Thursday, February 14, 2008

Puteri UMNO lengkap berkamera elak gangguan

Semua petugas jentera pilihan raya Puteri Umno dinasihatkan supaya membawa kamera atau telefon bimbit berkamera semasa berkempen sebagai persediaan menghadapi sebarang gangguan daripada pihak pembangkang seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
 
Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad berkata ini kerana pihak pembangkang  pasti akan menggunakan pelbagai taktik kerana terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini.
 
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan segala ancaman dan tindakan anggota serta penyokong parti pembangkang dirakamkan sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

PAS sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain asalkan...

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik hari ini berkata PAS boleh kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain walapun  berfahaman sosialis asalkan mereka menerima perjuangan Islam.

Kata beliau lagi,"Usahkan sosialis, parti komunis dan DAP kalau nak kerjasama dengan  kita pun kita terima."
 
Komen Blogger:

Susah nak di terima akal...

Tuan Guru perlu ingat, hampir kesemua mereka ini berpendirian liberal dan memandang serong terhadap cara pemerintahan Islam yang dianggap sebagai radikal.

Mereka tidak akan menerima Islam, Hudud dan Syariah.

Persetujuan mereka sekadar untuk memperalatkan PAS bagi memperjuangkan ideal mereka seperti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) dan lain-lain agenda yang didalangi musuh Islam.

MAFREL akan memantau PRU Ke-12

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata badan pemantau pilihanraya Malaysian For Free and Fair Election (Mafrel) akan dibenarkan membuat pemantauan sepanjang proses pilihanraya kali ini.

Menurut beliau Mafrel terlibat membuat pemantauan ketika pilihan raya negeri Sarawak tahun 2006 dan SPR dapati ia telah melakukan sesuatu yang baik.

Daripada perspektif ketelusan dan democracy, ini dikira langkah bijak kerana sekurang-kurangnya pembangkang dan dunia luar akan tahu yang SPR tidak memihak kepada sesiapa.

Pertambahan Calon wanita dalam PRU Ke-12


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan ada pertambahan calon wanita dalam pilihan raya umum kali ini.
 
Katanya, "Mudah-mudahan akan ada calon-calon wanita, Insya Allah lebih banyak daripada dulu...agaknya lah...belum tengok lagi."

Rakyat Malaysia keluar mengundi 8 Mac


Hampir 11 juta rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi untuk menentukan kerajaan memerintah bagi tempoh Parlimen ke-12 pada 8 Mac berikutan pembubaran Parlimen Rabu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengumumkan perkara itu berkata, tempoh berkempen kali ini ditetapkan selama 13 hari, bermula daripada hari penamaan calon pada 24 Feb sehingga tengah malam sebelum hari mengundi.

Pengundian kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya peringkat negerinya pada 2006.

Jumlah pengundi kali ini bertambah kira-kira 600,000 berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

SPR berkata writ pilihan raya akan dikeluarkan kepada kesemua pegawai pengurus yang dilantik di 222 kawasan pilihan raya pada Jumaat, sementara notis pula akan dikeluarkan pada keesokan harinya.

Sebanyak 30 parti politik yang berdaftar dengan SPR layak  mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum Ke 12.

Wednesday, February 13, 2008

Kemenangan Barisan Nasional


Setelah desas-desus beberapa ketika lalu, Parlimen telah dibubarkan Pak Lah pada 13hb Februari 2008 (seperti yang dijangkakan). SPR pula mengumumkan Hari Penamaan Calon pada 24hb Februari 2008 dan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlangsung pada 8hb Mac 2008.

Bermulalah perang politik antara parti-parti di Malaysia ini. Jentera Barisan Nasional yang telah dimulakan tak beberapa lalu kini memacu segala tenaga yang ada demi memastikan Negara tercinta ini dapat dikuasai lagi nanti.

Perkongsian kuasa antara kaum dalam parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) perlu diuruskan dengan bijak dan adil agar pergeseran dan perselisihan dapat dielakkan. Negara ketika ini amat menghargai perpaduan sesama rakyatnya lebih-lebih lagi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Tunggak BN yang diketuai UMNO perlu sensitif dengan komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan sebagainya agar perpaduan yang kuat dapat menggerunkan parti lawan yang bermimpi merebut kuasa di Negara ini.

Dalam UMNO pula perlu dibuang sikap prejudis, hasad, dengki diantara sesama ahli UMNO mahupun terhadap parti komponen. Sekiranya UMNO prejudis dengan parti komponen , apatah nanti perasaan barisan parti komponen terhadap UMNO.

Untuk itu, demi kemenangan Barisan Nasional, perpaduan adalah aset penting yang tiada nilainya masa kini. Keperihatinan pemimpin kepada semua golongan masyarakat merupakan satu nilai yang tiada bandingannya yang bisa digugat oleh pihak lawan.

Kepada UMNO golongan muda janganlah disisihkan kerana merekalah pelapis peneraju Negara ini kelak. Mereka yang berpelajaran dan berwadah membela nasib Agama, Bangsa dan Negara rela berjuang bersama dan bermandi peluh mahu darah sekalipun. Mahupun hidup mereka selesa demi kepentingan Negara tercinta ini, mereka tidak lupa jasa pemimpin terdahulu.

Golongan muda sudi mengembling kepakaran, idea dan tenaga demi memantapkan perjalanan UMNO agar lebih efisyen dan relevan. Bukan jawatan, pangkat dan wang ringgit yang mereka harap dan kejarkan. Apa yang mereka mahukan hanyalah sebuah kepimpinan yang bersih, prihatin, mulia, amanah, berkarisma serta mengikut landasan Al-Quran agar Allah swt memberkati kita semua. InsyaAllah.

Tuesday, February 12, 2008

Parliament dissolved, elections on

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has announced that Parliament has been dissolved, paving the way for the 12th general election.

He told a press conference moments ago that he had met the Yang Di Pertuan Agong in the morning and received His Majesty's consent to dissolve Parliament.

"I've informed Parliament and the Election Commission," Abdullah said. The state assemblies have also been advised to dissolve.

The Prime Minister declined to speculate on what date Malaysians would cast their ballots, saying that it would be up to the Election Commission (EC) to decide.