Bukan hanya di tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh kedengaran perkataan "liwat" dan "konspirasi", satu persembahan teater satira politik buah tangan sasterawan kritis Faisal Tehrani juga berdengung dengan ungkapan seumpamanya.
Persembahan di Universiti Malaya mulai malam ini berselang-seli dengan dialog menyindir peristiwa politik semasa seperti "correct, correct, correct", "anak ikan umur 23 tahun", "Mongolia" dan "model".
Sementara seorang pelakon lelaki bernama "Rosma" membawa watak seorang pereka kostum yang seumpama "pemuda lembut."
Sementara dalam beberapa babak, seorang watak membawa papan tanda "mubahalah" dan "konspirasi" ke atas pentas.
Bagaimanapun teater yang dipentaskan selama lima malam itu bukanlah tentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lawan politiknya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Persembahan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun di auditorium Akademi Pengajian Islam itu sebaliknya menceritakan pergolakan politik era kegemilangan kesultanan Melayu di Melaka.
Pratonton persembahan itu selama 90 minit untuk wartawan diadakan Sabtu lalu di tempat yang sama.
Pengarang prolifik ini berkata skrip teater yang dihasilkannya mengisahkan pergolakan dalam istana Melaka antara seorang sultan yang adil, telus dan ingin melaksanakan undang-undang Islam dengan kelompok "liberal-pragmatik" yang diwakili isteri keempatnya Tun Senaja, bangsawan istana dan golongan saudagar yang berkepentingan.
Ia dipersembahkan melalui lima watak, semuanya lelaki termasuk Tun Senaja, bergelut dalam tempoh dua jam sebelum mementaskan sebuah produksi teater purbawara tentang Sultan Melaka itu.
Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faisal Musa menambah, beliau ingin menyampaikan suara rakyat bawahan yang "tidak lagi percaya dengan semua kepimpinan politik" pada masa ini.
Teater itu diadaptasi daripada novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin yang dihasilkannya pada tahun lepas.
Penerbitan Akademi Sinema Amatur Malaysia ini diarahkan oleh pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr
Abu Hassan Hasbullah.
Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dibintangi oleh atlet olahraga acara lompat berpagar, Robani Hassan dan bintang Jonny Bikin Filem, Zack Idris.
Tiket berharga RM50, RM30 dan RM20 untuk awam dan RM15 untuk pelajar boleh dibeli di auditorium Akademi Pengajian Islam sebelum persembahan bermula.
Monday, August 25, 2008
Parodi pentas malam ini...
Sunday, August 24, 2008
Undi Anwar sama dengan undi DAP?
Mesej Lim Guan Eng kepad semua pengundi Cina di P.44 ialah " Undi Anwar sama dengan undi DAP."
Adakah orang Melayu di P.44 sedar? Bayangkan jika DAP semakin kuat sedangkan orang bukan Islam dalam PKR seperti Gobalakrishnan, Tian Chua, Ginnie Lim, Xavier Jayakumar & Sivarasa sama saja seperti DAP.
Pilihanraya Kecil di P 44 ini bukan hanya pasal Anwar Ibrahim. Ia akan menentukan samada Islam & Melayu boleh terus mendapat tempat dalam sektor awam & GLC atau ditentang habis-habisan.
Sesal kemudian tak berguna.
Anwar sokongan cadangan Bush untuk Palestin
The Washington Note melaporkan Anwar Ibrahim turut sama menandatangani deklarasi sokongan kepada Presiden Bush untuk membentuk kerajaan boneka Islam di Palestin.
Tandatangan Anwar itu dikemukakanr kepada Presiden Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika mengadakan "Deklarasi Annapolis Summit" di antara Palestin & Israel.
Deklarasi yang diusahakan Bush itu bersetuju untuk melantik Mahmod Abbas sebagai Presiden Palestin sah dan diiktiraf oleh rejim Israel.
Muslihat Amerika mengadakan deklarasi itu untuk mendapat pengesahan dari Palestin bagi mengesahkan penubuhan 'negara' Israel melalui perlantikan Presiden boneka Palestin.
Usaha licik Amerika & rejim Israel itu ditentang majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran, tetapi disokong Anwar Ibrahim bersama-sama tokoh-tokoh Amerika Syarikat.
Wednesday, August 20, 2008
Anwar Ibrahim sokong Salman Rushdie?
Dalam Majalah ASIAWEEK, 11 November 1993, ketika ditemubual oleh wartawan Roger Mitton, Anwar menyatakan sokongan terhadap Salman Rusdie, penulis buku 'The Satanic Verses.'
Kata Anwar, " Saya telah membaca "The Satanic Verses" dan bagi saya Salman Rushdie seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya (profound writer)."
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin Iran Ayatollah Khomenei mengenai buku tersebut, tetapi ia perlu diberi penelitian berikut.
Pertama karya tersebut merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa-apa hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh mahkamah...keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, masyarakat akan berasa terancam bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif"
Ini bermakna pemikiran Anwar sama seperti pemikiran Orientalis Barat dan Yahudi. PAS menyokong gesaan Khomenei supaya penulis dibunuh kerana menghina Rasulullah, tetapi Anwar membela Salman Rushdie walaupun menghina Rasulullah, berlandaskan KEBEBASAN BERFIKIR.
Ketika itu Anwar masih dalam UMNO. Patutlah PAS marah dgn UMNO.
Anwar pula janjikan 20% untuk masuk UiTM
Bahang kemarahan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum reda. Kalau Khalid hanya menawarkan 10% kemasukan bukan Melayu ke UiTM, Anwar pula menjanjikan 20%.
Malam tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya di pasar malam Seberang Jaya 2 membuka mulut pula menjanjikan kuota kemasukan 20% untuk bukan Bumiputera UiTM.
Kenyataan Ahli Parlimen Bebas dan bekas ketua kesatuan pelajar ITM pada tahun-tahun 70an, Dato Ibrahim Ali yang bersemangat mempertahankan status Bumiputera untuk UiTM dalam wawancara di Bernama TV semalam dicemik-cemikkan oleh Anwar.
Anwar tidak langsung sensitif dengan suara hati anak-anak Melayu di cawangan-cawangan UiTM seluruh negara yang menujuk perasaan membantah cadangan Khalid Ibrahim. Dia ketepikan perasaan kecewa puluhanhan ribu anak bangsanya dengan menuduh ia hanya caturan Naib Cansellor UiTM, Prof Dato Ibrahim Shah untuk mendapat lanjutan kontrak yang akan tamat.
Selain itu, Anwar juga mengulangi janji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina dan India, disamping jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Melayu yang sedia ada, jika dia menjadi Perdana Menteri.
Begitu sekali pemikiran Anwar kini. Seolah-olah dia bukan lagi orang Melayu hinggakan naluri semulajadinya berubah menjadi orang Malaysia tanpa mempunyai bangsa.
Atau mungkinkah Anwar mula terdesak kerana kesepian yang ditunjukkan oleh PAS hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi dari bukan Melayu?
Keengganan Anwar melakukan mubahalah dalam isu liwat mungkin telah mengubah perasaan simpati orang ramai hingga menjadi curiga terhadap sandiwara dan dolak dalihnya.
Dengan sokongan para pekerja PKR yang begitu bersungguh dan bersemangat, Anwar mungkin tidak menyedari rintihan dan kesusahan kaumnya di Pulau Pinang, termasuk di Permatang Pauh di bawah pemerintahan DAP. Pelbagai kemudahan dan bantuan untuk orang Melayu telah dihentikan demi 'polisi sama rata.'
Kalau di bawah Gerakan ada empat orang ahli Exco Melayu, kini hanya tinggal dua orang Melayu-Islam. Bagaimana dua orang dari parti yang begitu liberal dan mentah dalam pentadbiran boleh membela kaum Melayu yang rata-rata serba kekurangan di Pulau Pinang?
Bagi orang Melayu, baik UMNO atau PAS, UiTM adalah sebahagian daripada ikhtiar dan perjuangan untuk meberi peluang kepada kaum Bumiputera.
Jika sekadar berdasarkan pasaran bebas, meritokrasi dan persaingan, berapa kerat orang Melayu yang boleh mendapat pelajaran pengajian tinggi? Begitu juga dalam hal-hal professionalisme dan ekonomi.
Minda korporat Khalid Ibrahim yang begitu terpukau dengan kualiti, efisiensi komersial dan keupayaan bersaing hanya mampu sekadar mendedahkan kekecamukan pemikirannya. Dia tidak dapat membezakan di antara polisi dunia perniagaan dan polisi awam yang melibatkan bidang pendidikan dan sosial.
Apakah persaingan telah meletakkan dirinya di mana dia berada sekarang? Tentu tidak.
Tanpa dasar yang mempunyai toleransi kepada kegagalan apakah Khalid berupaya memiliki rumah RM16 juta di Damansara Heights atau rumah bungalow di Seksyen 16, Petaling Jaya yang dijadikan pejabat PKR?
Pemikiran komersial hanya mendahulukan keuntungan. Tidak terlintas dalam minda orang perniagaan untuk berbakti secara sosial dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib-baik atau membangunkan masyarakat. Dunia komersial hanya melihat manusia itu sebagai sumber dan bukan sebagai insan yang mempunyai pelbagai keperluan, keinginnan dan harapan.
Jelas sekali Anwar, Khalid dan PKR berada di alam impian yang jauh terpisah daripada realiti untuk mengharap agar jurang perbezaan di antara kaum boleh berlaku berdasarkan ekonomi bebas dan pendekatan "survival of the fittest" semata-mata.
Kaum yang lebih 30 tahun dulu hanya mempunyai kurang daripada 5% kekayaan dan pegangan ekuiti tanahair dan kini masih dalam keadaan bertatih tidak boleh diharapkan berlari untuk bersaing di sukan Olimpik.
Baik budak-budak Tingkat 4 atau pun "Parti Keldaikan Rakyat", masing-masing terlalu sempit pandangan kerana melihat polisi awam dari perspektif komersial dan pasaran bebas.
Untuk Melayu mendapatkan sesuatu keistimewaan seperti UiTM bukan proses yang mudah. Disebalik sesuatu kemudahan dan kelonggaran yang diperolehi oleh orang Melayu, ia adalah hasil penat lelah pengorbanan, perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan rakyat sebelum ini.
Banyak perundingan, tolak ansur dan pengorbanan perlu dibuat dengan kaum-kaum pendatang dan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.
Kemerdekaan tidak menjanjikan penduduk asal negara ini kemakmuran dan kesejahteraan. Orang Melayu dan bumiputera rata-rata masih dalam keadaan miskin, daif, dan serba ketinggalan. Kesusahan ini masih berterusan hingga terjadi satu rusuhan kaum yang membuka peluang untuk kita berunding bagi mendapatkan keistimewaan ini.
Kalau masih menggunakan pelampung untuk berenang di pinggiran pantai, jangan pula mahu ditarik pelampung untuk berenang ketengah. Kalau sudah tahu berjalan pun, jangan cepat mahu dibuang tongkat itu. Satu hari masih diperlukan. Kalau tidak pun, masih ramai yang memerlukan.
Inilah PKR.
Begitu rakusnya PKR gilakan kuasa hingga tidak menyedari 5 bulan sebelum ini mereka hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.
Kini mereka mahu menguasai kerajaan dengan apa saja cara hinggakan bangsa sendiri pun sanggup dijual walhal pemimpin-pemimpin utama PKR adalah pemimpin-pemimpin Melayu yang juga meraih kekayaan daripada dasar-dasar DEB dan hasil amalan kronisme Anwar.
Inikah yang mereka fahamkan dengan peribahasa "Membujur lalu melintang patah" yang mereka nyanyi-nyanyikan?
Tuesday, August 19, 2008
PAS menyepi di Permatang Pauh
Semasa penamaan calon Pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun, hanya Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan ayahnya, Kit Siang kelihatan ke hulu hilir mengiringi Anwar Ibrahim.
Ia seolah-olah membuktikan kemenangan Anwar begitu penting hanya kepada DAP selain Anwar sendiri. Berdasarkan ini maka DAP kelihatan seharusnya habis-habisan membantu Anwar menang di parlimen P44.
Malah di atas pentas utama, dua watak ini juga mengepung Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah. Tiada watak utama dari PAS yang hadir kecuali Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang merupakan anak didik Anwar. Di Permatang Pauh sendiri, belum ada satu pun Bilik Gerakan PAS dibina untuk menolong Anwar di Permatang Pauh. Apakah ini bunga tanda-tanda awal menunjukan PAS akan memboikot Anwar di Permatang Pauh?
Disusun dari blog Angin Perubahan
Monday, August 11, 2008
Tak perlu UMNO mengapi-apikan orang Melayu/Islam
Pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini menuduh UMNO bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai.
Itu kenyataan yang tidak benar. Isu cubaan Majlis Guaman mengadakan forum terbuka mengenai pengislaman sememangnya menyentuh sensitiviti hampir kesemua orang Melayu/Islam.
Isu itu bukan boleh diperdebatkan kerana apa yang termaktub dalam ajaran Islam berhubung perkara tersebut ialah sesuatu yang bukan di tangan manusia. Ia sesuatu yang 'divine'...diperturunkan Allah dan wajib dipatuhi tanpa bantahan atau analisis duniawi.
Dalam senario ini, siapakah Majlis Guaman atau DAP untuk cuba mentafsirkan perintah Allah menerusi forum itu? Majlis Guaman yang sebahagian besar dipimpin oleh bukan Islam tidak berhak menimbul dan mengenengahkan isu tersebut .
Jika Zulkifli Nordin sebagai seorang aktivis pembangkang yang 'outspoken' boleh menilaikan potensi ancaman kepada sensitiviti orang Islam berhubung forum itu, apatah lagi orang Melayu/Islam yang lain?
Orang Melayu/Islam di Malaysia tidak memerlukan UMNO untuk mengapi-apikan keadaan dalm hal ini. Saya di antara puluhan ribu yang turut berasa tersinggung.