Tuesday, March 11, 2008

Siapa kata UMNO hanya berjuang demi kepentingan Bangsa Melayu?

Jika diteliti setiap baris Perlembagaan UMNO, UMNO sebuah parti yang mengambil kira kepentingan semua bangsa di Malaysia dan kedaulatan Negara.

Negara yang Merdeka demi keringat , perjuangan dan pengorbanan orang Melayu kini, hasilnya rakyat seluruh kaum berkongsi nikmat hasil titik-peluh Orang Melayu.

Setelah Malaysia berjaya dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu, rakyat Malaysia kini lupa sejarah kemerdekaan, Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu menjadi bahan perbalahan dikalangan Bangsa lain selain Melayu . Ironiknya ada Melayu yang lupa daratan menggembur dan mempertikaikan hak tersebut.

Melayu yang lupa daratan serta Bangsa Lain yang kini tamak lupa bahawa Melayu telah banyak bertoleransi dan berkorban serta berkongsi kekayaan Negara bersama mereka. Mereka lupa asal- usul Kerakyataan Mereka yang telah dipersetujui oleh Bangsa Melayu.

Ada juga puaka yang sanggup memburukkan Negara sendiri kerana bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia wajib menjaga Kedaulatan Negara, Umat Islam wajib menjaga Kemerdekaan Negara …Tapi yang menyedihkan ada manusia yang suka mencemar Kedaulatan Negara, tanah air mereka sendiri. Di manakah kesetiaan golongan ini kepada Negara Malaysia???

UMNO


Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah pertubuhan parti politik yang ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 bertujuan untuk menentang Malayan Union, mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah.

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:
6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.
6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis

Monday, March 10, 2008

Kekalahan BN – Iktibar buat UMNO 2

Sudah tiba masanya ahli UMNO mengambil pendekatan baru dalam memantapkan kepimpinan dan peringkat akar-umbi dengan jiwa dan semangat jitu demi keutuhan UMNO.

Imbas kembali bagaimana pemimpin dan ahli dahulu kala yang serba kekurangan namun berjaya meletakkan UMNO disuatu tahap yang membanggakan. Bandingkan pula zaman kini, di mana UMNO mula diperlekehkan dan hanya dipandang sebelah mata oleh pihak lain di Negara ini.

Apakah puncanya? Renungkan segera wahai saudara-saudari UMNO, tanpa keperkasaan UMNO, apalah nasib nanti generasi kita di masa akan datang?. Mahukah kita meninggalkan mereka dengan UMNO yang bercelaru kerana kepentingan diri sendiri, perkara ini terjadi?

Sudah tiba masanya UMNO mengutamakan Anjakan Paradigma yang dicanangkan selama ini demi masa depan generasi kita nanti.

Kekalahan BN – Iktibar buat UMNO -1

UMNO sebuah parti tunjang dalam BN perlu mengkaji dengan teliti punca kekalahan mengejutkan PRU12 lalu. Selama ini, UMNO parti dominan dalam Jentera Pilihanraya BN telah memastikan kemenangan berterusan dalam pilihanraya yang telah sudah.

Semasa UMNO menjadi tunjang dalam Jentera Pilihanraya perjalanan jentera lancar dan jentera bekerja dengan sepenuh hati dan komited. Tetapi dalam PRU12 dominasi UMNO dikurangkan menyebabkan jentera pilihanraya kurang atau lebih tepat tidak berjalan dengan baik seperti tahun-tahun lalu.

Ahli UMNO yang selama ini setia dan rela berkorban apa sahaja demi Parti UMNO Dan BN kini seolah dipinggirkan. Pemimpin-pemimpin cawangan yang selama ini memainkan peranan mereka di kawasan masing –masing seakan kurang diendahkan.

Bila kepimpinan tertinggi seperti peringkat Bahagian mengambil jalan mudah dan berbuat sesuka-hati dengan mencantas mereka yang difikir akan mengganggu kedudukan dalam pemilihan UMNO (ini kah yang mereka utamakan daripada PRU12 ?) akan datang walhal dikalangan mereka itu terdiri daripada mereka yang sedia dan setia berkorban demi UMNO dan BN disamping mempunyai kebolehan mengelolai dan menyumbang dalam jentera UMNO.

Perkara seperti ini menimbulkan ketidak-puasan hati seterusnya perpecahan dalam UMNO. Pihak yang dituduh berkempen untuk Pemilihan UMNO diburukkan dan disingkirkan manakala pihak yang menuduh pula sebenarnya sibuk berkempen untuk diri sendiri jesturu mengabaikan kempen PRU12.

Akibatnya, kekalahan UMNO dan BN dalam PRU12 kini dirasai kepedihan oleh seluruh ahli UMNO itu sendiri.

Janji-janji manis Barisan Alternatif

Selepas ini rakyat yang mengundi PKR, PAS dan DAP bolehlah menuntut segala janji manis mereka.

Antaranya, menurunkan harga barang , petrol, elaun sara diri untuk suri-rumah dan mereka yang berpendapatan rendah.

Yuran percuma di semua peringkat persekolahan dan universiti, pelupusan hutang PTPTN. Begitu juga penghuni setinggan bolehlah segera mendapatkan rumah untuk mereka.

Bagi pengundi Lembah Pantai..kita saksikan samada hidup mereka yang susah akan dibela ataupun akan mendapat nasib yang lebih merundum. Jika dulu Dato’ Seri Shahrizat adalah Menteri yang menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan, sekarang bantuan yang dihulurkan kepada warga Lembah Pantai dapatkah di berikan oleh Nurul Izzah seperti zaman Dato’ Seri Shahrizat.

Jika rakyat ingin mencuba nasib mengundi pembangkang kali ini, kita lihat samada hidup mereka akan lebih sejahtera atau sebaliknya….

Ketelusan SPR terbukti

Pilihan raya ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

Rakyat Malaysia menyatakan suara dan pilihan mereka. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen), kita perlu menerima dengan hati penuh terbuka keputusan rakyat.

Jika sebelum menang besar Anwar Ibrahim sibuk mencanang ke luar Negara ketidak-adilan dan ketelusan SPR mengapa kini senyap membisu setelah menang banyak kerusi? Ternyata Anwar Ibrahim sengaja memburukkan Negara sendiri dan akan buat apa saja taktik buruk dalam mendapatkan cita-cita dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sepanjang kempen Pilihanraya ke 12, poster Parti PKR menonjolkan wajah Anwar Ibrahim mendahului calon bertanding. Kita berasa pelik Anwar ke yang bertanding? Jika Barisan Nasional berkempen dengan cara bersopan, PKR menggunakan taktik kotor dengan mensabotaj pihak lawan.

Di suatu kawasan berpenduduk padat di Lembah Pantai penyokong PKR sengaja mengempang kereta mereka tidak memberi laluan penyokong BN keluar ketika Datuk Seri Najib berkunjung ke sana. Begitu juga handbill yang di masukkan di peti surat, telah dikeluarkan oleh jentera PKR dan dibuang sehingga maklumat mengundi tidak dapat disampaikan kepada para pengundi.

Menurut laporan juga, terdapat dalang mensabotaj penghantaran Handbill di Pos Malaysia. Ketaksuban kepada seseorang menyebabkan penyokong PKR hilang nilai diri dengan tidak menghormati mereka yang lain. Semasa berkempen mereka sewenangnya menggangu lalu-lintas dan menyusahkan orang ramai.

Sudah menjadi tabiat mereka suka melakukan demontrasi dengan mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan Negara. Inikah yang rakyat Malaysia mahukan? Hanya perkara tertentu, demonstrasi sewenang-wenangnya dicanangkan.

Perbuatan mereka ini menyebabkan rakyat takut untuk keluar rumah. Malaysia kini tidak selamat seperti dahulu-kala gara-gara parti yang taksub pada seorang individu.

Muhasabah Diri

Kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 12 Sabtu lalu perlu diambil iktibar oleh semua pihak dalam kepimpinan tertinggi Negara, khususnya pemimpin UMNO serta parti-parti komponen yang lain.

Pemimpin kaum Cina perlu meneliti mengapa kaum Cina tidak berpihak kepada mereka lagi . Di sesetengah kawasan , kaum Cina tidak peduli untuk mengundi berbanding dengan tahun 2004 lalu.

Bagi pemimpin kaum India, tiba masanya mereka bersikap prihatin kepada kaum India dan menjaga kebajikan seluruh rakyat, bukannya hanya mementingkan diri serta keluarga dan kroni sahaja.

Begitu juga UMNO, perlu bermuhasabah diri, rapatkan saf dan jangan asyik bertelagah berlarutan merebut jawatan dan takut bayang-bayang sendiri sehingga sanggup mencantas mereka yang berkebolehan dan ikhlas berjuang dan ini menggugat keutuhan parti UMNO serta Barisan Nasional tercalar sehingga begitu teruk sekali pada 8 Mac 2008 lalu.

Kerana leka dan asyik bertelagah, akhirnya Barisan Nasional menjadi korban. Jika dulu rakyat mengundi kerana parti, tetapi kini, calon menjadi sandarannya yang menyebabkan ketidak-puasan diri berlarutan sehingga BN menjadi mangsa .

Oleh itu, parti komponen Barisan nasioanal perlu mengkaji dari hari ini, punca kekalahan dan merangka strategi berkesan dalam merebut kembali kerusi-kerusi yang telah dirampas oleh parti pembangkang.