that blocking Anwar would only perpetuate the myth that he is powerful and a threat to Umno. "Instead of over-estimating his strength, we should fight him politically," said Rahman. Besides, it makes sense to tie him down to a seat during the polls instead of enjoying the freedom to roam the country to campaign for the opposition.

Or as Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin said: "It doesn't matter if he contests or not. He is fast descending into irrelevance.

But if you ask me, it's best that he is beaten in the general election. We're not scared of him and it's best to defeat him once and for all. "But what's the rush? I don't understand all the fuss and speculation. Pak Lah has one and a half years left in his mandate. If elections are held this year, this will be the shortest-lived government in our electoral history. The argument about the economy doing well also doesn't hold. The economy is not the only factor that should be considered."

Perhaps the most gung-ho remark came from Ketereh MP Datuk Alwi Che Ahmad who said Umno was prepared to face Anwar even in Kota Baru, a parliamentary seat which PAS has offered to PKR. "God willing, if he is eligible, we'll fight him and finish him off. If he cannot contest, then hard luck. And if he wins and goes to Parliament, I will be the first to engage him in debate," said Alwi Some like Datuk Reezal Merican Naina Merican have even aired their views to the Prime Minister. Reezal, political secretary to Abdullah in his capacity as Finance Minister I, had frankly suggested during a discussion that elections be held after April because "there is nothing to fear about Anwar."

"We should level up with him. We faced him in Ijok; he lost. He could not take on Datuk Seri Najib even though he camped there day and night. He is not a big factor, that's why he is banking on issues popular with the Chinese," said Reezal. Basically, the young Turks are saying that setting the date of election should be based on the bigger picture, particularly on how well the government has delivered on its 2004 election promises.

Abdullah's team coasted to power promising great things but some feel that the delivery, especially on issues like corruption and governance, has been more thunder than rain. The Prime Minister was at his weakest when under attack from the very man who had picked him as his successor. He went through a horrible time but he held his tongue and even though relations between him and Tun Dr Mahathir Mohamad have not fully mended, he has survived the ordeal. Stretching his mandate will not cost him but will buy him more time to see his policies take shape and bear fruit.

As everyone knows, Anwar's target has not been Abdullah but Najib. In fact, many thought it was Najib who was most uneasy about Anwar contesting the polls. But according to a member of Najib's inner circle, whatever apprehension Najib may have harboured about Anwar is now water under the bridge, especially after the Ijok polls. "That was a moral victory for Najib. He is very comfortable about his place in the party and government. Where Najib is concerned, we have to look at the relationship he enjoys with the PM – it could not be better. Rarely has the No. 1 and No. 2 enjoyed such a comfort level and shared aims.

"We also have to look at his standing in Umno. His grassroots support needs no elaboration and it's ridiculous to suggest that he is afraid of Anwar," said the inner circle member.

The influence of the Umno young Turks on the party leadership remains to be seen. But Anwar, who turned 60 last month, had better get prepared to face what might be the toughest general election of his political career. He must have been on a natural high this week because he became a first-time grandfather on Monday and, two days later, a national inquiry was formed in response to his video exposé.

For months, the April dateline has been a real hindrance for the ruling coalition. Striking out the date as a factor will free the Prime Minister to allow his policies and programmes to take shape until such time that he finds what other Premiers before him have described as "the inspiration" to call for polls.

"Some people want it later, some sooner. The PM listens to everybody but whatever he decides, we will go with him," said Reezal.

By JOCELINE TAN (The Star)

Wednesday, September 19, 2007

Realiti perundangan kita: Common Law Penjajah Inggeris

Dipetik dari blog Publius Melayu

Komen Publius Melayu: Isu pengwujudan satu sistem Malaysian Common Law sebagai menggantikan English Common Law (ECL) yang diterima pakai sekian lama masih diperdebatkan, terutama di internet. Ada pihak yang menyuarakan perasaan pesimis terhadap cadangan itu dan ramai juga, terutama di kalangan nasionalis Melayu yang berpendirian sebaliknya.

Samada cadangan tersebut radikal ataupun tidak, yang nyata setelah mencapai lebih 50 tahun merdeka, sudah tiba masanya bagi kita menggariskan pengwujudan perundangan sendiri. Sistem perundangan sendiri bukannya sesuatu yang baru. Ia telah lama wujud sejak sebelum penjajah-penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan lain-lain bertapak di Tanah Melayu. Apa yang berlaku boleh disifatkan sebagai 'interregnum undang-undang' (istilah sendiri Publius Melayu) yang bererti pemansuhan sistem perundangan sedia ada untuk digantikan dengan sistem penjajah.

Bagi melanjutkan kupasan berhubung isu ini, saya telah memetik posting dari blog Sejarah Realiti Nagara Kedah untuk dikongsi bersama.

Umum tahu bahawa Undang-Undang Islam Kedah telah dihapuskan dan digantikan dengan 'Common Law' oleh Penjajah Inggeris. Hari ini, setelah 50 tahun merdeka sudah mula kedengaran saranan untuk menghapuskan 'Common Law' yang diperkenalkan oleh Inggeris ini di Malaysia.

Di awal tahun 1900, berikutan perubahan dunia politik, tamatnya peperangan dan strategi Inggeris di Tanah Melayu siap diatur, penjajah Inggeris pun turut bersetuju untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah bersetuju Tunku Abdul Rahman, seorang putera berketurunan kerabat diraja Kedah dan berketurunan Raja Thailand untuk menjadi ketua perunding dan utama Persekutuan Tanah Melayu. Beliau kemudiannya berjaya menubuhkan sebuah negara baru dan menerajui sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anehnya, pada tahun 1963 beliau bersetuju secara begitu mudah mengeluarkan Singapura dari Malaysia demi kepentingan beberapa pihak tertentu.

Di dalam deraf awal perlembagaan Malaysia, keistimewaan diberi kepada Raja-raja Melayu yang dilantik oleh penjajah dan sekali gus menganiaya waris mutlak Maharaja Besar Benua Siam Kedah dari keturunan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1788 masihi (Rujuk m/s 47 Undang-Undang Kedah) seolah-olah pemerintah Islam dan Undang-undang Islam tidak pernah ada memerentah di bumi ini sebelum mereka datang menjajah. Untuk itu mereka perlu membetulkan banyak perkara terutama sekali sejarah bangsa itu sendiri.

Penjajah Inggeris telah menulis semula sejarah kita yang kita gunapakai hari ini di sekolah-sekolah, padahal bukti-bukti baru telah pun mula muncul, menafikan apa yang diperkatakan oleh mereka dahulu. Sejarah kita menjadi tidak teratur dimana Sultan Mahmud Syah, Raja Bandar Hilir di celarukan dengan Sultan Mahmud Syah, Maharaja Besar Benua Siam, begitu juga zaman pemerintahan mereka. Undang-Undang Kedah yang menjadi teras pemerintahan Maharaja di rampas oleh Penjajah Inggeris dan dibawa balik ke England. Ia dipulangkan sekitar tahun 2003 dan baru saja diterbitkan untuk kita difikirkan semula.

Berserta kenyataan, realiti dan faktor sejarah yang benar di blog ini, adalah diharapkan ia dapat membuka minda rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah membongkar betapa kerajaan Thailand memberi perlindungan kepada pengganas komunis di Nathawi, Selatan Thailand. Beliau juga telah merancang penggunaan Internet untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini dan terperinchi secara lebih luas dan terbuka. Semasa menjadi PM, beliau juga dengan lantang menjalankan Dasar Pandang ke Timur dan kempen 'Buy British Last'.

Kini, pada tahun 2005 YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula telah mengizinkan buku Undang-undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tujuan ia diterbitkan ialah untuk dijalankan semula kajian bagi membuktikan kegemilangan pemerintahan Islam Benua Islam Siam Kedah dizaman dahulu. Alhamdulillah, beliau juga ada salah seorang dari waris Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Dimanakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Tuesday, September 18, 2007

Tiba masanya untuk me-Malaysiakan sistem common law


Terjemahan artikel Dr Wan Azhar Wan Ahmad oleh Publius Melayu

Ia sepatutnya berdasarkan nilai-nilai perundangan, moral dan etika yang dikongsi oleh pengikut agama-agama terkemuka dunia

Hakim Besar Malaysia Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, dalam ucaptamanya pada seminar anjuran IKIM bertajuk Ahmad Ibrahim: His Intellectual Thought and Contributions (Ahmad Ibrahim: Pemikiran Intelektual dan Sumbangannya), telah melahirkan kekecewaan berhubung mentaliti tawanan (captive mentality) di kalangan pakar perundangan, hakim dan kalangan peguam kita kerana sikap terlalu menyanjung Undang-Undang Inggeris, atau lebih tepat lagi, English Common Law (ECL).

Beliau melahirkan rasa kesal kerana walaupun negara telah 50 tahun merdeka, kita masih mengikut s.3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil (Civil Law Act, 1956), CLA. Peruntukan yang terkandung dalam kedua-dua seksyen tersebut mempreskripsikan penggunaan ECL sepenuhnya bagi seluruh negara.

Hakikatnya, ramai yang mentafsirkan kedua-dua seksyen ini seolah-olah kita berkewajipan untuk merujuk kepada Undang-Undang Inggeris apabila berlaku sebarang lacuna (kekosongan) dalam undang-undang kita sendiri. Berhubung ini, Ahmad Fairuz telah mengajukan empat soalan penting untuk direnungi oleh kita dan juga ukhwah perundangan (legal fraternity). Soalan-soalan tersebut ialah:

  • APAKAH keadaan itu mencerminkan bahawa negara ini ketandusan kepakaran perundangan?
  • APAKAH ia bermakna Undang-Undang Inggeris (ECL) ialah pilihan terbaik?
  • APAKAH pakar undang-undang kita masih dibelenggu oleh penjajah (di bawah tempurung penjajah)?
  • APAKAH benar cendekiawan perundangan kita lemah dan tidak bermaya, atau dalam erti kata lain, tidak mampu memformulasi dan membangunkan satu sistem perundangan yang lebih baik berbanding ECL?

Beliau telah menggesa supaya ECL digantikan dengan undang-undang 'common' kita sendiri.

Teguran Hakim Besar itu dilaporkan dengan meluas dalam akhbar-akhbar harian seluruh negara. Bagaimanapun, yang anehnya ramai yang memberikan komen positif, termasuk beberapa pemimpin politik. Dalam pada itu ada juga ketidakpuashatian dari bebarapa pihak yang menyifatkan gesaan untuk penggantian itu sebagai 'tidak berasas.'

Apakah itu English Common Law (ECL)? Secara ringkas, ia merujuk kepada amalan adat yang tidak bertulis berdasarkan keputusan hakim-hakim sepanjang beberapa abad di England, iaitu undang-undang yang diperolehi daripada adat dan kes contoh (preseden). Ini termasuk peraturan ekuiti, dan kemudiannya, pelbagai undang-undang am yang di maju dan ditadbirkan di negara tersebut.

Penjajah British telah memperkenalkan rang undang-undang ini di Malaysia menerusi beberapa perjanjian dengan pemerintah tempatan dan kemudiannya disusuli dengan pembentukkan undang-undang serta keputusan oleh hakim-hakim Inggeris atau hakim-hakim yang terlatih dalam selok-belok sistem perundangan Inggeris.

Gesaan Ahmad Fairuz itu mengulangi satu lagi gesaan yang dibuat oleh bekas Hakim Besar, Tun Abdul Hamid Omar (pada 1990), di mana beliau melahirkan pendapat yang agak sama. Tun Abdul Hamid berkata memandangkan Malaysia sebuah negara merdeka, amalan merujuk kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti dengan alasan ia selari dengan kehendak s.3, CLA tidak dapat dipertahankan di segi politik. Beliau selanjutnya berkata s.3 perlu dimansuh atau dibetulkan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan pendirian pakar perundangan terbilang allahyarham Professor Ahmad Ibrahim. Ramai akan mengakui bahawa allahyarham bukan saja pengasas tetapi juga penggerak utama idea berkenaan. Allahyarham juga telah memberikan inspirasi kepada ramai tokoh-tokoh lain.

Allahyarham Professor Ahmad pernah menulis bahawa s.3 dan 5 CLA perlu dibetulkan dengan cara memansuhkan rujukan kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti yang ditadbirkan di England.

Allahyarham dengan tegas mencadangkan supaya kita sebaliknya merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di Malaysia dengan cara menggunakan undang-undang sendiri dan dengan memberi keutamaan kepada suasana dan penduduk tempatan. Tambah allhayarham, dengan cara ini kita akan mampu mewujud dan membangunkan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Common Law (MCL).

Allahyarham Profesor Ahmad juga mempersoalkan s.3 CLA itu sendiri. Menurutnya s.3 CLA seharusnya membenarkan pembentukan dan pembangunan MCL. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa "undang-undang 'common' yang dimaksudan, termasuk segala peraturan ekuiti dan statut-statut aplikasi am akan hanya boleh diguna-pakai sekiranya keadaan di negeri-negeri Malaysia dan penduduk membenarkannya, tertakluk kepada kelayakan dan keperluan setempat ."

Dengan ini maka jelaslah peruntukan dalam CLA tidak semestinya diikuti secara literal atau membabi-buta. Dalam pada itu peruntukan yang sedia ada jelas menunjukkan bahawa pihak penggubal sememangnya mahukan supaya kita membangunkan undang-undang 'common' sendiri. Oleh yang demikian, memang ada asas bagi kita mewujudkan MCL.

Tetapi malangnya, Allahyarham Profesor Ahmad menyesali bahawa walaupun kesemua hakim mahkamah sivil kita, dari paling bawah hingga ke paling atas di lantik daripada kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkan minat atau menggunakan kebolehan masing-masing untuk membetulkan ECL bagi menyesuaikannya dengan keadaan tempatan.

Sekiranya ada apa-apa pengubahsuaian, yang sememangnya jarang sekali berlaku, ia dilaksanakan dengan cara menolak undang-undang Inggeris berkenaan dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris yang lain. Jadi, walaupun kita telah merdeka, hakim-hakim tempatan, para peguam dan penggubal undang-undang masih belum merdeka. Kita masih terikat dengan undang-undang Inggeris dan keputusan-keputusan mahkamah di negara tersebut.

Ahmad Fairuz memberi sokongan penuh kepada usaha untuk memansuh atau membetulkan CLA. Beliau berkata ia perlu dilaksana menggunakan apa jua kaedah pengubahsuaian yang perlu dan boleh digunakan selaras dengan semangat dan perspektif yang diperjuangkan oleh Allahyarham Profesor Ahmad.

Agak sukar untuk kita memahami mengapa ada di kalangan kumpulan-kumpulan orang 'terpelajar' – sama ada dalam ukhwah perundangan atau di luar, yang masih enggan melepaskan ECL. Allahyarham Profesor Ahmad dengan berani dan tegasnya menyatakan bahawa pengwujudan MCL semestinya berdasarkan undang-undang asas negara, iaitu Islam dan adat Melayu.

Beliau mendapatkan sokongan daripada keputusan mahkamah dalam kes Ramah lwn Laton (1927), yang didengar oleh seorang hakim Inggeris. Apakah ini bentuk raison d'etre (sebab kewujudan) bagi penolakkan dalam kes tersebut?

Untuk mempertahankan kesahihan tanggapan ini adalah tidak berasas dan akan menggalakkan rasa takut akan perkara-perkara yang tidak diketahui selain menyebabkan sentimen anti-Islam semakin terserlah. Daripada segi sejarah, adalah logik, dan tidak ada sesiapa pun boleh membantah bahawa undang-undang asas mana-mana negara perlu dikaitkan dengan kebenaran daan keadilan.

Semua harus memahami bahawa Islam daripada sudut teologi berbeza daripada agama-agama lain. Bagaimanapun, pandangan dunia (worldview) Islam lengkap dan daripada aspek etika, moral, sistem nilai dan prinsip perundangan, ia mempunyai banyak persamaan dengan lain-lain agama. Terdapat banyak faham keselarian (parallelism) di antara Islam dan lain-lain agama terkemuka dunia dalam konteks ini.

Jadi, apabila kita bercakap tentang Undang-Undang ' Common' Malaysia, apa yang dimaksudkan ialah pengwujudan dan pembangunan satu sistem undang-undang berdasarkan nilai-nilai etika, moral dan perundangan yang dikongsi oleh pengikut agama-agama lain.

Mungkin ada beberapa nilai dalam tradisi perundangan Inggeris yang tidak sesuai dengan pegangan moral kita di Malaysia. Sememangnya berbandingkan elemen-elemen inilah maka kita perlu bersatu.

Inilah semangat yang harus dipegang dan disemat di dalam hati apabila kita mendebatkan pemansuhan rujukan kepada undang-undang luar. Dalam konteks ini, apa jua cadangan untuk menggunakan mana-mana ajaran teologikal ke atas pengikut agama lain tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada asas pertimbangan.

Bagi mewujudkan satu sistem undang-undang 'common' dalam masyarakat majmuk, asas yang seharusnya digunakan ialah Islam, dan sedikit sebanyak, adat-adat Melayu.Ini tidak seharusnya diertikan sebagai penafian peranan serta sumbangan agama dan kaum lain. Sumbangan atau input daripada budaya dan adat-adat lain juga akan dapat memberikan sumbangan ke arah mewujudkan cara hidup yang lebih harmoni dan aman di negara yang tercinta ini.

Mungkin lebih tepat ialah bagi kita menggunakan istilah 'Malaysianisasi' bagi usaha pengwujudan dan pembangunan Undang-Undang 'common' Malaysia.

Penulis adalah Fellow kanan/Pengarah di Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

Friday, September 14, 2007

MCA up-righting negative discrimination

From Publius Melayu

The MCA has expressed fears that non-Malays will be sidelined if hiring quotas are enforced.

At least two grassroots leaders have stridently spoken out to oppose the government's requirement for public listed companies (PLCs) to provide a breakdown of their staff by race.

Kota Melaka MP Wong Nai Chi has issued a statement that non-Malay companies were worried that they would be forced to meet racial quotas for staff. The statement by Wong is quite telling, if not bringing things out into the open about the practice of racial discrimination in the staffing of PLCs.

The fact that non-Malays are crying foul over this only gives cogent explanation to the hidden practice of not considering Malays for positions over preference for non-Malays due to assumed and misguded incapabilities of the former.

By questioning such an arrangement, which was wrought following a study of the state of imbalance in the economy with reference to staffing ratio, the MCA is representing a scenario and status quo that speaks of another form of discrimination.

MCA Youth Economic Bureau chief, Datuk Henry Wong said the private sector relied solely on its own resources to hire personnel who can work most efficiently and productively for the company.

Just what did he mean by that? Is he implying that the Malays are below par in efficiency and productivity in the private sector? This kind of presumption is not doing any more good to improve the lot of the private sector staffing needs.

Lets look at the reality of the situation. This remedy needs to be invoked as it is for the good of the country and our well-being. Perhaps, it will only look threatening and discriminatory if one looks at it from blinkered perspectives based on morally corrupt views of equality in a country like Malaysia.

Kuota pengambilan pekerja syarikat awam: MCA membela diskriminasi negatif


Dipetik dari Publius Melayu

MCA telah melahirkan kebimbangan kaum bukan Melayu akan tersisih sekiranya kuota pengambilan pekerja dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin akar-umbi parti itu kini mempersoal dan menentang syarat kerajaan supaya syarikat-syarikat awam mendedahkan analisis sebenar nisbah kakitangan mengikut kaum.

Ahli Parlimen Kota Melaka Wong Nai Chin mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat-syarikat awam bimbang mereka akan dipaksa memenuhi kuota tersebut. Kenyataan Wong itu berbaur diskriminasi selain mendedahkan amalan selama ini di mana syarikat-syaraikat awam seringkali mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja.

Dengan tindakan membantah dan bersuara lantang mengenai perkara ini, ia jelas sekali memberi kesahihan kepada tanggapan diskriminasi di mana calon-calon Melayu yang memohon mana-mana jawatan diketepikan untuk memberi peluang kepada yang bukan Melayu. Amalan ini berlaku kerana didorong andaian dan persepsi pincang majikan syarikat-syarikat awam bahawa calon berbangsa Melayu tidak berkebolehan dan tidak layak untuk diambil bekerja.

Juga dengan mempersoalkan perkara yang telah dikaji dan diselidik berdasarkan fakta-fakta terperinci oleh kerajaan ini, MCA seolah-olah mempertahankan pendirian asal yang sememangnya berbaur diskriminasi.

Ketua Biro Ekonomi Pemuda MCA, Datuk Henry Wong berkata sektor swasta hanya bergantung pada sumber sendiri dalam soal pengambilan pekerja, dan dalam konteks ini mereka akan hanya mengambil calon yang paling efisien dan produktif.

Apa sebenarnya yang di maksudkan oleh Ketua Biro Ekonomi MCA itu? Apakah dia membayangkan seolah-olah orang Melayu tidak setaraf daripada segi kecekapan dan produktiviti dalam sektor swasta? Tanggapan seperti ini tidak akan dapat mencorakkan agenda dan suasana pengambilan pekerja di kalangan syarikat-syarikat awam.

Lihatlah kepada realiti keadaan masakini. Sesuatu penyelesaian perlu diambil segera demi negara dan kesejahteraan semua bangsa. Perkara-perkara seperti ini akan hanya ditafsirkan sebagai diskriminasi jika seseorang itu melihatnya dari perspektif dan pandangan sempit serta korup di segi moral dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Tuesday, August 28, 2007

Kanak-kanak bawah umur sebagai blogger sosio-politik? Apakah Jadahnya?

Dipetik dari blog Publius Melayu


Pada 25 Ogos baru-baru ini kira-kira 100 orang blogger telah mengadakan perjumpaan di sebuah rumah di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang sekali gus di namakan Blog House (Rumah Blog) itu antara lain menjadi saksi kepada pelancaran satu lagi pergerakan penulis blog yang dinamakan Pelitar (singkatan untuk Penyanyang Legasi dan Inspirasi Tunku Abdul Rahman).

Matlamat Pelitar ialah untuk membawa aspirasi Bangsa Malaysia ke seluruh pelusuk negara. Antara yang hadir pada majlis tersebut termasuk beberapa ahli politik seperti Dato' Zaid Ibrahim dan Tony Puah. Turut hadir Malik Imtiaz (peguam dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, HAKAM), profesor Undang-Undang Universiti Malaya Azmi Shahrom, Jeff Ooi yang baru menjadi ahli DAP, Nuraina Samad, Marina Mahathir, Nathaniel Tan, Zaharin Yasin, Ahiruddin Atan (Rocky) dan ramai lagi.

Pada dasarnya tujuan Pelitar dilihat sebagai sesuatu yang baik demi perpaduan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, apabila dilihat di sebalik 'misi' persatuan ini berdasarkan barisan penyokong-penyokong utamanya, seseorang yang bermaklumat mungkin akan agak tersentak dengan pelbagai persoalan.

Mungkin ada yang mempersoalkan kehadiran individu seperti Jeff Ooi, Zaharin Yasin, dan Tony Puah, antara lain. Mereka ini masing-masing pernah berada di tengah-tengah beberapa kancah kontroversi . Zaharin, memang ramai yang dah tahu. Dia dipecat dari UMNO dan kini jelas menggadaikan maruahnya dengan bertopengkan sebagai aktivis keadilan dan penentang rasuah. Pada yang mengenali Zaharin, tidak payah untuk merumuskan apa agenda beliau sebenarnya di situ.

Masing-masing yang berada di majlis tersebut jelas mempunyai agenda tersirat sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Mengapa mereka duduk semeja? Adversity brings us together adalah ungkapan Inggeris yang amat sesuai untuk mentafsirkan keadaan ini. Ia bermaksud matlamat penentangan musuh yang sama membawa mereka kepada perpaduan. Dalam erti kata lain, walaupun agenda masing-masing berbeza, namun mereka kesemuanya menganggap musuh yang dihadapi adalah entiti yang sama .

Di antara tokoh-tokoh yang hadir ada yang mempunyai agenda dan perjuangan yang kita tidak dapat menafikan sebagai untuk kebaikan Malaysia secara amnya. Tetapi ada juga sebahagian besar yang kita tahu hanya bermuka-muka walhal misi sebenar mereka ialah ke arah kehancuran perpaduan bangsa dan negara demi meraih sokongan bagi agenda politik masing-masing.

Mereka dalam kategori kedua ini menganggap diri sebagai begitu terhormat dan mulia walhal realitinya amat bercanggah. Penubuhan pelitar sebagai pemangkin usaha perpaduan konsep Bangsa Malaysia jelas sudah tercemar daripada mula.

Keadaan ini menjadi semakin menjijikkan apabila terdapat beberapa anak sekolah di bawah umur yang turut digembeling tenaga dalam memperbanyakan suara dan 'variety' dalam pergerakan tersebut. Jika ditanya, kemungkinan besar kesemua ahli dewasa dalam kumpulan itu akan menjelaskan bahawa kanak-kanak itu menawarkan diri mereka secara sukarela. Di antaranya termasuk adik Aisyah (anak kepada seorang aktivis dan blogger) yang masih berusia 11 tahun dan Aiman 12 tahun.

Kedua-dua kanak-kanak ini diterima sebagai cadre kumpulan aktivis blogger secara sebulat suara. Blogger-blogger dewasa tidak sedikit pun mengambil peduli akan eksploitasi juvena sebegini. Apalah yang kedua-dua kanak-kanak ini tahu tentang politik jika tidak disogok dan ditanam dengan idealisme oleh penjaga dan orang dewasa di kalangan mereka?

Aisyah mempunyai blog sendiri, iaitu ' Yea, Sure, Whatever.' Klik di sini untuk melihat blognya. Tidak, adik Aisyah adalah seorang daripada generasi yang bakal mewarisi negara ini. Penapakkannya amat dibanggakan, tetapi risiko dipengaruhi agenda dan ide-idea negatif mentor yang sekumpulan dengannya amat dikhuatiri.

Pada mereka yang cuba mempertahankan kesediaannya untuk mula mengasah bakat sebagai aktivis blog, saya rasa cubalah di kaji semula rancangan ini. Aisyah pada usia 11 tahun memerlukan segala kebebabasn untuk membesar dengan sihat sehingga mencapai usia kedewasaan di mana dia akan sendiri dapat menilai keadaan.

Kita marah apabila anak-anak berusia semuda ini 'diperalatkan'. Ia begitu berbahaya dan tidak bertanggung-jawab. Kita pernah marah satu ketika dulu apabila ada ibu-bapa yang menghasut anak-anak kecil mereka meludah dan memijak gambar Tun Mahathir. Apakah bezanya senario itu dengan senario yang bakal diharungi oleh adik Aisyah ini?

Sememangnya setakat ini blog adik Aisyah tidak berbaur partisan politik atau ideologi negatif, malahan begitu mulia sebagai anak Bangsa Malaysia. Tetapi apakah jaminan yang status quo itu akan kekal?

Wednesday, August 22, 2007

Islam - Antara Melayu dan Cina


Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN (Mufti Perlis)

KADANG kala penggunaan istilah yang salah boleh membawa kesan yang sangat buruk kepada kefahaman orang lain terhadap sesuatu perkara. Lebih malang lagi jika ia membabitkan kefahaman orang terhadap agama.

Dalam pemerhatian saya, antara fahaman yang buruk yang membabitkan agama ialah menjadikan Melayu nama ganti kepada Islam, dan Cina sebagai ganti kepada kafir.

Maka ada orang melayu yang menyatakan kepada orang yang baru menganut Islam "masuk Melayu", atau kadang kala mereka sebut "bukan Islam, Cina!!". Seakan-akan bagi mereka Cina mewakili kafir, Melayu mewakili Islam. Sehingga lebih buruk lagi apabila mereka melabel sepanjang hayat seorang bukan Muslim yang berbangsa Cina jika menganut Islam sebagai mualaf , lebih buruk dalam loghat utara 'mat loh'.
 
Seakan-akan hanya Melayu sahaja yang dapat jadi Muslim sejati, adapun seorang Cina walau macamana kuat pun Islamnya, dia tetap dianggap sebagai menumpang atau 'tidak asli'. Padahal banyak orang Cina yang menganut Islam dan keIslaman mereka begitu baik, dan berapa banyak pula orang Melayu yang lahir dalam keluarga Muslim, namun keIslaman mereka harus dan wajar dipertikaikan.

Kain pelikat, baju Melayu dan sampin bukan pakaian Nabi s.a.w. Namun orang Melayu menganggap ianya pakaian berunsur agama, kerana ia budaya Mmelayu. Ya! Islam juga tidak menghalang budaya yang tidak menyanggahi nas-nasnya. Namun seketika dahulu orang Melayu menganggap salah jika makan dengan 'cop stick', kerana menyamai budaya orang Cina.

Walaupun tiada beza antara makan dengan cop stick dengan makan menggunakan sudu dan garpu Inggeris. Apa yang Nabi s.a.w. suruh ialah menyebut nama Allah, menggunakan tangan kanan dan makan bahagian yang sudah diperuntukkan, atau yang hampir.

Ini seperti sabda Nabi s.a.w kepada 'Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil: "Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang Melayu akan suruh orang Cina yang menganut Islam menukar nama mereka, lalu diganti dengan nama Arab. Seakan nama seperti Ah Chong, Ah Seng, Lim, Koh, mewakili kekufuran. Mungkin kerana tidak berbunyi Arab, lalu orang Melayu rasa janggal.

Malangnya orang Melayu tidak merasa janggal dengan nama Awang, Leman, Seman dan yang seumpamanya yang semuanya bukan bahasa Arab. Bahkan banyak nama Melayu yang tidak ada makna pun dalam bahasa Arab. Lebih daripada itu, ada yang maknanya buruk jika diterjemahkan ke dalam dalam bahasa Arab.

Pun tidak mengapa kerana itu nama-nama pilihan Melayu. Apakah Melayu itu Islam, Islam itu melayu?!. Nabi s.a.w sendiri tidak menyuruh mereka yang menganut Islam pada zaman baginda mengubah nama, melainkan nama-nama yang membawa makna yang tidak baik. Nama 'Umar itu sejak zaman jahiliyyah lagi dan itulah namanya apabila dia menganut Islam. Demikian juga kebanyakan para sahabah yang lain.

Saya tidak membantah orang Cina yang ingin mengubah nama. Apatah lagi jika dengan mengubah nama itu menjadikan mereka kelihatan hampir dengan masyarakat Islam di seluruh peringkat. Namun mereka mesti diberi pilihan. Jika mengubah nama menjadikan orang Cina yang non-Muslim takut untuk menganut Islam, seakan terbuang dari keluarganya yang asal dan hilang hubungan kerabat, apa salahnya mereka kekal dengan nama asal?!. Jika Awang boleh kekal, mengapa Ah Chong tidak?!.

Anggapan yang men'seiras'kan Islam dengan watak Melayu sangat buruk kesannya dalam banyak hal. Apatah lagi apabila watak bangsa Melayu sekarang sebahagiannya bertentangan dengan Islam. Sementara banyak watak bangsa Cina banyak padanya akhlak dan tabiat yang dipuji oleh Islam. Cumanya kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan, ramai orang Melayu beriktikad dengan akidah Islam berbanding dengan orang Cina di Malaysia ini. Aqidah yang sahih adalah penyelamat utama kehidupan akhirat.

Namun tidak boleh dinafikan, ramai Melayu yang hanya bernama dengan nama seorang Muslim, sedangkan keimanannya kepada Allah dan RasulNya kadang-kala telah lama musnah. Betapa banyak melayu melakukan syirik, mempersendakan hukum-hakam Allah dan sunnah RasulNya. Melayu jenis ini hanya bernama dengan nama Muslim, tetapi tidak berada dalam daerah iman, atau dalam kata lain terbatal imannya.

Orang Cina pula, disebabkan fonomena sejarah, menjadikan majoriti mereka tidak menganut Islam di Malaysia ini. Seruan Islam mungkin tidak jelas sampai ke pengetahuan mereka. Ditambah lagi orang Melayu yang menganut Islam ini tidak menyampaikan dakwah yang jelas.

Sebaliknya dalam banyak hal mempertontonkan kepada mereka watak-watak yang menyanggahi Islam. Orang Melayu boleh berbincang bermacam-macam perkara dengan orang Cina, termasuk mengajak undi parti pilihan mereka. Namun mereka tidak mampu membincangkan mengenai kehebatan Islam, dan mengajak orang Cina menganut agama pilihan mereka.

Bahkan sikap-sikap Melayu yang banyak tidak seiras dengan Islam telah menjadikan sebahagian besar orang cina salah faham terhadap Islam, atau merasa jelek untuk menganut Islam.

Sifat 'tidak rajin', kurang berusaha, berdendam kesumat dan seumpamanya adalah sifat-sifat yang diperangi oleh Islam. Malangnya, banyak sifat-sifat ini terlihat pada diri masyarakat Melayu. Ramai pelajar Melayu yang lemah serta ketinggalan dalam pelajaran dan ilmu pengetahuan. Jika mereka bersaing dengan pelajar Cina, samada di sekolah atau universiti, dalam banyak keadaan pelajar Melayu kecundang.

Hinggakan dalam persoalan ilmu-ilmu Islam, orang Melayu tidak berminat dengan ilmu Islam yang tulen.  Mereka lebih minat cerita-cerita Israiliyyat, cerita dongeng, petua-petua yang tidak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka lebih suka maklumat yang diperolehi secara mudah tanpa fikir dan kaji. Perpustakaan-perpustakaan awam dan buku-buku, nisbah orang Melayu yang menggunakannya dan membaca masih lagi nipis.

Lebih buruk lagi, dalam masa pelajar-pelajar Cina berusaha dalam pelajaran mereka, pelajar-pelajar Melayu ramai pula yang cuai. Namun begitu apabila hampir kepada tarikh peperiksaan sesetengah ibubapa Melayu akan mencari kismis jampi atau air jampi ustaz untuk menghasilkan keputusan yang cemerlangan. Hasilnya, apabila keputusan peperiksaan keluar, pelajar yang berusaha tentu lebih cemerlang daripada yang hanya bergantung dengan air atau kismis jampi.

Kalau orang Cina yang belum Islam tersalah faham tentang Islam dengan menganggap perbuatan pelajar Melayu yang bergantung dengan air yang dianggapnya agama Islam, lalu mendapat keputusan yang kurang baik daripadanya, tentu dia menolak Islam.
Islam tidak mengajar hanya berjampi untuk menjadi cerdik. Dalam hadith ada beberapa orang sahabah yang dido`akan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan ilmu dan kepandaian.

Antaranya tokoh sahabah yang masih muda Ibn 'Abbas r.a.huma yang baginda doakan untuknya : "Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari). Ibn 'Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn 'Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek, sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu.

Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn 'Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti 'Umar ibn Khattab, 'Ali, Mu'az, bapanya sendiri iaitu 'Abbas, 'Abd al-Rahman bin 'Auf, Abu Sufyan, Abu Zar, Ubai bin Ka'b, Zaid bin Thabit dan lain. Berguru al-Quran dengan Ubai bin Ka'b dan Zaid bin Thabit. (lihat: al-Zahabi, Siyar 'Alam al-Nubala`, 3/332-337, cetakan: Maktabah al-Risalah, Beirut).

Ertinya terlaksananya kehendak Allah dengan peraturan yang Allah tentukan untuk alam ini, iaitu sebab musabab. Ilmu datang dengan usaha dan kesungguhan. Para ulama seperti al-Imam al-Bukhari (w. 256H), al-Imam al-Syafi'I (w. 204H), Ibn Taimiyyah (w. 728H) dan seumpama mereka mereka menjadi jaguh ilmu setelah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Ditanya al-Imam al-Syafi'i. Dalam Tawali al-Ta`nis bi Ma'ali Muhammad bin Idris karangan Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H); kata Ibn Abi Hatim: "Aku mendengar al-Muzani (murid besar al-Imam al-Syafi'I) berkata: "Ditanya kepada al-Syafi'I: Bagaimana perasaan inginanmu terhadap ilmu?. Jawabnya: "Apabila aku mendengar satu perkataan yang belum pernah aku dengar, maka seluruh anggota inginkan jika mereka memiliki pendengaran agar dapat menikmati apa yang dinikmati oleh kedua telinga". Bagaimana halobamu terhadap ilmu?. Jawabnya: "Seperti haloba pengumpul harta yang begitu menjaganya dalam mencapai kelazatan hartanya". Bagaimana keadaan engkau mencari ilmu?. Jawabnya : "Seperti pencarian seorang wanita yang kehilangan anak tunggal".


Demikianlah juga Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang disebut oleh muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim (w. 751H) bahawa karangan gurunya mencapai 350 buku. Beliau dikatakan sentiasa mendampingi ilmu. Hidupnya dengan ilmu. Dalam Raudah al-Muhibbin Ibn al-Qayyim menyebut : "Syeikh kami (Ibn Taimiyyah) menceritakan kepadaku: "Apabila aku sakit, tabib menyatakan kepadaku : "Sesungguhnya mentelaahmu dan cakapmu dalam ilmu pengetahuan menambahkan sakitku". Jawabku: "Sesungguhnya aku tidak sabar untuk itu. Aku ingin menilai pandanganmu dengan ilmu perubatanmu; tidakkah jiwa apabila ia gembira dan suka maka tabiatnya menjadi kuat dan menolak penyakit?". Jawab dia: "Ya". Aku berkata: "Sesungguhnya diriku bergembira dengan ilmu, maka tabiatnya menjadi kuat, lalu aku mendapati kerehatan".

Demikianlah para ulama yang cemerlang. Mereka tidak bergantung kepada air jampi atau pensel dan pemadam jampi sebelum memasuki peperiksaan. Juga tidak air surah Yasin yang masyarakat melayu sering meminum airnya dengan melupakan kandungan ayat-ayatnya. Generasi lalu cemerlang kerana mementingkan ilmu dan ikhlas kepada Allah dalam menuntutnya. Bukan hanya mementingkan sijil. Sikap mereka yang ikhlas terhadap ilmu dan berusaha agar benar-benar cemerlang dalam bidang yang diceburi membawa Islam gemilang dan terbina tamadun ilmunya.

Ramai anak Melayu yang hanya mementingkan sijil tetapi tidak kualiti ilmunya. Akhirnya ramai yang mendapat sijil, namun tidak tertonjol kualitinya. Maka lahirlah golongan yang tiada sijil dan ada ilmu, dalam masa yang sama yang lebih malu ialah golongan yang ada sijil, tiada ilmu. Ini kerana mungkin mereka membaca sekadar untuk menjawab peperiksaan, apabila tamat peperiksaan ilmu pun hilang. Kalaulah air jampi benar-benar berfungsi tanpa perlukan kesungguhan ilmu tetapi akan betul dalam peperiksaan, maka itu tentu akan melahirkan lebih ramai pelajar lulus atau berjaya tanpa ilmu.

Kita kadang-kala patut memuji masyarakat Cina. Ada anak-anak orang Cina yang tidak tinggi persekolahan mereka, tetapi mempelajari sesuatu bidang dengan tekun sekali tanpa sijil. Mereka samada mewarisi ilmu ibu-bapa mereka, atau membelajarinya secara praktikal daripada orang lain. Maka ramai mekanik cina yang sijilnya tidak tinggi tetapi maju. Demikian juga kebanyakan taukeh-taukeh besar Cina yang pakar dalam berbagai-bagai bidang peniagaan sekalipun tanpa sijil rasmi. Mereka terus mencari peningkatan.

Tabiat kesungguhan ini adalah sesuatu yang disukai oleh agama. Agama menggalakkan agar kita sentiasa bergantung kepada Allah dan menambah ilmu. Firman Allah (maksudnya) "Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu" (Surah Taha:113).

Walaupun ustaz Melayu dan orang Melayu selalu membaca hadith palsu "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China" (Ini hadith yang palsu seperti yang disebut oleh para ulama. Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa` 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh.). Orang Cina tidak membaca hadith palsu ini, namun mereka bertungkus lumus menuntut ilmu. Budaya membaca di kalangan orang Cina lebih kuat daripada orang Melayu.

Islam agama yang hebat. Agama yang mengajar penganutnya amanah, dan tepat janji. Kalau seorang berniaga dia amanah dan tepat. Islam pentingkan kebersihan sehingga mensyaratkan kesucian dan kebersihan di dalam solat seorang Muslim. Diharamkan perkara yang keji atau jelik. Diharamkan mendatangi isteri ketika haid. Diharamkan bangkai dan kekotoran. Ini semua membimbing seorang hidup Muslim. Lihat firman-firman berikut :

Firman Allah dalam menggambarkan ciri-ciri mukmin sejati : (maksudnya) "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya" (Surah al-Mu`minun:8)

Firman Allah tentang mengharamkan perkara-perkara yang jelik (maksudnya) : "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-'Araf :157)


Sabda RasululLah s.a.w : "Jauhilah neraka walaupun dengan (bersedekah) setengah biji tamar. Jika kamu tidak dapati, maka dengan perkataan yang baik". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam perniagaan jika ruh dan semangat ini dibawa bersama, tentu orang Melayu yang beragama Islam akan maju. Kedai atau perniagaannya tentunya bersih, barangannya terjamin halal, janjinya tepat, dan penampilannya di hadapan pelanggan memuaskan hati. Ini membawa keberkatan dan sekaligus dengan izin Allah kemajuan dalam perniagaannya.

Malangnya, ramai Melayu yang tidak mengambil ruh Islam dalam usahanya, sebaliknya ada yang percayakan kemunduran perniagaannya hanya kerana "buatan orang" atau "angkara dibomohkan".

Saya tidak menolak wujudnya sihirnya. Al-Quran dan al-Sunnah mengakui kewujudannya dengan izin Allah. Namun setiap kali seseorang itu tidak laris atau bermasalah, dikaitkan dengan sihir yang sebahagian besarnya adalah dogengan bomoh, lalu dituduh orang itu dan ini. Beratus, mungkin beribu ringgit pulak terpaksa dibelanjakan untuk menaja jampi penangkis daripada bomoh-bomoh yang dianggap handal. Saya pernah ke sebuah kedai makan, lalu dia mengadu kepada saya bahawa kedainya kena sihir sehingga tidak laku.

Saya secara kebetulan –alhamdulillah- mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sihir dan cara mengatasinya, mendapati tiada kesan-kesan boleh diangggap begitu. Sebaliknya, apa yang saya dapati, pengurusannya lembab, kurang bersih dan makanannya tidak enak. Dia melupakan ini semua lalu menuding jari ke pihak lain. Kalau benar ada bomoh yang hebat sehingga membangkrapkan peniagaan orang lain, suruh sahaja dia membangkrap barangan Amerika, tidak susah-susah kita nak boikot.

Bagaimana mungkin dalam keadaan seperti ini orang Melayu ingin membawa Islam kepada orang Cina yang belum muslim dan menceritakan Islam telah membentuk insan menjadi berkualiti. Sebaliknya, ramai peniaga Cina jika dibandingkan dengan peniaga Melayu lebih berkualiti pengurusannya dan menampilkan ciri-ciri yang boleh dibangga oleh pelanggan.

Sehingga ramai orang Melayu sendiri lebih percaya dalam banyak perkara kepada kualiti peniaga Cina daripada bangsanya sendiri. Di mana 'Abd al-Rahman bin 'Auf , sahabi yang selalu dicanangkan sebagai contoh kepada umat Islam dalam perniagaan?.
Mungkin orang Cina yang majoritinya bukan Muslim lebih menghayati watak tersebut daripada Melayu.

Kebelakangan ini sudah agak ramai orang Melayu yang terlibat dengan perniagaan dan menghasilkan keluaran sendiri. Namun jika kita perhatikan ianya masih dalam lingkungan yang sama. Kebanyakannya keluaran orang Melayu masih berkaitan dengan ubat. Paling tidak dilupai ubat tenaga batin. Ada yang jual kismis jampi, kononnya dengan memakan akan jadi jadi cerdik dan bijak. Sebenarnya tiada satu hadith yang sahih pun yang menyebut demikian.

Namun apa yang saya bimbang, orang akan menganggap orang Melayu kebelakangan ini penuh dengan berbagai penyakit badan dan kelemahan akal. Dimanakah tanggungjawab fardu kifayah untuk memenuhi umat jika perniagaan kita masih sekitar "tenaga batin?".

Dalam ceramah agama, ada ramai juga ustaz-ustaz Melayu masih lagi bermodalkan cerita dongeng dan kartun. Di samping riwayat Israiliyyat dan hadith-hadith palsu yang dibaca di dalam masjid dan surau, mereka menokok tambah kejadian-kejadian pelik untuk menarik perhatian pendengar. Cerita mayat jadi itu dan ini menjadi modal murahan.

Dengan tidak dinafikan Allah mampu melakukan segala-galanya, namun sejarah menunjukkan Allah tidak bertindak kepada umat NabiNya yang akhir seperti mana kepada umat yang sebelumnya. Kalau Allah mahu, tentu mayat Abu Jahal, atau Abu Lahab terlebih dahulu akan menjadi contoh. Kedua-dua tokoh kekufuran itu, tidak juga mati terkejut, atau kerana penyakit misteri disebabkan kejahatan mereka. Sebaliknya kaum musliminlah yang berjihad dan menghapuskan keduanya di medan pertempuran. Islam meminta usaha, bukan menunggu tindakan Allah tanpa usaha.

Firman Allah mengenai cabaran musyrikin terhadap Nabi s.a.w (maksudnya): Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan bagi kami matair dari bumi. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?". Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?" (Surah al-Isra`: 90-94).

Demikian baginda s.a.w sendiri mampu membuat apa yang dicabar tanpa keizinan Allah. Mereka meminta langit berkeping-keping turun ke atas kepada mereka, namun menjawab "Aku hanya seorang insan yang diutuskan menjadi rasul".


Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana tidak pula memusnahkan kaum musyrikin dengan apa yang mereka minta, sebaliknya dijadikan kemusnahan mereka melalui sebab perjuangan golongan yang beriman. Apa yang pelik sesetengah ustaz atau penceramah agama itu membawa cerita yang jauh berbeza dengan tabiat sirah Nabi dan para sahabah.

Kononya orang ini mayatnya jadi begini kerana tidak datang masjid, atau kerana terlalu kedekut dan seumpamanya. Yang ini pula tangannya lumpuh, atau berpenyakit badan kerana tidak mahu pergi haji.

Mereka mengandaikan perkara yang tidak pasti. Boleh jadi seseorang yang sakit itu kifarah Allah ke atasnya kerana dosa tertentu. Namun boleh jadi juga di atas hikmah yang lain. Ramai orang salih juga sakit. Adapun cerita mayat jadi itu dan ini, kebanyakan andaian atau tokok tambah. Apa yang membimbangkan, ada media massa yang mengambil kesempatan lalu menjadikan tajuk-tajuk sebegini sebagai penarik pembaca setiap keluarannya.

Sehingga seorang Cina yang bukan Muslim membaca dan berkata: "Teruknya orang Melayu, mati macam-macam jadi. Kita orang Cina, Melayu cakap kafir pun tak jadi ini macam. Kalau macam ini tak boleh masuk Melayu punya agama laa. Bahaya! Nanti tuhan selalu marah punya, mati pun tak boleh senang".

Nyata, kadang-kala Islam Melayu merosakkan kefahaman orang lain. Sepatutnya kesemua ustaz mengajar secara ilmiah dengan rujukan yang muktabar dan diyakini. Bukan merekacipta, atau mengutip cerita-cerita di jalanan untuk popular.

Jumlah orang Melayu yang terlibat dengan dadah jauh lebih banyak daripada Cina. Sehingga saya begitu pelik, jumlah orang Melayu di Singapura lebih sedikit daripada orang Cina, namun begitu, jumlah mereka yang terlibat dengan 'benda haram' itu tetap dipegang rekodnya oleh orang Melayu. Bagaimana Islam hendak dikembangkan?.

Banyak lagi kalau hendak diperkatakan. Sehinggakan saya terfikir, kalaulah Melayu tidak memiliki aqidah Islam, tiada apa lagi yang istimewa untuk dibanggakan. Kalau orang Cina mendapat aqidah Islam yang sahih, banyak perkara yang mereka miliki membantu kekuatan Islam.

Justeru itu menjadi tanggungjawab kita berusaha mengislamkan majoriti orang cina. Biar mereka kuasai negara ini, asalkan mereka mukmin yang beriman kepada seluruh ajaran Islam.

Dengan sedar saya katakan setiap bangsa ada kekurangan dan kelebihan. Bukan tidak ada sifat-sifat Melayu yang baik, banyak juga. Bukan tidak ada sifat-sifat Cina yang buruk, ada. Namun orang Melayu yang kebanyakan dianugerahkan Allah Islam, sepatutnya menonjolkan ciri-ciri yang baik lebih jelas dan nampak dibandingkan orang cina. Namun realiti menunjukkan sebaliknya.